Aeril Zafrel mengakui belum merancang untuk menambah cahaya mata dan bersyukur mempunyai empat orang anak bersama aktres jelita, Wawa Zainal.
“Saya rasa nak berehat dulu. Kalau ikutkan empat orang anak itupun sudah cukup. Alhamdulillah saya dan Wawa dikurniakan dua anak lelaki dan dua anak perempuan. “Kalau ada lebih itu bonus. Tapi sekarang ni rasa penat membesar dan menjaga anak bongsu itu pun tak hilang lagi. Mungkin kalau kami mahu tambah zuriat pun lepas empat tahun, Insya-Allah. “Pada saya bila anak-anak terlampau cepat membesar saya dan Wawa risau kalau terhutang kasih sayang atau tak cukup beri perhatian sepenuhnya kepada mereka terutamanya yang bongsu,” katanya ketika ditemui di Sri Pentas baru-baru ini.
|
CariMalay: Genetik korang berdua tu genet ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
28-3-2023 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.080104 second(s), 36 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.