CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erra Fazira Dah Kahwin Dengan Jutawan?

9-12-2022 07:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11536| Komen: 36

Description: Erra Fazira kembali mencuri perhatian netizen selepas tular foto mendakwa pelakon dan juga penyanyi itu sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki berstatus jutawan.
Erra Fazira kembali mencuri perhatian netizen selepas tular foto mendakwa pelakon dan juga penyanyi itu sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki berstatus jutawan.


Menerusi beberapa gambar yang tular dalam Facebook, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 48, dilihat mengenakan busana pengantin berwarna kelabu.

Turut berada di samping aktres dengan jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu seorang lelaki berpakaian pengantin lengkap bertengkolok dengan warna sedondon. Bagaimanapun wajah lelaki itu tidak didedahkan.




“Gambar perkahwinan dengan jutawan terkenal tersebar. Tahniah Erra Fazira,” tulis kapsyen pada hantaran dalam Facebook.


Menjawab persoalan tersebut, pengurus Erra, Firdaus ketika dihubungi Kosmo! Online menegaskan, berita yang tersebar itu adalah tidak benar.

Kata Firdaus, gambar Erra memakai busana pengantin itu merupakan babak yang diambil dalam sebuah telefilem yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

“Berita palsu. Tidak betul sama sekali. Gambar yang tular itu adalah dalam babak telefilem lakonan Erra.

“Telefilem itu belum dikeluarkan lagi,” katanya.

Dalam ruangan komen, pengguna media sosial juga berpendapat berita tentang perkahwinan Erra dengan lelaki bergelar jutawan itu adalah tidak benar dan mustahil.

Namun netizen tetap mendoakan yang terbaik jika benar berita ibu tunggal itu terkenal itu telah kembali mendirikan rumah tangga.

“Berita palsu. Tapi kalau betul alhamdulillah,” kata seorang pengguna Facebook.

Pada sekitar November tahun lalu, pelakon filem Pasrah itu pernah dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus misteri. Malah, khabar angin itu turut menyebut bahawa Erra merupakan isteri kedua kepada lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi satu kenyataannya dalam Instagram enggan mengambil pusing mengenai semua dakwaan netizen dalam media sosial.

“Apa, tak habis-habis cerita tentang kahwin ini?

“Apa pun manusia memang suka bercakap, jadi biarkan sahaja mereka berseronok,” katanya dalam entri tersebut.

Untuk rekod, Erra pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 namun disahkan bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.

Sekitar lima tahun lalu, Erra pernah mengaku menjalin hubungan cinta dengan bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir. Bagaimanapun hubungan mereka terputus di tengah jalan pada 2019. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucing_gebu 8-12-2022 09:02 PM
Xlogik langsung sang ratu nk pakai sesimple tu kalau dia betul2 kawen
Quote Raline 8-12-2022 10:25 PM
laku ekk kau erra.. dah berzaman2 kut
Quote Goodluckdontcry 8-12-2022 10:29 PM
Den tgk muka lelakinya yg berpixel tu mcm iras2 abangla...so mcm remy ramyeon atau deris keris atau sapa2 jela. kehkehkeh
Quote rosmahisham 8-12-2022 10:35 PM
Jutawan mana ni..untung la klu betul..npk lelaki tu cam peluk erra jer.
Quote dudaberhias 8-12-2022 10:45 PM
kemain clickbait... wartawan kosmo tu mesti bukan manusia yang boleh berfikir nak cari gosip etc...
mesti sejenis duduk dalam hutan rimba dan tempat2 haiwan liar...

sebabtu gosip yang di bawanya pun tak ubah macam binatang bergosip...

perhilitan kutip jap please! lakukan kerja anda tangkap ponen terlepas tu....
Quote DeLuna85 8-12-2022 10:54 PM
Erra tu dah aman2 hidup single. Sebok nau nak jodohkan dia
Quote CARI-MRO 9-12-2022 07:29 AM
Erra Fazira kembali mencuri perhatian netizen selepas tular foto mendakwa pelakon dan juga penyanyi itu sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki berstatus jutawan.


