Oleh Izzah Abbasy
Sering kali kita mendengar rungutan pekerja yang datang lambat. "Maaf bos, jem la" "Adoi, terlepas flight! Jem punya pasal lah ni". Setiap hari, saban tahun mengapa ia masih berterusan? Jika nak kata pengguna tidak membayar cukai jalan, hari-hari pergi balik bayar di tol tu apa? Pasti menjadi persoalan apabila masalah kesesakan di lebuhraya tidak dapat diatasi sehingga hari ini. Laporan mendedahkan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan masa selama dua jam setiap hari bagi mengalami kesesakan ini. Sudahlah hari-hari wajib membayar tol, tetapi masalah lalu lintas masih sama. Ia bermakna tidak relevan bagi pengguna lebuhraya membayar tol. Untuk apa sebenarnya tol dicipta? Tol digunakan bagi membiayai pembinaan dan penyelenggaraan jalan tersebut. Maka jelaslah pengguna membayar tol adalah untuk melalui jalan yang selesa dan cepat sampai ke destinasi. Tetapi ini sebaliknya, pengguna terpaksa menempuh ketidakselesaan ini sepanjang tahun. Jika pertambahan penduduk di bandar dan peningkatan penggunaan pengangkutan sendiri menjadi punca kesesakan ini, ia bukanlah jawapan yang tepat. Setiap kali kesesakan berlaku, di mana pihak berkuasa? Sebagai contoh, pihak PLUS. Berapa lamakah pihak PLUS akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah kesesakan ini? Ya, banyak jalan alternatif telah dibina dan penyelenggaraan jalan telah menyebabkan kesesakan berlaku. Oleh itu, pihak PLUS seharusnya peka dan bijak atasi kesesakan ini. Terdapat pelbagai faktor penyebab kesesakan ini berlaku selain penyelenggaraan jalan raya. 1) Peningkatan Jumlah Kenderaan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah pendaftaran kenderaan yang tertinggi di dunia dengan kira-kira 700,000 kenderaan baharu setiap tahun. Pembinaan jalan raya di sini tidak dapat bersaing dengan pertumbuhan yang pesat ini. 2) Pemandu Tidak Berhemah Memandu pada kelajuan yang tidak sesuai. Buktinya, rata-rata yang menjadi 'pendahulu' memandu perlahan seperti bersiar-siar. Sedangkan di hadapannya tiada kereta dan penyebab kereta-kereta di belakangnya turut perlahan. Yang disangkakan ada kemalangan di hadapan, rupanya memandu perlahan bukan pada tempatnya. Sekaligus ia diibaratkan, "tumpah nila setitik, rosak susu sebelanga". Pasti kesesakan berlaku jika perkara ini berulang. 3) Kemalangan Sebut perihal kemalangan jalan raya, ia tidak perlu disangkalkan lagi. Rakyat Malaysia sangat prihatin apabila kemalangan berlaku. Buktinya, kesesakan yang teruk akan berlaku setiap kali kemalangan. Mana tidaknya, semua nak jadi wartawan segera dan melihat apa yang berlaku. Walaupun terdapat pengangkutan awam, ia tidak dapat menampung mereka yang menggunakan perkhidmatan ini kerana berebut dengan warga asing yang turut sama menjadikan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama. Tidak semua rumah, tempat kerja atau pejabat berdekatan dengan stesen pengangkutan awam. Oleh itu, memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam ini untuk mengelakkan kesesakan jalan raya sudah tidak relevan lagi. Kajian terperinci harus dilaksanakan segera oleh pihak PLUS. Bertindak bijak untuk menyelesaikan kesesakan daripada berterusan. Sehingga bila pengguna nak hadap kesesakan ini? Realitinya, lebuhraya atau jalan yang mempunyai tol adalah lebih sesak berbanding jalan-jalan percuma yang terdapat di Malaysia. Fikirkan. - CARI Infonet
|
18
Bagus |
16
Marah |
25
Terkejut |
24
Sedih |
25
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
primemova replied at 18-8-2015 06:56 PM
Highway yg paling juara bab jem teruk ialah LDP!
LDP ni patut tak payah tol mcm MRR2
primemova replied at 18-8-2015 06:56 PM
Highway yg paling juara bab jem teruk ialah LDP!
LDP ni patut tak payah tol mcm MRR2
Orix replied at 19-8-2015 03:04 AM
tol kek soromban plg takleh hadam klau jammed.. jalan punya lebar, waktu pjabat n time cuti umum, ja ...
BlueRose99:   Tiap2 pagi Tol Batu 3 jam.. dr arah Shah Alam ke Kuala Lumpur kt Federal Highway tu mmg jam gilak! Kesian kt kawan2 yg keja KL. Nasib baik Hakak dok  ...
lkick2113 replied at 19-8-2015 10:50 AM
sebenornya kereta dah banyak kat jalan, dan rakyat pun dah bertambah.....diburukkan lagi oleh ketida ...
ADVERTISEMENT