CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"SubhanAllah Dapat Merasa Pengalaman Hujan Batu Ais Di Tanah Suci Makkah" Irma Hasmie Dan Keluarga Tunai Umrah

9-12-2022 07:37 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5577| Komen: 38





Pelakon dan pengacara Irma Hasmie, 40, meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menunaikan ibadah umrah bersama anak-anaknya.

Menerusi hantaran di Instagram, Irma atau nama sebenarnya Irma Hasmie binti Ibrahim berkata dia merasa bahagia apabila dapat bermusafir bersama keluarganya dan merasai pengalaman hujan batu ais di tanah suci Mekah.


“Dengan izin-NYA, sampai kami ke Madinah al-Munawwarah dan Makkah al-Mukarramah, syukur yang amat sangat rezeki menjadi tetamu Allah.

“Rasa bahagia dapat merasa pemusafiran bersama family, dengan Irfhan Naylie. Paling touching dapat bawa dorang ziarah Nabi hari-hari waktu di Masjid Nabawi,” katanya.

“Di Makkah pula dapat duduk kat dataran dengan anak-anak dalam Masjidil Haram tengok Kaabah.

“Pastu tak sangka, SubhanAllah dapat merasa pengalaman hujan batu (ais) di tanah suci Makkah,” kongsi bintang filem Cinta Fotokopi itu.

Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berdoa dan berharap agar Allah SWT menerima taubat dan permintaan semua.

“Pada semua yang kirim doa. Semoga Allah menerima taubat kita, moga Allah terima hajat-hajat dan permintaan kita.

“Dah balik ni memang rasa rindu sangat. Semoga kepulangan kami berserta dengan reda dan keampunan Allah swt.

“Yang selalu dalam hati dan ingatan di setiap langkah saya dan sentiasa menyokong dan memberi kekuatan, doa ku moga Allah membalas dengan banyak-banyak kebaikan, bahagia dunia akhirat, dan moga Allah satukan kita kembali di syurga,” doa Irma.





Irma Hasmie mendirikan rumah tangga bersama Redza Syah Azmeer pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Redza Syah Iffhan dan Irma Nur Naylie. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 9-12-2022 05:04 AM
Seronok ya dapat pi satu family
Quote colorpensel 9-12-2022 05:17 AM
Dalam gambar atas tu suami dia ke
Quote misszaitun 9-12-2022 05:41 AM
colorpensel replied at 9-12-2022 05:17 AM
Dalam gambar atas tu suami dia ke

Hak ah lah nampak lain..

Tapi irma ni tak nampak tua.dah 40 dah
Quote sukacactus 9-12-2022 05:55 AM
Edited by sukacactus at 9-12-2022 06:00 AM
colorpensel replied at 9-12-2022 05:17 AM
Dalam gambar atas tu suami dia ke


Mcm bukan
Tgk kat ig dia pun dah lama xde pic laki dia
Quote mijaa 9-12-2022 06:02 AM
colorpensel replied at 9-12-2022 05:17 AM
Dalam gambar atas tu suami dia ke

Tu adik dia bkn suami. Lama x nmpak laki irma
Quote ezacbee 9-12-2022 06:29 AM
Dah bercerai ke? Kat IG semua gambar anak beranak. Suami xde pun.
Quote mamastoney 9-12-2022 07:05 AM
Ikut logik kalo gmbar2 laki dah xde, gmbar raya pun dgn ank2 jr, gi beribadat pun tnpa suami tp bw ank2...paham2 la.  
Quote GreySuede 9-12-2022 07:20 AM
Manis senyuman kak irma ni. Btl ke da cerai?
Quote Nurul_007 9-12-2022 08:01 AM
Knpa la forumer asyik speku irma dh tk sma suami lgi.alhamdulilah theyols msih bsma dn low profile.suami irma ada je wish irma nk g umrah ni dn ckp syg lgi.

Meols up ig suami irma
[ig] https://www.instagram.com/p/Ckey3_gBnQv/?igshid=MDM4ZDc5MmU=[/ig]
Quote edayildiz 9-12-2022 08:16 AM
herlok kejadian laki dia..
bukan umo dia blm  40 lg ke
Quote mrseller 9-12-2022 08:18 AM
Laki tak ikut hmmmm…
Quote jalfa 9-12-2022 08:31 AM
Nurul_007 replied at 9-12-2022 08:01 AM
Knpa la forumer asyik speku irma dh tk sma suami lgi.alhamdulilah theyols msih bsma dn low profile.s ...

Irma x nak show uff laki dia kot..herlok dek..takut kena charas dek geng usrah..eehhhh
Quote Nnasda53 9-12-2022 08:46 AM
jalfa replied at 9-12-2022 08:31 AM
Irma x nak show uff laki dia kot..herlok dek..takut kena charas dek geng usrah..eehhhh

Hahahaha..mungkin ada benar juga di situ.
Baik ambil langkah berjaga2.
Quote azimodin 9-12-2022 08:56 AM
Nurul_007 replied at 9-12-2022 08:01 AM
Knpa la forumer asyik speku irma dh tk sma suami lgi.alhamdulilah theyols msih bsma dn low profile.s ...

Comel herlok anak dorang.
Quote LaskarHijayu 9-12-2022 08:59 AM
azimodin replied at 9-12-2022 08:56 AM
Comel herlok anak dorang.

Gigi anak2 dia persis gigi irma kan.

Tibe fokus gigi anak orang pullekkk
Quote lolita737 9-12-2022 09:01 AM
jalfa replied at 9-12-2022 08:31 AM
Irma x nak show uff laki dia kot..herlok dek..takut kena charas dek geng usrah..eehhhh

mungkin takut kena penyakit ain dan sihir pemisah macam bella kot..huhu..

maybe laki dia macam raja farah punya suami..jarang2 tunjuk muka..yg retis bini dia, bukan dia..hahaha.


Quote lolita737 9-12-2022 09:02 AM
azimodin replied at 9-12-2022 08:56 AM
Comel herlok anak dorang.

anak lelaki dia hensem..
Quote pinkpunk 9-12-2022 09:04 AM
herlok laki dia..
Quote ibugarang 9-12-2022 09:26 AM
Cutenya anak2 irma ni…

Husband dia helok, mestilah kene sorok kang kene caras dek penyondol slalu yg suker tayang laki, show off laki begitu begini irl dorang hakikatnya laki so so dan nothing to impress so dorang pun up lah laki kaw kaw kat socmed..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.048592 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top