Oleh : Dean BZ
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dikatakan mula berjinak-jinak dalam bidang perfileman selepas beliau membintangi filem Kapsul arahan Allahyarham Martias Ali. "Babak saya pendek saja. Berlakon satu-satunya perkara saya tak buat selama ini. Di lokasi saya meletakkan diri sebagai pelakon jadi saya ikut saja arahan diberikan. "Lagipun pembabitan saya itu adalah biasa. Walaupun masih ada rasa gementar, sekurang-kurangnya saya boleh katakan kepada masyarakat saya sudah bergelar pelakon," katanya.
Dr Mahathir yang terbabit dalam lima babak dalam filem itu berkata, pembabitannya adalah pada saat akhir. Katanya, beliau hanya sempat berlatih selama beberapa minit sebelum penggambaran. "Ketika hari penggambaran baru saya diberikan skrip. Latihan pula beberapa minit saja. Secara keseluruhan ada dalam dua ke tiga kali perlu diulang," katanya. Filem Kapsul itu bukan saja mengimbau sejarah dari zaman sebelum merdeka tetapi turut mengetengahkan unsur sains fiksyen. Filem Kapsul yang diterbitkan Two Tones Sdn Bhd menampilkan pelakon seperti Faizal Hussein, Zamarul Hisyam, Elly Mazlein, Normah Damanhuri, Jue Aziz, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi. Ia bakal ditayangkan di seluruh negara bermula 17 September ini. Sumber - hmetro.com.my |
17
Bagus |
16
Marah |
20
Terkejut |
4
Sedih |
22
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
alieyrina replied at 11-9-2015 10:28 AM
Team bola yg merudum tu pun bakal tukaq profesion masing2...filem apatah nampak apek lakon..
kelapaparut replied at 11-9-2015 10:01 AM
Iols lbh suka lakonan jibby dlm iklan merdeka tu yg duduk minum kopi ramai2 atas meja dgn berlainan ...
ecahaha replied at 11-9-2015 06:47 PM
lepas ni pape pasal tun pos kt dalam bod gosip tempatan la..
ADVERTISEMENT