CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hanya Di Malakat Mall, Rasa Macam Di Mekah! Patut Ke Mall Lain Buat Macam Ni?

9-9-2022 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4373| Komen: 55

Description: Tular video memaparkan solat jemaah dilakukan di sebuah pusat beli belah di Cyberjaya.Menerusi video pendek berdurasi 32 saat itu, kelihatan beberapa pengunjung seperti terkesima apabila melihat sejad ...
Tular video memaparkan solat jemaah dilakukan di sebuah pusat beli belah di Cyberjaya.

Menerusi video pendek berdurasi 32 saat itu, kelihatan beberapa pengunjung seperti terkesima apabila melihat sejadah dibentang di tengah-tengah lobi pusat beli belah itu.


Malah, kawasan sekitarnya juga dihalang daripada dilalui orang awam dan pengunjung yang hadir.


TikTok

Difahamkan pihak pengurusan sering mengadakan solat jemaah di situ sejajar konsep perniagaan Islam yang diketengahkan mereka.

Presiden Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, inisiatif yang dilakukan itu adalah demi kepentingan kakitangannya.

Dia yang juga pengasas Malakat Mall berkata, amalan solat berjemaah di ruang lobi bukanlah perkara baharu bahkan telah bermula sejak awal pembukaannya lagi.

"Ketika kami mengambil alih dan buat ubah suai mall ini, memang ada satu surau tapi terlalu kecil, lebih kurang saiz empat buah kubur sahaja.

"Jadi kami jadikan ruang legar yang luas ini sebagai tempat solat kakitangan," ujarnya menerusi hantaran video di TikTok.

Mengakui banyak menerima mesej negatif kerana tindakan yang dilakukan itu, ujarnya, ia bukanlah untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya memudahkan urusan pengunjung Islam menunaikan solat.



"Saya terima banyak mesej dan pertanyaan tentang kenapa kami tidak buat surau. Kenapa perlu solat secara terbuka seolah-olah macam nak menunjuk-nunjuk.

"Semestinya ini dibuat kerana ada sebab-sebabnya, dan ini satu amalan yang baik dan tidak pernah dilakukan di mana-mana mall.

"Kami juga adalah satu-satunya mall yang melaungkan azan apabila masuk sahaja waktu solat," jelasnya.

Disebabkan tidak pernah dilakukan di mana-mana pusat beli belah di Malaysia, rata-rata warganet memuji tindakan pihak pengurusan berkenaan.



Selain berharap inisiatif itu dilaksanakan di lokasi lain, ada yang menyifatkan bahawa Malakat Mall sebagai destinasi pilihan untuk membawa keluarga.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 9-9-2022 10:33 AM
tak sesuai, imarahkan masjid. ni bukan kisah lama ke
Quote rospinki 9-9-2022 10:35 AM
orang islam/melayu lebih suka pegi ioi mall la ni.
tgk dalam tu penuh org kita termasuk anak2 aku mana tah diorg aiii merayap kadang.
Quote supernaturalee 9-9-2022 10:35 AM
non muslim x blh masuk ke mall ni

Quote rashiman 9-9-2022 10:40 AM
supernaturalee replied at 9-9-2022 10:35 AM
non muslim x blh masuk ke mall ni

kenapa pulak x boleh masuk...?
non muslim x paksa pun utk sholat....
Quote samperit 9-9-2022 10:40 AM
supernaturalee replied at 9-9-2022 10:35 AM
non muslim x blh masuk ke mall ni

kalau masuk deorg terbakar
Quote che-cikL 9-9-2022 11:00 AM
Tunggang jangan tak tunggang
Tunggang jangan tak tunggang
(nyanyi ikut lagu Spider)
Quote krustykrab 9-9-2022 11:00 AM
Dari solat kat tengah² mall mcm tu..pekata pihak mall buat surau besar kat situ.at least tak ganggu org lalulalang kt situ.
Quote che-cikL 9-9-2022 11:02 AM
krustykrab replied at 9-9-2022 11:00 AM
Dari solat kat tengah² mall mcm tu..pekata pihak mall buat surau besar kat situ.at least tak ganggu ...

