"Hangpa pandai lah kalau membawang hangpa memang laju, cerita pula pasal keadaan semasa"
"Wanita-wanita sekalian kena sihat, kita mencintai, kita nak dicintai dan lebih dicintai. Kena jaga badan, banyak tanggungjawab kita ni kan!"
"Laki depa senang je, depa naik perut boroi depan je. Makan banyak-banyak boroi je. Kita ni perempuan naik segala benda kan. Nak kena jaga itu, jaga ini".
Penyanyi lagu Kerana Terluka itu menyifatkan lelaki yang mencari orang ketiga dengan pelbagai alasan sebagai tidak mempunyai hati perut.
"Senyap-senyap ganti girlfriend pula dah, ada orang lain pula dah. Lepas tu bagi alasan yela hang tak ada masa melayan aku. Hang malam tidur nganga aku cari lah orang lain. Alasan! Orang tak ada hati perut memang bagi alasan macam tu"
"Cuba kalau ada hati perut dia faham, bini dia tak larat satu hari kerja jaga rumah jaga apa"
"Ada yang faham tu faham lah yang tak faham tu dia pi cari lain biar pi kat dia lah. Depa nak pi cari yang lain depa akan hadap benda sama juga. Perempuan ni pun akan rasa letih, penat. Macam tu lah juga, sama je nak pi mana"
"Benda pun sama je, cari banyak-banyak nak buat apa nak kahwin satu dua tiga perabih duit. Huh!", katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya bersetuju dengan pandangan Nourul malah ramai terhibur mendengar Nourul "membebel".
Sekadar info, Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 9, Raphael, 7, dan Isabella,3.
Sementara menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 24. - CARI