Sumber Getaran
Mungkin kerana penduduk di Taiwan berbangsa Cina, maka masih ada sebahagian rakyat Malaysia skeptikal dengan cabaran mencari makanan halal di destinasi tersebut sekaligus ramai yang ragu-ragu untuk melancong ke sana.
Menerusi laporan Getaran, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang berkesempatan melawat Taiwan diajukan pertanyaan oleh pengikutnya di laman sosial mengenai makanan yang dijamah ketika berada di sana.
"Apabila saya kongsi saya berada di Taiwan, ada yang mesej saya di Instagram bertanya adakah saya makan katak semasa di Taiwan.
"Mungkin, dalam pemikiran mereka jika ke Taiwan, maka kita akan makan hidangan eksotik sedangkan Taiwan adalah negara yang sangat mesra Muslim.
"Sepanjang lapan hari di Taiwan, ada banyak restoran makanan halal dan sedap boleh didapati dengan mudah.
"Ada pelbagai hidangan halal tak kisahlah juadah asli Taiwan, makanan Thailand, Jepun dan Indonesia semuanya lengkap di sini," katanya yang menjalani penggambaran Salam Taiwan di Taipei, Taiwan baru-baru ini. - CARI
|