CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batal Cerai Lepas Cinta Bertaut Kembali Ketika Jaga Isteri Kena Covid-19

29-12-2022 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1428| Komen: 7

Sepasang suami isteri yang hampir bercerai membatalkan niat tersebut apabila si isteri terharu dengan tindakan suami yang menjaganya ketika sakit sehingga cinta bertaut kembali.


Menerusi laporan portal SCMP, pasangan di Wilayah Jiangxi, Timur China tersebut awalnya memfailkan penceraian pada 14 Disember lalu. Malah, jangkaan proses perundangan dan sijil rasmi penceraian itu akan diterima antara Januari hingga Februari tahun depan.


SCMP

Bagaimanapun, situasi itu berubah apabila isterinya dijangkiti wabak Covid-19 membuat dirinya menjadi sangat lemah sehingga terpaksa berehat di atas katil. 

Dalam masa sama, pada hari-hari berikutnya, si isteri berasa sangat terharu kerana suaminya gigih menjaganya dengan baik.



SCMP

Malah, turut difahamkan, satu video menjadi tular apabila memaparkan lelaki itu menjaga isterinya yang terbaring dengan membawa air dan tisu serta menyediakan makanan untuknya.


SCMP

"Suami saya seorang yang sangat pendiam, tetapi dia bekerja keras. Kurang berkomunikasi antara satu sama lain menjadi sebab kami memfailkan penceraian."

Berikutan itu, pasangan tersebut kemudiannya berbincang serta menarik balik permohonan cerai tersebut. 


SCMP

Pasangan ini percaya bahawa Covid-19 telah menyelamatkan perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, kisah romantik ini juga mendapat perhatian jutaan wargamaya di China.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 29-12-2022 11:06 PM
Dasar pompuan....
Dapat lelaki baik.... tak minat.... nak bad boys.... sekali kena hempuk dgn bad boys.... meroyan satu dunia nak bagi tahu
Suami pendiam tapi bekerja keras..... boring.... nak yg pot pet mcm Azwana..... bila dapat yg pot pet...... bosan jugak sebab tak de time untuk diri sendiri.
So apa pompuan hendak???
Jaga poen cukuplah..... tak usah banyak cekadak
Quote sharlenetexas 29-12-2022 11:16 PM
Nak romanticise covid?


Quote ninja9 29-12-2022 11:52 PM

Cantik juga Jiangxi ni...


















Benteng banjir di Jiangxi
















Untuk tak ot, digambar manakah pasangan ini tinggal?


Quote Tinot7 30-12-2022 08:43 AM
ninja9 replied at 29-12-2022 11:52 PM
Cantik juga Jiangxi ni...



Takde gambaq dlm rumah ka?
Quote imanamsyar 30-12-2022 10:17 AM
cantiknya  gambar yang atas2 tu.. hijau, siap kabus, background gunung..perghhhhh...macam dalam komik dewata raya dah..
Quote stingerbumpy 30-12-2022 10:21 AM
Tinot7 replied at 30-12-2022 08:43 AM
Takde gambaq dlm rumah ka?

Yg kapir pun tahu utk tidak disebarkheun gambaran dlm kelambu(rumah)and you call yourself a staunch muslim?

Ptuiiiikkk


Kahkahkahkahkah
Quote Decaffeinated 30-12-2022 10:22 AM
Tak pelik. Mereka memang pernah bercinta kan? The feeling ia still there. tertimbus ja.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.036045 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top