CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Atau Isteri 'Kawal Gaji'?

19-8-2015 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 20139| Komen: 127|Original author: CARI-IIN

Oleh Izzah Abbasy

Istilah kawal atau mengawal merujuk kepada menjaga dan mengawasi manakala gaji pula bermaksud upah yang dibayar atau ganjaran yang diterima oleh seseorang pekerja. Persoalannya, mengapa perlu ada orang lain mengawal gaji kita? Bukankah gaji itu hasil daripada titik peluh kita sendiri?

Lazimnya, pasangan suami dan isteri yang telah berkahwin mempunyai hak antara satu sama lain. Suami hendaklah merancang kehidupan rumah tangga dan melaksanakan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

Kredit Foto : malaysiaalyaum.blogspot.com


Pernah dengar atau tidak, kes cerai berai akibat belanjawan atau gaji dikawal oleh pasangan? Pasti banyak kes ini kita dengar. Tidak daripada orang lain, dalam keluarga sendiri pun ada. Umumnya suami yang bekerja mencari nafkah tetapi kini bukan saja suami yang bekerja mencari nafkah, malahan isteri juga turut sama menyumbang tenaganya bagi membantu menaikkan taraf sosioekonomi sesebuah keluarga.

Pernah dengar atau tidak, kes cerai berai akibat belanjawan atau gaji dikawal oleh pasangan? Pasti banyak kes ini kita dengar. Tidak daripada orang lain, dalam ahli keluarga sendiri pun ada.

Kredit Foto : www.sinarharian.com.my



Apakah HUKUM SUAMI guna duit isteri?

HALAL. Jika isteri halalkan atau benarkan. HARAM kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggungjawab suami. Suami juga tiada hak untuk bertanya tentang duit isteri dan ke manakah isteri belanjakan duit tersebut. Gaji isteri adalah mutlak si isteri. Suami juga tidak layak untuk meminta-minta duit isteri.

Kredit Foto : sophically3.rssing.com

"Ada pulak suami atau bakal suami yang kata, 'Oooo... kalau macam tu teruk la".

"Mana boleh. Jawapannya senang, kalau dah tahu tak boleh, jangan kahwin!"

Sumber Penerangan : Ustaz Azhar Idrus


Apakah HUKUM ISTERI guna duit suami?

Isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa, sumber kewangannya hanya bergantung kepada suami sahaja. Sudah tentu ada dalam pemikirannya kalau dia keluar bekerja dia lebih banyak dapat memiliki atau membeli barang yang dihajatinya lebih dari yang sepatutnya. HARAM jika isteri mengambil atau menggunakan duit suami tanpa pengetahuan suami. Sumber pendapatan suami adalah untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Oleh demikian, isteri tidak berhak untuk mengawal mahupun menjaga gaji suami. Harus diingat, suami adalah ketua keluarga dan sebagai seorang kita perlu taat dan hormat terhadap suami. Hak isteri adalah menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya.

Kredit Foto : klikuk.com

Jika suami meminta wang gaji isteri dan isteri memberikannya dengan rela hati tanpa sebarang paksaan dengan niat untuk membantu suami, ia tidak dianggap sebagai hutang kerana pemberian itu bukan atas dasar paksaan suami.

Tidak salah saling bantu membantu antara satu sama lain. Justeru, tanggungjawab menyara keluarga adalah terletak dibahu suami. Apabila sempurna saja ijab kabul sesuatu perkahwinan, maka tanggungjawab terus wujud dibahu suami.  

Justeru, tiada sesiapa pun berhak untuk mengawal gaji pasangan. Seeloknya berbincanglah dan tentukan yang terbaik bagi menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga. - CARI Infonet
13

Bagus
9

Marah
15

Terkejut
4

Sedih
13

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 19-8-2015 05:10 PM
duit suami duit isteri
duit isteri duit isteri
Quote Modngengade 19-8-2015 05:15 PM
haha.....konsep akak 'sharing' uoulsssss....para isteri jgn kemut duit sebab duit tak bawak mati.....
kemut yg lain tk per hehehe
Quote revolusi_30 19-8-2015 05:15 PM
Yup.  Isteri yg elok pegang gaji suami/ kad atm dan kontrol belanjawan dlm umah.  Isteri ne walaupun tengah sesak mcm mana pun anak2/ suami kat umah xkan mati kelaparan, tahu la isteri tu adjust mcm mana.  Itulah kelebihan perempuan.  Suami cukupla sekadar amek duit belanja seharian.  Yg lain2 semua biar isteri uruskan, installment ke, hutang ke, utilities ke, belanja anak dan rumah ke dan lain2.
Quote melinda_kerr 19-8-2015 09:41 PM
Apa hukum bini pertama kontrol gaji suami sampaikan isteri kedua tk dpt nafkah?
Quote krustykrab 19-8-2015 09:44 PM
HARAM jika isteri mengambil atau menggunakan duit suami tanpa pengetahuan suami. Sumber pendapatan suami adalah untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Ish haram pulak....kalau dh suami tu kedekut taik idung masin...x kan haram jugak?
Kalau duit tu diambil utk belanja harian apa sslahnya?
Quote mommymonster82 19-8-2015 09:58 PM
krustykrab replied at 19-8-2015 09:44 PM
HARAM jika isteri mengambil atau menggunakan duit suami tanpa pengetahuan suami. Sumber pendapatan s ...

