CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kenapa Kita Masih Ada 'Prasangka Kaum' Lagi?

10-9-2015 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 13469| Komen: 72

Description: Prasangka ialah penilaian terhadap sesuatu kelompok atau seorang individu daripada kelompok itu semata-mata berasaskan kepada keahlian dalam kelompok itu.

Oleh : TS LOO

sumber foto : http://2.bp.blogspot.com/



Manusia yang hidup berkelompok secara etnik seperti Malaysia mempunyai prasangka dan stereotaip terhadap satu sama lain.

Prasangka ialah penilaian terhadap sesuatu kelompok atau seorang individu daripada kelompok itu semata-mata berasaskan kepada keahlian dalam kelompok itu.

sumber foto : https://rahmaputri96.files.wordpress.com/


Stereotaip pula ialah kepercayaan tentang sifat-sifat peribadi yang dikongsi bersama dalam sesuatu kelompok atau kategori sosial manusia, juga semata-mata kerana mereka menjadi ahli kelompok itu.


Prasangka atau stereotaip; kedua-duanya adalah berbahaya kepada kedamaian sebuah masyarakat berbilang kaum.

Kanak-kanak tidak dilahirkan dengan sikap prasangka. Tetapi sejak dilahirkan, anak Melayu, Cina dan India terdedah kepada proses sosialisasi yang membina sentimen kepada kaum sendiri sambil memupuk perasaan negatif terhadap kaum lain.

sumber foto : http://antarapos.com/


Melalui proses pengkategorian sosial mereka membahagikan dunia kepada 'kita' dan 'mereka'. 'Kita' ialah kaum sendiri, 'mereka' ialah kaum lain. 'Kita' semuanya baik belaka sementara 'mereka' semuanya buruk belaka.

kedekatan fizikal membenihkan tarikan interpersonal lantas mengurangkan prasangka dengan tiga cara. Pertama, ia meningkatkan kebiasaan atau familiariti. Kita sukakan wajah-wajah yang biasa kepada kita.

Kedua, kedekatan sering dihubungkan dengan persamaan. Orang yang dekat dengan kita dianggap serupa dengan kita dan kita sukakan orang yang serupa dengan kita.

Ketiga, orang yang dekat dengan kita secara fizikal mudah diperoleh berbanding dengan orang yang jauh daripada kita. Kita tidak boleh menyukai orang yang tidak pernah kita temui.

Kita memilih kawan daripada orang yang kita temui. Jika kanak-kanak diasingkan kepada sekolah-sekolah yang berbeza mereka tidak terdedah kepada peluang untuk membina persahabatan antara kaum.

sumber foto : http://2.bp.blogspot.com/


Kedekatan fizikal membuahkan kesan positif yang lain iaitu pendedahan berulang kepada rakan-rakan daripada kumpulan etnik yang lain yang pula membawa kepada familiariti.

Mungkin belum masa untuk mereka menerima hakikat keperluan kepada satu bentuk pendidikan yang serupa tetapi lambat-laun rakyat Malaysia, tidak dapat tidak, perlu berkongsi satu wawasan.

sumber foto : https://zhinengqigongmalaysia.files.wordpress.com/


Tembok perkauman mesti diruntuhkan untuk memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa yang lebih harmoni. Tempat terbaik untuk memulakan usaha mencambah rasa harmoni ini setakat yang ada sekarang ialah Sekolah Wawasan. 

Semoga prasangka terhadap konsep sekolah ini tidak menghalang usaha menghapuskan prasangka antara kaum di negara ini. - CARI Infonet

24

Bagus
21

Marah
30

Terkejut
33

Sedih
36

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (158 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tok_Batin 10-9-2015 03:34 PM
Prasangka ialah penilaian terhadap sesuatu kelompok atau seorang individu daripada kelompok itu semata-mata berasaskan kepada keahlian dalam kelompok itu.

Amboi ayat..

Kita sentiasa ada prasangka kerana ramai kaum di Malaysia percaya kita tidak sama rata. Ada yang taraf bumiputra ada yg pendatang, ada yg dapat keisitmewaan kaum ada yg tidak


Tidak seperti di Jepun yg punya kaum homogen, prasangka sangat kurang.
Quote krustykrab 10-9-2015 03:39 PM
Tok_Batin replied at 10-9-2015 03:34 PM
Prasangka ialah penilaian terhadap sesuatu kelompok atau seorang individu daripada kelompok itu sema ...

jepun ni negara dia mata sepet je ...warna kulit pun sekata...bangsa pun sama...bahasa pun sama, so nak prasangka apa lagi...

lg pun negara dia mana pernah kena jajah, dia jajah org ada la...



Quote dani-rox 10-9-2015 03:40 PM
Mcm mana tak prasangka kaum... Ahli politik suka mainkan isu bangsa dan agama demi survival karier dan kedudukan masing2.
Quote brownstone 10-9-2015 03:41 PM
sbb Tunku abdul rahman bukanlah a visionary leader...bodoh bab2 nation building...
Quote wds 10-9-2015 03:49 PM
Masalahnya kaum depa suka sangat menipu. Tahun ni teruk aku kena tipu 2 kali overhaul engine motorsikal berlainan kedai. Dekat 1500 ribu melayang. Bila aku complain, boleh pulak nak cari salah aku dan taknak repair lagi. Last2 aku gi kedai Melayu nk cuba nasib lak.