Menerusi beberapa gambar yang tular dalam Facebook, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 48, dilihat mengenakan busana pengantin berwarna kelabu.


Turut berada di samping aktres dengan jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu seorang lelaki berpakaian pengantin lengkap bertengkolok dengan warna sedondon. Bagaimanapun wajah lelaki itu tidak didedahkan.










“Gambar perkahwinan dengan jutawan terkenal tersebar. Tahniah Erra Fazira,” tulis kapsyen pada hantaran dalam Facebook.


Menjawab persoalan tersebut, pengurus Erra, Firdaus ketika dihubungi Kosmo! Online menegaskan, berita yang tersebar itu adalah tidak benar.


Kata Firdaus, gambar Erra memakai busana pengantin itu merupakan babak yang diambil dalam sebuah telefilem yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.


“Berita palsu. Tidak betul sama sekali. Gambar yang tular itu adalah dalam babak telefilem lakonan Erra.


“Telefilem itu belum dikeluarkan lagi,” katanya.


Dalam ruangan komen, pengguna media sosial juga berpendapat berita tentang perkahwinan Erra dengan lelaki bergelar jutawan itu adalah tidak benar dan mustahil.


Namun netizen tetap mendoakan yang terbaik jika benar berita ibu tunggal itu terkenal itu telah kembali mendirikan rumah tangga.


“Berita palsu. Tapi kalau betul alhamdulillah,” kata seorang pengguna Facebook.


Pada sekitar November tahun lalu, pelakon filem Pasrah itu pernah dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus misteri. Malah, khabar angin itu turut menyebut bahawa Erra merupakan isteri kedua kepada lelaki berkenaan.


Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi satu kenyataannya dalam Instagram enggan mengambil pusing mengenai semua dakwaan netizen dalam media sosial.


“Apa, tak habis-habis cerita tentang kahwin ini?


“Apa pun manusia memang suka bercakap, jadi biarkan sahaja mereka berseronok,” katanya dalam entri tersebut.


Untuk rekod, Erra pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.


Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 namun disahkan bercerai pada 2014.


Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.


Sekitar lima tahun lalu, Erra pernah mengaku menjalin hubungan cinta dengan bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir. Bagaimanapun hubungan mereka terputus di tengah jalan pada 2019. -CARI


Sumber: Kosmo
Quote selipar_hijau 9-12-2022 07:34 AM
muka mcm deris khan je aku tgok?
Quote chandrahusin 9-12-2022 07:49 AM
Drama la tu
Quote syabee 9-12-2022 07:53 AM
jangan caya la klu kat fb2 tu...tekan link kuar shopee
Quote cattiecute 9-12-2022 08:30 AM
dia betul ke dengan pejal? dengar2 gitu kan?
Quote miemiecha 9-12-2022 09:09 AM
muka derih khan jehhh
Quote slyfynx 9-12-2022 09:16 AM
Gambar ni dari 2019 dah ade kan?

credit sinar viral
Quote akuHavocczz 9-12-2022 09:17 AM
hahahah tang mana deris khan tu jutawan ? Jutawan dalam drama tu kah?
Quote hayrin86 9-12-2022 09:20 AM
Cuma penggambaran sebuah tayangan gambar berbentuk telefilem aje..
Quote Raline 9-12-2022 10:01 AM
masih lariss ekkk
Quote susukambingbest 9-12-2022 10:04 AM
Macam idris khan je
Quote Raline 9-12-2022 10:05 AM
Erra Fazira nikah dengan jutawan tersebar....
https://b.cari.com.my/forum.php? ... extra=#pid152042016
Post time 8-12-2022 08:54 PM

dah ada la awak.....
Quote Raline 9-12-2022 10:06 AM
slyfynx replied at 9-12-2022 09:16 AM
Gambar ni dari 2019 dah ade kan?

credit sinar viral

Erra Fazira nikah dengan jutawan tersebar....
https://b.cari.com.my/forum.php? ... extra=#pid152042016
Post time 8-12-2022 08:54 PM

dah ada la awak..... KENAPA x tolong komen kan?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.183747 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top