CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

#MeluruntukFirdausseason2 Trending, Ramai Tak Sabar Nak Tengok Meerqeen Dan Anna Jobling

9-1-2023 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1104| Komen: 8

Description: Umum mengetahui drama bersiri Melur Untuk Firdaus berjaya mencipta fenomena tersendiri.
Umum mengetahui drama bersiri Melur Untuk Firdaus berjaya mencipta fenomena tersendiri.

Menutup tirai di slot Lestary TV3 pada 15 Julai tahun lalu, naskhah terbabit berjaya meraih 11 juta penonton.


Terbaharu, pasangan serasi drama bersiri terbabit, Meerqeen dan Anna Jobling memuat naik Instagram Story sedang membaca skrip karya Melur Untuk Firdaus 2 yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini.

Foto: IG

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik oleh Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam di Instagram Story, dia memaparkan foto skrip drama tersebut.

“Bismillah. Insya-Allah,” tulisnya di kapsyen.



Dia juga sempat berkongsi gambar dengan barisan pelakon drama itu dan meletakkan hashtag #MelurUntukFirdausSeason2.

Manakala buat pelakon jelita pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia memuat naik Instagram Story beserta gambar skrip drama itu.

“How I would describe the feeling of nervousness and pressure,” tulis Anna di story tersebut.



Bukan itu sahaja, hashtag #MelurUntukFirdausSeason2 juga ‘trending’ di Twitter dan meraih sokongan ramai terutamanya buat peminat pasangan #Meerna yang telah mengikuti perjalanan drama itu sejak musim pertama lagi.

Bahkan, ada segelintir peminat drama Melur Untuk Firdaus meluahkan rasa teruja dan memuat naik videos ‘throwback’ di Twitter bagi memberi sokongan kepada drama itu. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 10-1-2023 08:35 AM
xhingin aku nak nengok yekkk
Quote Nozot 10-1-2023 08:54 AM
Dah cuba tengok tapi tak boleh..mungkin drama nie tak sesuai dengan sis, baik layan sitkom pi mai pi mai tang tu. Ada juga pengajaran.
Quote insyi81 11-1-2023 09:07 AM
Good Luck
Quote azimodin 11-1-2023 09:40 AM
Rakyat indonesia suka sangat drama ni kan sebab ada aura2 sinetron especially melihat kebodohan bapak firdaus tu
Quote rotiban 11-1-2023 10:16 AM
tayang masa bln pose nantikan kalu x sllap
mmg idok ler aku nak nengok
tengok pon sekadar nk tggu azan ja
pastu buka dah x heran nak tengok tv
Quote dheya_hanna 11-1-2023 01:08 PM
I try tgk drama nie time tgh hype hari tu tp x boleh.. Not my cup of tea.. Ada few drama anna j i try tgk tp semua x kena dgn i.. Entah sbb storyline drama2 tu or lakonan dia yg x kena dgn citarasa i..

N menyampah pulak dgn shipper2 dorg nie.. Over sgt.. Benak 2.0
Quote katak hijau 11-1-2023 01:16 PM
Cerita bodoh
Quote woven11 11-1-2023 01:30 PM
Citer nih meant to indonesia.. org sini tak layan citer cintan mcm ni,. Pergi la seberang.. tayang kat sana.. semak je

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.047385 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top