Datuk Nora Ariffin tampil mendedahkan permintaan arwah anaknya, Mohd Syakir Alif Johan sewaktu mendaftarkan diri untuk belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana.
Menurut Nora, arwah anaknya pernah berpesan kepadanya untuk menghadiri majlis konvokesyennya selepas tamat pengajian di peringkat Diploma nanti. Malah, arwah turut berpesan yang ibunya perlu membawa jambakan bunga ketika majlis tersebut berlangsung. “Terutama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada UiTM kerana masih ingin mengiktirafkan lagi kejayaan anak kita walaupun dia dah tiada.
“Sebenarnya, sepanjang saya berjalan tu saya bayangkan anak saya berada di sebelah saya. Alif ni memang rapat sangat dengan saya , masa hari pertama dia di sana nak daftar di UiTM tu kebetulan kita lalu kita tengok suasana konvo. “Jadi dia dah cakap dah kepada saya untuk hadir di majlis konvokesyennya apabila dia dah habis diploma. Dia nak saya belikan bunga yang ada teddy bear dan dia kata dia nak juga saya buat benda tu dan dia sempat cakap dia taknak buang masanya untuk terus sambung degree,” katanya.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
28-3-2023 01:13 PM GMT+8 , Processed in 2.460863 second(s), 32 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.