Sejak pengarah filem terkenal Syamsul Yusof mengumumkan telah berkahwin Ira Kazar, memang ramai yang marah dan memberi pelbagai pandangan. Bukan itu saja, seorang wanita yang merupakan seorang model turut menawarkan diri menjadi isteri ketiga pengarah itu gara-gara geram dengan Ira Kazar. Menariknya, video yang dimuat naik wanita itu telah mendapat perhatian Puteri Sarah Liyana yang bersetuju untuk menerima wanita itu menjadi isteri ketiga suaminya.
Menerusi satu video terbaru yang dimuat naik di TikTok @mexxrenn_, wanita itu sangat teruja apabila Puteri Sarah memberikan persetujuan serta mengatakan baru Ira tahu bagaimana rasanya suami dirampas. “OMG gaiss!!.. Hari ini ada berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu Puteri Sarah isteri kepada Syamsul Yusof memberi ‘green light’ kepada saya untuk menjadi isteri ketiga. “Kepada yang lain mencalonkan diri untuk menjadi isteri ketiga, sila berundur kerana anda tidak ‘green light’ okay. Jadi saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai penyondol. “Yang penting biarlah ira tu tahu macam mana rasanya bila suami kena rampas. Barulah keluarga dia tahu, ini masalah kecil atau besar,” katanya. Bagaimanapun, wanita itu berkata dia bukannya serius untuk menjadi isteri ketiga Syamsul sebaliknya hanya melepaskan kemarahannya serta kasihan dengan Puteri Sarah berdepan ujian tersebut. “Saya mahu cakap sebenarnya tidak betul-betul. Saya hanya melepaskan kemarahan saya saja. Kesian Puteri Sarah dah la ada dua anak, lepastu empat tahun kot. “Kepada penyondol di luar sana, sebelum kau layan suami orang, tolong lah berfikir dulu ya. Hanya nasihat. Kepada Puteri Sarah, semoga terus kuat. Sayangi diri awak,” katanya. Diruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat wanita itu malah ramai memuji kecantikannya dan memberi sokongan supaya dia melakukan tindakan merampas Syamsul. Tapi jangan serius ya, semua ini hanya gurauan semata-mata. - CARI |
Jellobin replied at 10-1-2023 02:40 AM
Apa nk jd dgn dunia skg
gideoncross replied at 10-1-2023 02:45 AM
Asalkn famous kekdahnya, so "jual diri" je lh. Lps ni konfem ada yg ke-4.
she replied at 10-1-2023 02:41 AM
Tetiba Sol menikah betul dengan bini ketiga
Jangan memain
Dia pantang dicabar
nipskacang replied at 10-1-2023 06:56 AM
Kenapa la ramai nk jantan loser ni, kt tiktok semua dok buat nk jd bini ke 3
chandrahusin replied at 10-1-2023 07:04 AM
Takde plk sapa2 ofer diri ms kes Syuk & Uda Intan Salleh
ADVERTISEMENT