Mula2 aku fikir positif pasal depa ni, last2 jadi negatif sepanjang masa. Aku sudah tidak percaya kat kaum satu ni. Penipu nombor satu di Malaysia melibatkan urusniaga. Mentang2 depa pegang market di Malaysia. Depa lupa ka yang Melayu paling banyak support perniagaan mereka ni. Susah nak cari kaum depa ni jujur dan adil dalam perniagaan ni.

Dah lama aku pendam perasaan geram ni. .
Quote Mary_jane 10-9-2015 03:53 PM
Melayu memang tak suka jawa. Dorang panggil jawa totok. Sekian.
Quote pyropura 10-9-2015 04:15 PM
...umno, tu lah puncanya, ditambah pulak dengan macai2 nya yang bodo bahloul....
Quote dondangdendang 10-9-2015 04:18 PM
wds replied at 10-9-2015 03:49 PM
Masalahnya kaum depa suka sangat menipu. Tahun ni teruk aku kena tipu 2 kali overhaul engine motorsi ...

kaum melayu pun apa kurang nya....

ada juga yg xjujur...

tp kan 1500 ribu???? mmg banyak tu............ sejuta lima ratus ribu ke???
Quote +#$!= 10-9-2015 04:19 PM
krustykrab replied at 10-9-2015 07:39 AM
jepun ni negara dia mata sepet je ...warna kulit pun sekata...bangsa pun sama...bahasa pun sama, s ...

Jepun pernah dijajah Amerika Syarikat lepas kalah perang dunia kedua
Quote tebuanharimau 10-9-2015 04:21 PM
pemerintah sebok songlap.. nak selamatkan diri balik2 main sentimen kaum
Quote spiderman80 10-9-2015 04:24 PM
wds replied at 10-9-2015 03:49 PM
Masalahnya kaum depa suka sangat menipu. Tahun ni teruk aku kena tipu 2 kali overhaul engine motorsi ...

Kaum yang anda maksudkan tu pun ada menipu kaum mereka sendiri. Yang penting kita sebagai pengguna kena bijak.
Btw, selain kaum tu,  tak ada kaum lain yang menipu kah? Seorang dua punya pasal habis semua kaum kena chop penipu...tak adil lah tu.
Quote adnil 10-9-2015 04:29 PM
aku tak paham nape nak mainkan sentimen perkauman nih.. suka laga laga kan org nape?  rakyat marhaen biasa jer hidup sebelah menyebelah dgn harmoni.
pasal tipu nih - bangsa apa pun sama jer - bukan bangsa tapi manusia.  cam kami lak - selalu kena dgn melayu - tikam belakang, potong jalan bisnes etc etc... yang support bantu kami adalah bangsa lain.  
so please jgn generalise perangai dgn bangsa - apa bangsa pun ada yg baik ada yg tak..
Quote krustykrab 10-9-2015 04:30 PM
+#$!= replied at 10-9-2015 04:19 PM
Jepun pernah dijajah Amerika Syarikat lepas kalah perang dunia kedua

ooo..ye ke...hahhaha maapkan la mokcik yg buat sejarah ni nak oi
Quote pseudo_kl 10-9-2015 04:41 PM
pelajaran dari rumah dan dari sekolah.

dari rumah :  hapuskan ajar anak2 yang c*na tepuk tangan, jumpa ular/k*ling bunuh dulu dan melayu pemalas.

dari sekolah :  hapuskan sekolah mengikut kaum dan utamakan bahasa melayu.

Quote dino 10-9-2015 04:43 PM
spiderman80 replied at 10-9-2015 04:24 PM
Kaum yang anda maksudkan tu pun ada menipu kaum mereka sendiri. Yang penting kita sebagai pengguna ...

btul tu spidey... ingat melayu tak menipu agaknya....tgk bijan hari2 menipu
Quote dizek 10-9-2015 04:48 PM
sekolah cina keling

akhbar cina keling

saluran tv dalam dan luar
negara dengan pengisian cina
dan keling

realiti hidup dan mimpi lain2 lah jawabnya
sampai ke sudah
Quote +#$!= 10-9-2015 04:54 PM
Hapuskan prasangka cina pemalas, india lembik, melayu penipu.
Quote penari 10-9-2015 05:00 PM
alah..mak bapak sendiri yg ajar camni
kaum kita suchi, kaum lain tu semua jahat
dah implan dalam kepala otak
kita bodoh pegi ikut ajaran sesat watpe
Quote Emperor95 10-9-2015 05:12 PM
Perkauman ini pun tidak akan lenyap, sudah sebati dalam darah. Melainkan kahwin campur antara bangsa untuk melenyapkan bangsa yang asal.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.113127 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top