Boleh ambil setakat utk nafkah..tak boleh ambil lebih .
Sbb haram jugak suami xbagi nafkah..jd ambil setakat utk kegunaan bukn utk joli2  
Quote mommymonster82 19-8-2015 10:00 PM
melinda_kerr replied at 19-8-2015 09:41 PM
Apa hukum bini pertama kontrol gaji suami sampaikan isteri kedua tk dpt nafkah?

Berdosa... bini kedua pon ada hak n tanggungjawab suami..n dayus sgt laki sampi kena control gtu..
Quote Atifan 19-8-2015 10:03 PM
ala..jaga gaji masing2 sudah..kalo bini nk mntk duet laki, pandai2 la pujuk..
Quote mommymonster82 19-8-2015 10:04 PM
Suami kena guna duit gaji dia untuk selesaikan mn yg patut dahulu..jika xcukup barulh isteri bantu.. itupon ada persetujuan suami dan isteri..kalu tidak apa guna suami bg izin isteri keluar bekerja...isteri kena igt...nk kerja kena minta izin suami...jd dah suami izinkn mestilah kena tahu juga ada blasannya..pnjang nk kupas klu isu ni... sbb pernah baca tulisan Datuk Harun Din pasal ni..
Quote shamsadis 19-8-2015 10:13 PM
ni wartawan Cari batch daftar bila ni
Quote mak_wa95 19-8-2015 11:33 PM
mommymonster82 replied at 19-8-2015 10:00 PM
Berdosa... bini kedua pon ada hak n tanggungjawab suami..n dayus sgt laki sampi kena control gtu..

dah xmampu buatr apa tambah cawangan..

yang kedua pun dah tau hat orang kenapa dok hegeh nak juga..
belum kawain cakap nak menumpang kasih jer..duit kupang dah sendiri ada, bila dah kawin claim macam2..
sendiri pilih, jangan merungut la..
Quote sayawifenikmie 19-8-2015 11:39 PM

.............sendiri punya gaji sendiri kawal la ..bukan banyak sangat pun .....
Quote clarizsa 19-8-2015 11:43 PM
Bkn kawal... kongsi...
tp x kisahla suami or isteri mmg perlu ada sorg yg jaga2 kewangan sbb nnti sorg boros abis laa..

Quote mak_wa95 20-8-2015 12:05 AM
sendiri  gaji sendiri jaga la
Quote mommymonster82 20-8-2015 01:58 AM
mak_wa95 replied at 19-8-2015 11:33 PM
dah xmampu buatr apa tambah cawangan..

yang kedua pun dah tau hat orang kenapa dok hegeh nak ju ...

Sendiri yg tak mampu nk kawal n didik isteri..lgi mau tambah cawangan..alih2 nanti salhkn isteri first yg queen kontrol sbb tu cari lain..laki n alasan..
Quote aHoi83 20-8-2015 02:27 AM
gaji sendiri, sendiri jaga la... sebok je nk pegang2 gaji , kad atam, kad kredit suami bagai
Quote aHoi83 20-8-2015 02:31 AM
tak pecaya kehulu , tak pecaya ke hilir ... dah tu apesal kawen??? bodoh
Quote mbhcsf 20-8-2015 06:41 AM
mommymonster82 replied at 19-8-2015 10:04 PM
Suami kena guna duit gaji dia untuk selesaikan mn yg patut dahulu..jika xcukup barulh isteri bantu.. ...

ada suami yg slick minded ni kata u know.. hehe eh kalau kahwin u bayar duit bills lah sebab well u keje pun atas izin i

camner tu  i was like hmm.....pandai je suami ni...

pada i dah suami u know, u akad ,u tanggunglah kan , si siteri selalunya prihatin dan bantu ...tapi jgn taking advantage le...

tapi u see , bila terfikir hal ni kan
yelah kan in theory la , kalau ada satu sebab yg bukan purely for allah's sake nak bina masjid ni , baik baik cecepat betulkan niat ...kan? kekadang ada yg kahwin atas dasar suami kaya ke ape ke, u know fine jodoh actually , tapi kan cer fikir if both dah secure dan depa tak ada hidden agenda nak ambik advantage ke ape, yg i nampak , dan i lihat yg tinggal hanyalah pure intention to redha Allah je , niat berkahwin ni , memenuhi tuntutan sunnah . dan ini purely intended marriage...

tapi tulah kan atas theory ...i dunno i just thought.

sebab yg dok isu kikis sana sini  bila satu pihak ade hidden agenda ...

Quote mommymonster82 20-8-2015 07:01 AM
mbhcsf replied at 20-8-2015 06:41 AM
ada suami yg slick minded ni kata u know.. hehe eh kalau kahwin u bayar duit bills lah sebab well  ...

Betul u..ada suami ni nak lepas tgn...tp dia kena igt tanggungjawab dia kepada keluarga nafkah isteri anak2 sediakn mkn pakai secukupnya ituvtanggungjawab dia....wajib..ikut kemampuan dia...buknnya gaji dia 20 000 tp beli bju kat anak 2 ringgit..ank isteri mkn telur ikan masin  jer hari2 dia mkn daging ayam...ikut kemampuan dia... walau isteri pon bergaji tapi asanya suami yg kena sediakn.. itu kta isu ni agak pnjang nk kupas tp klu niat mcm u kata mencari redha Allah dia akn buat semampu yg mungkin..baik suami atau isteri..jd xtimbul isu saper kikis saper.. dan perbincangan dan persetujuan sblum nikah...dah clear dah semua bincang habis2 dengan pasangan

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.064090 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top