CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazren Rafi Hadiahkan Kereta Selepas Isteri Beranak Anak Kelima

12-1-2023 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3477| Komen: 32

Description: Fazren Rafi berkongsi berita gembira apabila isterinya, Syarifah Marlina Ashikin, 37, selamat melahirkan bayi perempuan pada Isnin.
Fazren Rafi berkongsi berita gembira apabila isterinya, Syarifah Marlina Ashikin, 37, selamat melahirkan bayi perempuan pada Isnin.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fazren meluahkan rasa syukur dan terima kasih atas pengorbanan isteri melahirkan cahaya mata kelima mereka itu.


Foto: IG

“Alhamdulillah, selamat melahirkan baby girl 2.8kg pukul 12.01 malam tadi.

“Malam tadi bila lihat perjuangan, pegelutan, pengorbanan isteri yang melahirkan zuriat terasa keinsafan dalam diri, rasa nak bagi dunia pada dia, tak nak lukakan hati dia, tak nak dia kecewa dengan sikap kita.




“Tetapi itulah kita ini iman senipis kulit bawang. Sekejap sahaja keinsafan, lama sikit lupalah.

“Apa pun Faz akan buat yang terbaik untuk isteri dan keluarga. Yang paling penting Faz akan senantiasa ingat dan hargai segala pengorbananmu isteriku,” luah Fazren.

Lebih mengujakan, Fazren membuat kejutan apabila menghadiahkan kereta baharu pada isterinya.



“2013 hingga 2023 banyak yang kita lalui bersama dengan kereta City. Itulah kereta kerja, angkat ayam, ikan, sayur bagai, itulah juga kereta jalan.

“Sampai sekarang kereta masih ada dan tak akan jual sebab kereta itu lah yang saksikan turun naik Faz dan tak pernah buat masalah.

“Sekarang Faz ada rezeki lebih, happy dapat bagi wife kereta baru untuk dia. Timing cantik pula tu, lepas baby bersalin kereta keluar. Enjoy your new ride sayangku,” kongsi Fazren.




Fazren dan Syarifah mendirikan rumah tangga pada 2011. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd Rizqin Quwais, 9; Rizqeen Humaira, 8; Mohd Rizqin Haqq, 5, dan seorang anak angkat Mohd Rizqin Qayyum, 11 tahun. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fly_over 12-1-2023 11:37 AM
maintain je laki bini..
Quote talapia 12-1-2023 11:46 AM
Bagus si Fazren ni.. tau hala tuju masa depan.. belikan bini pon kete yg praktikal.. bukan sekadar nak menunjuk2 kaya.. Dia tender kantin sekolah kan? Tak taula this year dia continue tak.. aritu masa Meru teruk kena banjir.. dia antara yg terjejas la.. sbb sekolah banjir.. tapi dia terus bantu penduduk sekitar..

Hidup biasa2 je dia ni.. hidup di alam realiti la kiranya.. bukan setakat life dalam instagram je..
Quote SitiRopeah 12-1-2023 12:02 PM
Minat betul dengan dia ni.
Aura pun baik dan positif je.
Posting kat socmed pun tentang hal sendiri dan keluarga sendiri, business sendiri.

Jaga penampilan.

Laki bini manis dan disenangi.

Realist.

Done puji retis. hahah.
Quote cap_ayam 12-1-2023 12:05 PM
Wah murah rezeki keluarga ni. Alhamdulillah semoga baik2 saja
Quote DragonSari 12-1-2023 12:23 PM
Suami yg diimpi2kan
Quote annadonna 12-1-2023 12:27 PM
Dia meniaga. Bagus dorang ni. Pasal tu dia boleh memilih watak berlakon sebab dia tak asa masalah kewangan
Quote roti_banjir 12-1-2023 12:54 PM
aku suka mamat nih klu berlakon..... tak kayu kayan dan muka manis jer dipandang.....
Quote duri_durians 12-1-2023 01:29 PM
masa mula2 kemunculan nmpk cam bbnu urban.. tak sangka rupanya lelaki bertgjwab dan family oriented.. alhamdulillah.
Quote miracle_forever 12-1-2023 02:09 PM
SitiRopeah replied at 12-1-2023 12:02 PM
Minat betul dengan dia ni.
Aura pun baik dan positif je.
Posting kat socmed pun tentang hal sendiri  ...

dia dah tak berlakon ye? dulu dia ni kan yg berlakon sapa Q dgn nelydia kan
Quote Nnasda53 12-1-2023 02:13 PM
Alhamdulillah murah rezeki sekeluarga.
Minat juga si fazreen ni berlakon.
Quote makadek 12-1-2023 02:14 PM
Tokey kantin fmly dia konker kt sek area klang
Quote makadek 12-1-2023 02:15 PM
roti_banjir replied at 12-1-2023 12:54 PM
aku suka mamat nih klu berlakon..... tak kayu kayan dan muka manis jer dipandang.....

Nak marah pn tetap nampak manis
Quote iolss 12-1-2023 02:21 PM
belakon ok mamat ni.. ramai dah anak dia.. helok beranak muda2..esok lusa sempat tgk cucu cicit... insyaallah
Quote jlo 12-1-2023 02:23 PM
sweet nye muka wife dia...
Quote reenz013 12-1-2023 02:24 PM
hidup bersederhana dia ni
Quote Suchi 12-1-2023 02:25 PM
makadek replied at 12-1-2023 02:14 PM
Tokey kantin fmly dia konker kt sek area klang

Mesti adik iols akan kenal dia nnt, sbb anak buah iols bakalan sekolah meru tu tahun ni tp darjah 1 la.
Taktau dia jaga kantin mana.
Nampak hidup dia senang gak mampu cuti2 oversea dan ada motor besar kan.

Dulu lama gak dia kawen takde anak, lepas amik anak angkat bersusun anak dia.
Lagi ramai drpd anak iols huhu
Quote tom2 12-1-2023 02:57 PM
Happy family [em:2:]
Quote ainashiqa 12-1-2023 03:00 PM
dah bersusn anak dia. dia da tak berlakon la kan
Quote drivethru 12-1-2023 03:41 PM
Baru ulang tgk cerita zahirah. Pastu tertanya tanya, mane menghilang dia ni.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.046126 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top