CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berpeluang Ke Taiwan, Peminat Sangka Ayda Jebat Makan Sup Katak Di Sana

24-12-2022 11:12 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1898| Komen: 13|Original author: Tatod

Sumber Getaran


Mungkin kerana penduduk di Taiwan berbangsa Cina, maka masih ada sebahagian rakyat Malaysia skeptikal dengan cabaran mencari makanan halal di destinasi tersebut sekaligus ramai yang ragu-ragu untuk melancong ke sana.

Menerusi laporan Getaran, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang berkesempatan melawat Taiwan diajukan pertanyaan oleh pengikutnya di laman sosial mengenai makanan yang dijamah ketika berada di sana.


"Apabila saya kongsi saya berada di Taiwan, ada yang mesej saya di Instagram bertanya adakah saya makan katak semasa di Taiwan.

"Mungkin, dalam pemikiran mereka jika ke Taiwan, maka kita akan makan hidangan eksotik sedangkan Taiwan adalah negara yang sangat mesra Muslim.


"Sepanjang lapan hari di Taiwan, ada banyak restoran makanan halal dan sedap boleh didapati dengan mudah.

"Ada pelbagai hidangan halal tak kisahlah juadah asli Taiwan, makanan Thailand, Jepun dan Indonesia semuanya lengkap di sini," katanya yang menjalani penggambaran Salam Taiwan di Taipei, Taiwan baru-baru ini. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ilacantik 24-12-2022 11:17 AM
Meols suka Taiwan.  Kalau hujung minggu, underground mall kat area train station, penuh dengan TKI indonesia. Dah macam kat pulau Jawa pulak uols. Kalau ada peluang, I don't mind to go there again, cuma hotel agak pricy dan bilik kecik cinonet jer. Netizen otak jumud dan tak pernah travel je suka komen aneh2.
Quote imransulaiman 24-12-2022 11:18 AM
Rambut dia tu ada extension ke?
Quote AcikBuncit 24-12-2022 12:27 PM
Netizen punn.. Dia ingat islam ni kat malaysia ke kot.. Byk je muslim brtebaran serata dunia ni. Mstila ada halal opt..
Quote Sunkiss8999 24-12-2022 12:54 PM
Sbjik btl muka rosnah mat aris ye
Quote Zack8hunter 24-12-2022 01:01 PM
ilacantik: Meols suka Taiwan.   ...

Setuju..aku pun pleasently surprised bila first time ke sana sbb mula2 aku ingat diorg ni sepesen jer dgn cina mainland.. tapi sangkaan aku meleset jauh. Rakyat diorg sgt berdisiplin & pembersih. Crime rate diorg sama rendah mcm Japan dan Singapore. Makanan halal bersepah. kt airport pun ada surau dan kedai makanan halal. cuma yg kureng skit most of them x reti speaking..so diorg bantai ckp mandarin jer dgn kita..haha.. dan yes, rakyat indon berlambak kt sana, maybe sbb tu byk pilihan makanan halal. mmg kalo ada peluang nak pergi lg ke sana.
Quote mrseller 24-12-2022 02:41 PM
Makanan halal byk sejak diaorg import yindon jadik operator kilang di sana. Dulu nak dpt halal food area hsincu dekat TSMC mmg mampus la.
Quote dudaberhias 24-12-2022 02:58 PM
taiwan tu memang country mesra muslim la...

eee acik2 tu confirm tak pernah ke oversea... memang yang tak mampu kekdahnya... even ada rezeki pun tapi tak pernah terbuka ke ada jalan untuk ke sana... mungkin tuhan nak elakkan orang2 bodoh begini mati kat sana sebab tak dapat cari makanan halal... betapa perfectnya rancangan dia...
Quote anilanil 24-12-2022 03:20 PM
Kat taiwan ramai indon muslim, cina taiwan muslim. Ayda pon sekolah cina, pandai ckp & baca mandarin. Mende ar netizen tanya soklan bukan2...
Quote bankerpencen 24-12-2022 04:57 PM
Taiwan cantik dan bersih ya. Daripada pergi tanah besar tu baiklah ke Taiwan. Makanan halal senang nk dapat
Quote nuryakmal 24-12-2022 06:10 PM
One of the best places we’ve stayed. Bodo sangat la kalau org kata taiwan tak maju and tak mesra muslim.
Quote ahhhhhhhh 24-12-2022 06:48 PM
Acik2 yang tak pernah keluar obersi memanglah ingat kat msia je yang halal. Mmg Malaysia je ke yg agama Islam ke? Simpan2 la sikit bebal tu ya acik2 busuk
Quote ciksom 27-12-2022 05:48 PM
Acik acik ingat tanah melayu dan tanah arob sahaja yg islam
Quote ashcroft86 27-12-2022 05:50 PM
Teringin nak g sana, apek2 nya cm herlok jerr. Taiwan patut buat promosi gila2 kat msia ni. Weols terigin nk g Taiwan compare klu nk g Korea kpork ittewwww.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.040129 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top