oleh Fyruz Hanna
Mengapa dan kenapa generasi kini takut terlihat miskin dan berusaha nampak kaya tapi sebenarnya membuka lubang lebih miskin. Rata-rata anak muda lepasan universiti misalnya, oleh kerana kelulusan yang difikirkannya tinggi menyebabkan mereka berusaha untuk 'nampak' lebih baik dari sebelumnya tetapi tak sedar mereka sebenarnya lebih miskin. Bukan dari segi harta mereka juga miskin untuk mengetahui perangkap dunia.
Mungkin bebanan yang dirasakan dengan memiliki segulung ijazah membuatkan mereka mengawal masa depan mereka untuk nampak lebih baik. Sebagai contoh, lepas belajar dan kerja di sektor kolar putih dan membuatkan mereka dibebani hutang yang tak terjangkau untuk membayarnya. Bayangkan sahaja hutang kereta, hutang rumah, semuanya berhutang kadang-kadang sehinggakan telefon bimbit juga berhutang. Kalau diambil kira, memang sukar remaja masa kini untuk bebas hutang tapi bukan bermakna ia tiket untuk kita menambah hutang. Rasullullah sememangnya mengambil berat mengenai hutang dan didalam solatnya sering memohon supaya Allah SWT supaya terhindar dari masalah hutang. Kerana kebiasaan Nabi SAW berdoa dengan kalimat tersebut, seorang sahabat bertanya kepada Nabi, "Mengapa Engkau banyak meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?" Jawab Nabi tegas, "Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang ketika dia berbicara biasanya berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya," (HR Bukhori). Jadi, oleh kerana mahu nampak 'gah' disekeliling masyarakat si polan bin si polan menambah hutang yang mana tiada jaminan bahawa umur kita panjang untuk lunaskan hutang tersebut. Ambil contoh hutang kereta, tanyalah mana-mana graduan, sememangnya berlumba-lumba membeli kereta kerana ia dilihat seperti aset 'menunjuk' supaya terlihat hebat. Apa yang penulis harapkan adalah jangan kita terperangkap dengan hutang hanya kerana segan terlihat miskin. Ubah persepsi kita dengan melihat harta adalah segala-gala. Usaha untuk memiliki sesuatu dengan hasil tuai dan bukannya memakan hasil tuaian namun tuaian tak jadi. Menjadi kaya atau berharta bukan daripada berapa banyak hasil yang boleh kamu buat tetapi berapa banyak yang kamu boleh simpan. Kayakan diri dengan ilmu. Untuk kaya kita harus berfikir dengan cara lain. Ubah kelakuan. Ubah corak perbelanjaan. -CARI Infonet. |
10
Bagus |
15
Marah |
14
Terkejut |
18
Sedih |
28
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT