View: 2117|Reply: 6
|
Tergamam Tengok Pandai Cakap Tamil, Ramai Tak Tahu Keith Foo Kacukan Cina Dan India
[Copy link]
|
|
"Dia boleh cakap Bahasa Tamil? Betul?"
Itu reaksi pelakon, Kenchana Devi itu mencuit hati pengguna Twitter apabila dia dilihat terkejut dengan kemampuan pelakon, Keith Foo bertutur dalam Bahasa Tamil.
Foto: IG
Dalam video yang dimuat naik Keith di TikTok, mereka kemudiannya meneruskan perbualan dalam Bahasa Tamil dan jelas kelihatan rasa kagum di wajah Kenchana.
Mereka muncul sebagai tetamu jemputan dalam program Tapau Show #KasiViral yang diacarakan Afieq Shazwan dan Nen Tebabo.
Video yang dimuat naik sejak dua hari lalu itu kini ditonton hampir 900,000 tontonan di platform media sosial itu.
Dalam ruangan komen, ternyata masih ada peminat yang tidak tahu bahawa Keith adalah pelakon berdarah campuran Cina dan India.
"Saya ingat Keith Foo campuran orang putih dengan Cina. Sekarang, saya tahu, dia rupanya 'Chindian'," tulis seorang pengguna Twitter.
"Saya rasa, Keith Foo boleh buat 'content' bercakap Bahasa Tamil dan Mandarinlah," komen seorang lagi pengguna Twitter. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
tak terkejut pon. Yang terkejut klau IC malaysia, lahir malaysia tapi lansung tak pandai cakap Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
I find this news as SEXY! |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan kat tempat kerja aku. Anak dia yg umur 6 tahun nangis nangis mengadu nak sekolah tamil darjah 1 nanti. Gara gara suka tengok cerita tamil. Paling suka tengok citer tamil yg gaduh gaduh.memang tak boleh tengok cerita lain la jawabnya. |
|
|
|
|
|
|
|
ciksom: Kawan kat tempat kerja aku. An ...
Apa hal ahahhahah ada² jelah bebudak ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa penampilan Keith Foo nampak busuk? Dan nampak kecelaruan jantina? |
|
|
|
|
|
|
|
la dia Chindian ke? patut la boleh ngam dengan kimchi dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|