CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tok Ti Sayu Ulang Tahun Kelahirannya Diraikan Anak-Anak Gaza

12-1-2023 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 787| Komen: 1

Description: Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu apabila sambutan hari kelahirannya ke-44 diraikan anak-anak di Gaza, Palestin.Menurut penyanyi itu, kanak-kanak berkenaan merupakan anak-anak yang bersekolah di tadik ...

Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu apabila sambutan hari kelahirannya ke-44 diraikan anak-anak di Gaza, Palestin.

Menurut penyanyi itu, kanak-kanak berkenaan merupakan anak-anak yang bersekolah di tadika Afwa Al Aafiyah, iaitu sekolah yang dibina Yayasan Nurjiwa miliknya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.


IG Siti

"Alhamdulillah, anak-anak saya di Gaza meraikan hari lahir saya. Seramai lebih kurang 60 orang anak-anak ini yang belajar di sekolah atau tadika Afwa Al Aafiyah.

"Sayunya hati saya. Ya Allah lindungilah mereka semua di sana. Aamin ya rabb," katanya.

Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram.


Rata-rata peminat juga terharu melihat video yang memaparkan anak-anak kecil sedang menyanyikan lagu hari lahir.

Mereka turut mendoakan agar kebaikan Siti itu dibalas dengan rezeki berlipat ganda.



Penyanyi lagu Cindai ini membuka sebuah sekolah di Gaza yang diberi bersempena nama kedua-dua anaknya, Afwa dan Aafiyah.

Sekolah tersebut menyediakan pendidikan awal dan hafazan al-Quran buat kanak-kanak seawal usia empat tahun.

Kata Siti, pihaknya memperuntukkan sekitar RM10,000 sebulan bagi menampung kos kakitangan, pengajar dan pengurusan sekolah selain membeli buku pelajaran serta makanan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote johnsmithkane 12-1-2023 03:29 PM
After a long day at work, playing retro bowl with me is a great way to pass the time.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.044487 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top