Setuju, yg ni bernas.

Jangan lak acah2 BMF, pastu surau tak convenient, letak kat ceruk2 pastu hapak melekit
Quote Skuau 9-9-2022 11:08 AM
krustykrab replied at 9-9-2022 11:00 AM
Dari solat kat tengah² mall mcm tu..pekata pihak mall buat surau besar kat situ.at least tak ganggu ...

Mall tu sendiri pon ''dah jadi masjid'...apa mende nk buat surau..kalo dh ada 'masjid'.
Quote rashiman 9-9-2022 11:12 AM
Edited by rashiman at 9-9-2022 11:13 AM
krustykrab replied at 9-9-2022 11:00 AM
Dari solat kat tengah² mall mcm tu..pekata pihak mall buat surau besar kat situ.at least tak ganggu ...



rasanya, tak ganggu pun laluan untuk membeli-belah, hanya di lobby mall......bukannya sepanjang masa, masa2 tertentu aje, lebih memudahkan pengunjung yg beragama islam utk bersholat..

mall2 lain pun,lobbynya penuh dengan dekoration.

Quote pekanwoohoo 9-9-2022 11:12 AM
Kau ingat yang sembahyang tengah-tengah ruang tu takde rasa riak ke dalam diri bila sembahyang macam tu? Dari konon nak buat baik, jadi bangang jadinya. Bila orang pandang-pandang, mesti punya rasa riak tu ada.
Quote rashiman 9-9-2022 11:16 AM
Edited by rashiman at 9-9-2022 11:18 AM
pekanwoohoo replied at 9-9-2022 11:12 AM
Kau ingat yang sembahyang tengah-tengah ruang tu takde rasa riak ke dalam diri bila sembahyang macam ...



itu atas diri masing2,
nak riak tidak mengira tempat, dlm masjid pun boleh riak.


mungkin dengan sholat dikhalayak ramai, dapat menarik lagi ramai jemaah untuk bersholat..
Quote princessmiang 9-9-2022 11:19 AM
Tonggang jgn tak tonggang agama sisss
Quote Zack8hunter 9-9-2022 11:22 AM
pekanwoohoo replied at 9-9-2022 11:12 AM
Kau ingat yang sembahyang tengah-tengah ruang tu takde rasa riak ke dalam diri bila sembahyang macam ...

kalo aku, yg tengok jer tak solat tu yg rasa terbakar.. yg solat reramai tu rilek2 jer...
Quote rashiman 9-9-2022 11:25 AM
Edited by rashiman at 9-9-2022 11:26 AM
princessmiang replied at 9-9-2022 11:19 AM
Tonggang jgn tak tonggang agama sisss

Sholat nie tunjang agama islam,
bukan tonggang agama islam..

elok Mall2 lain mencontohi Malakat Mall






















Quote ezacbee 9-9-2022 11:38 AM
krustykrab replied at 9-9-2022 11:00 AM
Dari solat kat tengah² mall mcm tu..pekata pihak mall buat surau besar kat situ.at least tak ganggu ...

Betul. Buat 1 level untuk surau. Senang luas dan selesa.
Cam southkey surau luas dan selesa. Xperlu solat jemaah kat main, orang lalu lalang boleh xkusyuk solat. Mata meliar je.

Quote orangbiasaje 9-9-2022 11:42 AM
tolak tepi bab solat tgh mall, bukan ada kes ke pengurusan? dah setel ke?
Quote kakikuDibibirmu 9-9-2022 11:44 AM
Bukan ke mall ni sendu tersakiti?
Quote krustykrab 9-9-2022 11:54 AM
pekanwoohoo replied at 9-9-2022 11:12 AM
Kau ingat yang sembahyang tengah-tengah ruang tu takde rasa riak ke dalam diri bila sembahyang macam ...

Kan....dlm hati tu mesti sikit sebyk ada perasaan riak...

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.140304 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top