View: 1011|Reply: 7
|
Batal Cerai Lepas Cinta Bertaut Kembali Ketika Jaga Isteri Kena Covid-19
[Copy link]
|
|
Sepasang suami isteri yang hampir bercerai membatalkan niat tersebut apabila si isteri terharu dengan tindakan suami yang menjaganya ketika sakit sehingga cinta bertaut kembali.
Menerusi laporan portal SCMP, pasangan di Wilayah Jiangxi, Timur China tersebut awalnya memfailkan penceraian pada 14 Disember lalu. Malah, jangkaan proses perundangan dan sijil rasmi penceraian itu akan diterima antara Januari hingga Februari tahun depan.
SCMP
Bagaimanapun, situasi itu berubah apabila isterinya dijangkiti wabak Covid-19 membuat dirinya menjadi sangat lemah sehingga terpaksa berehat di atas katil.
Dalam masa sama, pada hari-hari berikutnya, si isteri berasa sangat terharu kerana suaminya gigih menjaganya dengan baik.
SCMP
Malah, turut difahamkan, satu video menjadi tular apabila memaparkan lelaki itu menjaga isterinya yang terbaring dengan membawa air dan tisu serta menyediakan makanan untuknya.
SCMP
"Suami saya seorang yang sangat pendiam, tetapi dia bekerja keras. Kurang berkomunikasi antara satu sama lain menjadi sebab kami memfailkan penceraian."
Berikutan itu, pasangan tersebut kemudiannya berbincang serta menarik balik permohonan cerai tersebut.
SCMP
Pasangan ini percaya bahawa Covid-19 telah menyelamatkan perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, kisah romantik ini juga mendapat perhatian jutaan wargamaya di China.
Sumber: OHBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar pompuan....
Dapat lelaki baik.... tak minat.... nak bad boys.... sekali kena hempuk dgn bad boys.... meroyan satu dunia nak bagi tahu
Suami pendiam tapi bekerja keras..... boring.... nak yg pot pet mcm Azwana..... bila dapat yg pot pet...... bosan jugak sebab tak de time untuk diri sendiri.
So apa pompuan hendak???
Jaga poen cukuplah..... tak usah banyak cekadak |
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 29-12-2022 11:52 PM
Cantik juga Jiangxi ni...
Takde gambaq dlm rumah ka? |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya gambar yang atas2 tu.. hijau, siap kabus, background gunung..perghhhhh...macam dalam komik dewata raya dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Tak pelik. Mereka memang pernah bercinta kan? The feeling ia still there. tertimbus ja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|