Bukan semua bernasib baik mempunyai jiran yang memahami, tidak penting diri dan menghormati jiran tetangga. Itulah yang dialami oleh seorang pemuda yang membuat luahan di Facebook mengenai sikap jirannya terhadap kucing peliharaan sehingga mengganggu ketenteraman dia sekeluarga. Menurut Arif Nizam, dia terpaksa menahan sabar apabila saban hari berdepan bau busuk akibat lambakan najis kucing disekitar rumahnya, lapor Mstar. "Dikurniakan jiran-jiran yang mencintai kucing. Malangnya tidak menghormati jiran tetangga. "Kucing nak datang main silakan aku boleh layan. Tapi kalau dah kencing berak kat rumah aku, Macam mana aku nak layan" "Penat aku nak kena cuci kencing berak kucing jiran,: luahnya menerusi halaman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini. Lebih malang kata pemuda itu, jiran-jirannya tidak pernah mengaku apabila ditanya mengenai najis tersebut, sekali gus membuatkan dia semakin geram. Rata-rata netizen turut mengecam pemilik kucing itu dan menceritakan pengalaman sama apabila berdepan jiran yang menjadi pencinta kucing. "Percayalah apabila sekali dia dah kecing dan berak dia dah tanda tempat tu dia akan terus buat sebab bau dia melekat kat situ. Aku dah puas kena macam ni jira jenis pencinta kucing tapi yang bernajisnya rumah kita." "Kes macam ni cekup tahi dia letak depan rumah owner. Kalau tak masuk kepala otak juga memang owner dia gila" "Moga tuan kucing tersebut dipersoalkan di akhirat kerana tidak menjaga keharmonian untuk tetangganya," tulis beberapa netizen. Namun tak kurang juga mengatakan ia hanyalah perkara kecil saja dan tak perlu diperbesar-besarkan. "Aduhai, bnde kecik je bang, umah aku kucing tah mana berak dlm palsu, berak atas lantai, basuh je, kite bkn hidup dlm syurga, dunia sentiasa ade masalah, Bani melayu xkan maju kalu masalah kecik terus nk share merintih kt public, baik ngn haiwan Tu sunnah, mudahkan urusan pon sunnah, ingat X hadis org badwi kencing dlm masjid? Nabi suh bilas je, xyah rumitkan bnde" kata Fahmi Imba Aziz. Adakah anda juga mengalami masalah yang sama seperti pemuda ini? Apa saranan anda untuk meneyelesaikan kes seperti ini dari berulang? - CARI |
bakingsoda replied at 23-11-2022 08:22 AM
ntah2 betul je cite jiran tu kucing tak bertuan. biasanya kucing tak bertuan dia tak nak berak rumah ...
ChildrenOfBodom replied at 23-11-2022 08:25 AM
beli la daiso cat repellant boh kat kawasan rumah hang,
SedihPedih replied at 23-11-2022 08:34 AM
i rasa x jalan la benda ni. U try jadi ke?
pinggan replied at 23-11-2022 08:31 AM
Kat Malaysia boleh ke buat report kat majlis daerah ke majlis perbandaran utk kucing2 bertuan yg duk ...
SedihPedih replied at 23-11-2022 08:34 AM
i rasa x jalan la benda ni. U try jadi ke?
pinggan replied at 23-11-2022 08:31 AM
Kat Malaysia boleh ke buat report kat majlis daerah ke majlis perbandaran utk kucing2 bertuan yg duk ...
SedihPedih replied at 23-11-2022 08:34 AM
i rasa x jalan la benda ni. U try jadi ke?
ADVERTISEMENT