Jika sebelum ini kecoh di media sosial mengenai seorang TikToker yang dikatakan "kembar terpisah" Fazura kerana memiliki wajah dan gaya percakapan yang hampir sama dengan isteri Fattah Amin itu, kali ini seorang TikToker ini pula dikatakan memiliki suara yang seiras penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Gadis yang juga pemilik akaun TikTok dengan nama Layka Al Funsu ini telah merakam beberapa cover lagu termasuk lagu-lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza yang mana telah mencuri tumpuan ramai apabila suaranya seakan Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti. Sebelum membaca komen reaksi netizen, jom kita sama-sama dengarkan beberapa video nyanyiannya.
Ini adalah komen-komen netizen yang rata-rata kagum malah menyifatkan suara gadis ini iras TokTi zaman muda. Tak kurang juga ada yang seakan tidak percaya suara sebenar gadis ini dan masih menganggap hanya "miming" dan juga "autotune". Namun video perkongsian seorang TikToker lain memaparkan Layka Al Funsu sedang menyanyi secara "live" di pentas ketika pertandingan Megamall Idol 2022 mungkin menjawab segala tanda tanya mengenai suaranya. Jadi memang suara dia lemak merdu lah kan! Boleh pergi jauh ni, rupa ada suara pun sedap. Semoga maju jaya di masa hadapan Layka Al Funsu. - CARI |
red_velvet replied at 4-10-2022 06:51 AM
Suara siti tak exclusive pun.. dari zaman 90an penyanyi2 baru semua berebut2 buat suara siti termasu ...
bedahmenjuyah: Tak sama pun. Tp comel lah bud ...
dua_chzy replied at 4-10-2022 04:31 AM
Pondan pun boleh tiru suara Siti. Sapa ingat pondan yang nyanyi lagu di bawah:
Diciptakan seorang i ...
ADVERTISEMENT