CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir 25,000 Tandatangani Petisyen Desak GPS Tolak PN

22-11-2022 11:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3918| Komen: 63

Description: Satu petisyen dalam talian menggesa Ahli Parlimen beragama Kristian dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan persekutuan berjaya meng ...
Satu petisyen dalam talian menggesa Ahli Parlimen beragama Kristian dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan persekutuan berjaya mengumpul 23,400 tandatangan setakat 9.45 malam tadi.


Petisyen di Change.org dilancarkan semalam selepas seorang ADUN Sarawak menggesa GPS menolak gabungan dengan PN dan parti komponennya PAS kerana mendakwa dianggotai “pentaksub perkauman”.



Change.org

Bekas pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, Ahli Parlimen negeri itu mesti mengekalkan keharmonian yang wujud dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak.

Beliau merujuk kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin baru-baru ini, yang mendakwa ada usaha untuk “mengkristiankan Malaysia” oleh Pakatan Harapan.

Muhyiddin kemudian menjelaskan ucapannya diambil di luar konteks oleh lawan PN bagi mencemarkan imejnya.

Baru turut mendakwa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menunjukkan dirinya sebagai “pentaksub agama dan kaum” dengan menyalahkan orang bukan Islam sebagai punca rasuah.


Pengerusi GPS, Abang Johari Openg (kanan) ketika pertemuan dengan pemimpin PN termasuk Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang . (Gambar Twitter)

Semalam, Abang Johari dilaporkan berkata, GPS setuju bergabung dengan PN, Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah untuk membentuk kerajaan baharu yang stabil. Tetapi, BN menafikan ia berunding dengan GPS atau PN mengenainya.

Bagaimanapun, sumber memberitahu, GPS memutuskan untuk bekerjasama dengan PN kerana beranggapan Barisan Nasional (BN) juga bersetuju untuk menyertai gabungan itu.


Sumber: FMT





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Whitney72 22-11-2022 11:30 PM
..kerana mulut badan binasa...kan mndapt dah ko Abah oiiii
Quote zull4rs 22-11-2022 11:33 PM
Lepas ni semua Ahli Parlimen kristian dlm GPS terus masuk islam sbb sokong PN… takebeer
Quote esprito193 22-11-2022 11:35 PM
abahcow & lobai hadi patut dihalang dari memegang tampuk kuasa.period!
Quote Whitney72 22-11-2022 11:45 PM
Harap Lobai Hadi blh dakwahkan geng GPS ni smpai masuk Islam kerana berjaya memuslimkan org kafir diberikan Allah darjat yg lbh tinggi ..Aamiiiin
Quote Naatasha 22-11-2022 11:46 PM
Harap esok dpt la PM nya. Pening dah aku
Quote xy_daen 22-11-2022 11:48 PM
Macam ni nak jadi PM kepada rakyat pelbagai kaum di Malaysia?
Quote Potpouri 22-11-2022 11:52 PM
Amboi permainan dia. Tak tentu pun penyokong GPS
Quote Nurdianah 22-11-2022 11:53 PM

Quote Skuau 22-11-2022 11:55 PM
arap abah jd PM...nk tgk acaner muka orng Swak..bila 'nak projek...kena bayar utang dlu'.
Quote Kemaruk-Taikk 23-11-2022 12:10 AM
Main la lagi sentimen agama….
Quote Suchi 23-11-2022 12:16 AM
Sbb tulah lenkali bila nk berkempen ka hati2 jgn main sentimen agama dan kaum.
Pastu jgn mengata2 dan burukkan pihak lawan dgn bagai.

Sbb tau2 nak kena comolot plak dah kena jilat ludah balik.
Quote renko 23-11-2022 12:31 AM
Adakah spesis mat silau akan cakap org borneo sana pendatang? Anak kecil bermain api bagai? Hahahahaha
Quote silencekiller 23-11-2022 01:00 AM
nak tengok Taliban versi Malaya.. teruihkan laa sokong lobai2 Malang.. depa dah banyak menang.. step berikut, brainwash bbnu.. next dah ramai, lahir laa new Taliban..

Nak bersekutu dgn lobai2 Malang, kerusi depa sikit ok lagi.. bila dah banyak depa amek kesempatan untuk luaskan dakyah "Isle" versi lobai2 Malang Taliban..
Quote CiliPadiSedap 23-11-2022 03:19 AM
Naatasha: Harap esok dpt la PM nya. Peni ...


Esok bn tangguh lusa gps tangguh tulat pm tangguh angkat sumpah julat wartawan tangguh interview

Semua kerja nak tangguh. Musibat betul politician duk main tarik tali
Quote CiliPadiSedap 23-11-2022 03:27 AM
Kaka nak tidur goodnyte malaysia. Kaka tidur ikut waktu hong kong. Bangun ikut waktu artic utara
Quote Kurex 23-11-2022 04:24 AM
Yg tandatangan pun cino2 jua
Quote CiliPadiSedap 23-11-2022 06:04 AM
Matahari dah terbit jua. Morning malaysia
Quote CiliPadiSedap 23-11-2022 06:06 AM
Kurex replied at 23-11-2022 04:24 AM
Yg tandatangan pun cino2 jua

Benda tu tandatangan ke apa boleh pakai robot lah ada je bot yang boleh delete cookies tukar ip address.

Setakat bot social media komen like share semua tu ada ini kan bot untuk vote.

Quote CiliPadiSedap 23-11-2022 06:08 AM
silencekiller replied at 23-11-2022 01:00 AM
nak tengok Taliban versi Malaya.. teruihkan laa sokong lobai2 Malang.. depa dah banyak menang.. step ...

Kaka masih ada empati sebab rekod audit kedah elok. Walaupun mulut lebai hodoh belaka tp bab audit cantik baguslah. Mulut jalan kerja jalan.

Taliban kalau ada confirm friska kena rotan sebab sondol suami orang madu jusa c minus

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.066533 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top