CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2151|Reply: 12

[Tempatan] Che det berjinak² dalam seni perfileman pula...

[Copy link]
Post time 11-9-2015 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Sudirman Mohd Tahir | sudirman@hmetro.com.my

Petaling Jaya: "Babak saya pendek saja. Berlakon satu-satunya perkara saya tak buat selama ini. Di lokasi saya meletakkan diri sebagai pelakon jadi saya ikut saja arahan diberikan.

"Lagipun pembabitan saya itu adalah biasa. Walaupun masih ada rasa gementar, sekurang-kurangnya saya boleh katakan kepada masyarakat saya sudah bergelar pelakon," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 90.

Beliau berkata demikian selepas menonton filem Kapsul yang turut dibintanginya, di sini, malam tadi.

Hadir sama, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menurutnya, filem arahan dan skrip oleh Allahyarham Martias Ali ini berbeza dengan filem tempatan lain kerana ia bukan saja mengimbau sejarah dari zaman sebelum merdeka tetapi turut mengetengahkan unsur sains fiksyen.

"Saya ada bertanya kepada penerbit sama ada skrip filem ini diubah, tapi katanya tidak sama sekali biarpun ia sudah ditulis arwah Martias sejak 2009 lagi.

"Saya bangga dengan skrip dihasilkan kerana arwah boleh menjangkakan apa akan terjadi sama seperti saya selalu perkatakan. Saya juga nak tegaskan, filem ini tak berkait langsung dengan politik. Ia lebih kepada sejauh mana Wawasan 2020 boleh tercapai atau tidak," katanya yang berpuas hati dengan filem itu.

Dr Mahathir yang terbabit dalam lima babak dalam filem itu berkata, pembabitannya adalah pada saat akhir.

Katanya, beliau hanya sempat berlatih selama beberapa minit sebelum penggambaran.

"Ketika hari penggambaran baru saya diberikan skrip. Latihan pula beberapa minit saja. Secara keseluruhan ada dalam dua ke tiga kali perlu diulang," katanya.

Filem Kapsul yang diterbitkan Two Tones Sdn Bhd menampilkan pelakon seperti Faizal Hussein, Zamarul Hisyam, Elly Mazlein, Normah Damanhuri, Jue Aziz, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.

Ia bakal ditayangkan di seluruh negara bermula 17 September ini.

*Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 12:42 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 09:57 AM | Show all posts
PM pun dah berlakon iklan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols lbh suka lakonan jibby dlm iklan merdeka tu yg duduk minum kopi ramai2 atas meja dgn berlainan bangsa tu..hebat sungguh lakonan, maybe biasa blakon depan wartawan depan rakyat dlm parlimen sampai nmpk mcm talented sbg dramatis gtu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:28 AM | Show all posts
Team bola yg merudum tu pun bakal tukaq profesion masing2...filem apatah nampak apek lakon..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:46 AM | Show all posts
ni yg ade dialog tun dengan faizal hussein kalau xsilap
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 02:54 PM | Show all posts
wahh nk tgk muvi nih...nk tgk tun m
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2015 03:25 PM | Show all posts
alieyrina replied at 11-9-2015 10:28 AM
Team bola yg merudum tu pun bakal tukaq profesion masing2...filem apatah nampak apek lakon..

Tu bukan salah team player sepenuhnya. Ia berkait juga dgn pengurusan yang bebal dan bodoh sombong.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tun blakon jadi lobai mesti lecurr hati cikki2 kertu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas ni pape pasal tun pos kt dalam bod gosip tempatan la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tun ni makin tua makin comel

Sempoi ja berlakon movie..sama cool mcm abam kj kesayangan mzz tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 07:10 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 11-9-2015 10:01 AM
Iols lbh suka lakonan jibby dlm iklan merdeka tu yg duduk minum kopi ramai2 atas meja dgn berlainan  ...

HAHAHA.,


lawak and win komen ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 08:17 PM | Show all posts
ecahaha replied at 11-9-2015 06:47 PM
lepas ni pape pasal tun pos kt dalam bod gosip tempatan la..

ha..ha...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 08:27 PM | Show all posts
support Tun hahaha he's already 90 years old
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.112017 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list