CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tergamam Tengok Pandai Cakap Tamil, Ramai Tak Tahu Keith Foo Kacukan Cina Dan India

26-9-2022 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2840| Komen: 6

"Dia boleh cakap Bahasa Tamil? Betul?"

Itu reaksi pelakon, Kenchana Devi itu mencuit hati pengguna Twitter apabila dia dilihat terkejut dengan kemampuan pelakon, Keith Foo bertutur dalam Bahasa Tamil.


Foto: IG

Dalam video yang dimuat naik Keith di TikTok, mereka kemudiannya meneruskan perbualan dalam Bahasa Tamil dan jelas kelihatan rasa kagum di wajah Kenchana.

Mereka muncul sebagai tetamu jemputan dalam program Tapau Show #KasiViral yang diacarakan Afieq Shazwan dan Nen Tebabo.



Video yang dimuat naik sejak dua hari lalu itu kini ditonton hampir 900,000 tontonan di platform media sosial itu.

Dalam ruangan komen, ternyata masih ada peminat yang tidak tahu bahawa Keith adalah pelakon berdarah campuran Cina dan India.


"Saya ingat Keith Foo campuran orang putih dengan Cina. Sekarang, saya tahu, dia rupanya 'Chindian'," tulis seorang pengguna Twitter.

"Saya rasa, Keith Foo boleh buat 'content' bercakap Bahasa Tamil dan Mandarinlah," komen seorang lagi pengguna Twitter. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote casper2022 26-9-2022 04:52 PM
tak terkejut pon. Yang terkejut klau IC malaysia, lahir malaysia tapi lansung tak pandai cakap Melayu.
Quote Nenasketum 26-9-2022 04:57 PM
I find this news as SEXY!
Quote ciksom 26-9-2022 05:27 PM
Kawan kat tempat kerja aku. Anak dia yg umur 6 tahun nangis nangis mengadu nak sekolah tamil darjah 1 nanti. Gara gara suka tengok cerita tamil. Paling suka tengok citer tamil yg gaduh gaduh.memang tak boleh tengok cerita lain la jawabnya.
Quote Tembikaigoreng 26-9-2022 07:12 PM
ciksom: Kawan kat tempat kerja aku. An ...


Apa hal ahahhahah ada² jelah bebudak ni....
Quote imransulaiman 27-9-2022 04:59 AM
Kenapa penampilan Keith Foo nampak busuk? Dan nampak kecelaruan jantina?
Quote heythere123 29-9-2022 11:52 AM
la dia Chindian ke? patut la boleh ngam dengan kimchi dulu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.085966 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top