CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Kenapa Eh Langkawi Ade Minyak Murah Je?" Usahawan Kosmetik Geram Langkawi Tak Ada Minyak Mahal

9-9-2022 12:40 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5622| Komen: 31



Kalau sebelum ini, tular kisah seorang usahawan kosmetik dari Kelantan mengidam mahu memiliki sebuah kereta mewah berjenama Lamborghini, kini Ayunie dan sahabat baiknya, Cikna telah pun pergi bercuti di sebuah pusat peranginan iaitu Pulau Langkawi dengan menaiki kereta sukan mewah tersebut.

Nyata cukup teruja, mereka turut sempat berkongsi momen indah percutian sewaktu membawa kereta mewah tersebut di sekitar Pulau Langkawi.

Walau bagaimanapun, pemilik Lamborghini, Cikna yang berkongsi satu video di aplikasi TikToknya telah membuatkan netizen geram dan ‘panas hati’ sebaik sahaja mendengar luahan hatinya ketika bercuti di Langkawi.


Cikna meluahkan kekecewaan kerana tidak dapat mengisi minyak ‘mahal’ sewaktu berada di sana. Malah, dia turut mempersoalkan orang Langkawi tidak mengisi minyak mahal memandangkan hanya ada minyak RON95 sahaja disana.

Menurut Cikna, dia telah mencari di merata-rata tempat stesen minyak di sana, namun tidak ada satu pun yang menawarkan minyak yang bersesuaian dengan kereta Lamborghini miliknya.

Jutawan kosmetik itu juga mengajukan soalan kepada umum terutamanya penduduk Langkawi jika tahu mana-mana stesen minyak yang mempunyai minyak ‘mahal’.

“Cikna tengah geram tau tak? Cikna kat Langkawi ni tak ada minyak mahal. Yang ada cuma minyak 95 sahaja. Banyak dah stesen minyak Cikna pergi, tapi tak ada.
“Kereta Cikna ni kan dia macam berlagak sikit. Dia tak minum minyak murah-murah ni. Dia minum minyak 97, 916, 999 kemudian 100. Tapi, kat Langkawi tak ada. Memang orang Langkawi tak isi minyak mahal ke?”katanya.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu menerima kecaman dan sindiran daripada warganet dengan mengatakan usahawan tersebut kelihatan riak dengan apa yang dimilikinya.



Menyedari dikecam, di ruangan Insta Story milik usahawan tersebut, Cikna atau dikenali Farhana Zahra memberitahu dirinya tidak faham punca ramai mengecam perbuatannya itu sedangkan dia hanya bertanya soalan mengenai stesen minyak. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 9-9-2022 12:59 PM
siapa pulak ni.. cukup2 lah usahawan kosmetik hat ada skg ni pun asyik bikin panas.. nak tambah lagi
Quote edayildiz 9-9-2022 01:00 PM
dia ni yg kt stesen mnyk aritu kn..tgk jgk td keluar kt fb psl ni
usahawan ni jual apa..
muka ttp kg.com wpn pakai keta mahal..serius xclassy..sbb tu penting nya education..
Quote missyL 9-9-2022 01:27 PM
Perangai murah nye walao pn byk duit
Quote alieyrina 9-9-2022 01:32 PM
Korg jugak yg mengkayakan spesis2 dia ni
Quote TeropongThaico 9-9-2022 01:37 PM
Mohon sista Nazreen Musa buka kelas etika utk golongan yg baru nak jadi kaya nih. Ajar deols cara nak sesuaikan diri dgn dunia baru masing2. Tak le bila dianugerah rezeki melimpah ruah perangai jd celaru...
Quote CiliPadiSedap 9-9-2022 01:49 PM
takde benda nya sana lubuk supercar  free duty. lambo ferrari mustang gtr  semua ada sana.  3bulan sekali bawa ke darat
Quote wnwa05 9-9-2022 02:03 PM
People change....Ujian disaat tiba2 kaya.tak semua orang boleh hadap.ada yg kekal lowprofile dan ada yg show off mengunung
Quote wnwa05 9-9-2022 02:04 PM
jejai: siapa pulak ni.. cukup2 lah us ...


Kan..tau takpe..
Susu sejat..vida..cukri..kakkm..
Quote JunkMail 9-9-2022 02:09 PM
Babi betul tengok video celaka macam ni. Rasa susut meter kecerdikan aku...
Quote CariMalay 9-9-2022 03:17 PM
Macam tiga suku je
Quote venom1 9-9-2022 03:36 PM
tuhan uji jadi kaya kejap je.
Quote mizruncing 9-9-2022 03:43 PM
sapa je yg beli produk dorg ni. sudah2 laa org kita perabih duit utk manusia sampah mcm ni
Quote damsel_fiji 9-9-2022 03:47 PM
Asal sskjp je bodo..asal bodo je founder
Quote batu kikir 9-9-2022 03:55 PM
Aku fed up betul tengok betapa "bragging" nya penjual produk timbang kilo ni.
Orang kaya lain tak de pulak cam ni...
Ada dengar Robert Kuok ke Syed AlBukhari ke.......lok lak macam orang gila serupa pompuan bodoh tu.
Tak de. Sebab mereka dah lama kaya.
Yang ni baru nak kaya.........jual produk kosmetik timbang kilo.......satu lab pun tak de.........bila gebang...doniapun dia nak beli.
Go to hell la dengan produk timbang kilo lu
Quote prince_marhaen 9-9-2022 04:01 PM
harap-harap lepas ni jatuh miskin papa kedana, takde duit takde harta, lepas tu jual poen nak makan nasi sebungkus... Aminnn..
Quote matbad 9-9-2022 04:26 PM
edayildiz: dia ni yg kt stesen mnyk aritu ...

sini lambo buat sewa ja hahaha
Quote Rockafella 9-9-2022 09:58 PM
Thread sudah ada https://bm.cari.com.my/forum.php ... &extra=page%3D1
Quote iraizz 9-9-2022 11:54 PM
CiliPadiSedap replied at 9-9-2022 01:49 PM
takde benda nya sana lubuk supercar  free duty. lambo ferrari mustang gtr  semua ada sana.  3bulan s ...

Ntah, sah-sah bodo atau mengada
Quote Dwdrum 10-9-2022 07:59 AM
Guna saja lah 95 pun.... Di langkawi bukan boleh bawa high speed di sana highway banyak traffic light....

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.119836 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top