CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Laman Sosial Jadi Platform "Dosa Kering"

17-8-2015 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8945| Komen: 29

Description: Dunia kini sudah jauh berubah semenjak penggunaan internet secara meluas diseluruh dunia apabila munculnya dunia baru yang dipanggil "dunia maya" . Dunia maya atau juga dipanggil alam siber.... .. ...

Oleh : Dean BZ

Gambar hiasan. Sumber foto : mediapermata.com.bn


Dunia kini sudah jauh berubah semenjak penggunaan internet secara meluas diseluruh dunia apabila munculnya dunia baru yang dipanggil "dunia maya" . Dunia maya atau juga dipanggil alam siber menyebabkan penduduk dunia mula tertumpu pada penggunaan jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter,  Instagram, Blog dan macam-macam lagi. Dengan wujudnya pelbagai aplikasi dalam versi mobil, ini memudahkan lagi pengguna sosial melayari laman sosial walau dimana berada.

Pastinya kita tahu bagaimana penggunaan media sosial secara meluas memberi impak yang besar kepada masyarakat. Cuba lihat siapa sahaja disekeliling anda ketika ini, apakah yang mereka sedang lakukan? Pastinya ada di antara mereka yang sedang menghabiskan masa terluang dengan bermain telefon bimbit atau tablet.

Gambar hiasan. Sumber foto : bonafidepanda.com


Namun, apa yang membimbangkan apabila masyarakat tidak memanfaatkan kebaikan media sosial dengan melakukan perkara yang berfaedah. Ramai lebih gemar membuang masa di laman sosial dengan menjana dosa kering (dosa yg dilakukan tanpa sedar). Ada juga yang menjadikan laman sosial sebagai tempat untuk mencari rakan maya dan seterusnya menaik taraf hingga menjadi "kekasih gelap", ini akan mendedahkan masyarakat pada gejala sosial yang lebih teruk jika tidak dibendung dari akar umbi.

Tanpa kita sedari, kita mungkin telah membuat "dosa kering" seperti menyebar berita fitnah, komen yang berbau hasutan, mengumpat, memaki hamun, muat naik gambar dedah aurat dan kongsi luahan perasaan yang tidak sepatutnya. Malahan, bukan lagi sesuatu yang asing meluahkan perasaan berkenaan masalah rumah tangga di laman sosial. Persoalannya, perlukah canang sekeliling alam masalah rumah tangga anda?

Pada pendapat penulis, anak-anak yang masih bersekolah tidak perlulah didedahkan pada penggunaan laman sosial kerana terdapat pelbagai keburukan dan informasi yang mungkin kurang sesuai dengan umur mereka. Tetapi hari ini, kita dapat lihat kanak-kanak seawal umur 7 tahun sudah memiliki telefon bimbit sendiri dan mempunyai akaun Facebook, Twitter, WhatsApp, Wechat dan sebagainya.

Gambar hiasan. Sumber foto : dehewaraspak.blogspot.com

Jika dirujuk pada statistik, rakyat Malaysia mempunyai purata jumlah rakan facebook yang paling tinggi di dunia dan meluangkan masa paling banyak di laman sosial. Manakala beberapa kajian juga menunjukkan satu daripada lima hubungan cinta bermula dari perkenalan dan perbualan di media sosial.  Di Amerika Syarikat pula dilaporkan satu daripada lima kes perceraian berpunca daripada penggunaan media sosial.

Walau bagaimanapun, media sosial juga banyak kebaikan jika kita pandai memanfaatkannya. Antara kelebihan media sosial :

1- Sebagai alat perhubungan utama untuk menghubungkan orang ramai dengan sesiapa saja diseluruh alam maya. (meluaskan networking)
2- Memudahkan untuk berkongsi dan akses maklumat pada bila-bila masa.
3- Tempat untuk mempromosi produk perniagaan.
4- Membantu dalam menyebarkan ilmu atau berita yang penting untuk diketahui umum.


Fikir sebelum komen, selidik sebelum sebar, jaga nafsu menulis, anda mampu merubahnya. - CARI Infonet.




*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

20

Bagus
17

Marah
19

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote applemy 17-8-2015 03:30 PM
So true!

Dah delete FB sejak awal 2014 gitu..

Berforum ni pun dosa kering gak.. but at least takde org kenal kita... hiks!
Quote mdhelmi 17-8-2015 03:41 PM
aku setuju
dosa kering basah semua ada
tp xde lama sosial susah plak nak tau member jemput kahwin
ermm entahla
kene pandai2 la sekat mana yg xpatut dan elakkan sebar fitnah
Quote rosevelvet 17-8-2015 03:42 PM
tp nasib baik gak ada laman social ni... kalau xde maunye 260 biliion lesap
Quote ajinomotonosuga 17-8-2015 03:44 PM
dok sesoang lam gua pun bleh ada dosa kering..

kendian tetiba dinding gua tu basohhh aje..lekit2 lagik haaaaaa..cian semut nak jalan terperangkap ada avalanche

ntah pasai pa ntah..
Quote Anak_Nogori 17-8-2015 03:44 PM
Dikalangan kita tahu ke apa maksud dosa kering, dosa memfitnah, dosa menghasut tu?..

Terutama dari kalangan kafir dan melayu perasan urban tu.
Quote dubuk 17-8-2015 03:46 PM
laman sosial ini wa follow amoi

amoi china siam pilipino brazil..

seluruh dunia
Quote sofiazara 17-8-2015 03:47 PM
agree. saya sampai buka satu thread di  bod perbincangan keluarga utk kes gaduh dgn sedara dlm whatsapp
Quote jengkoil 17-8-2015 03:48 PM
Belanga mengatakan periuk itam..
Quote lavamaveles 17-8-2015 03:51 PM
jengkoil replied at 17-8-2015 03:48 PM
Belanga mengatakan periuk itam..

betul tu..dah taw jadi port dosa kering...

kasi tutup je la cari.com ni...

ni lagi mau ambik iklan banyak2 pulak...


Quote Lollipop111 17-8-2015 03:52 PM
applemy replied at 17-8-2015 03:30 PM
So true!

Dah delete FB sejak awal 2014 gitu..

tenang idup kiter biler dh delete fb nh. deleted in 2013. klu tak merapu dan buang masa.

dlu igt nk jmp kawan2x lamer. pas tuh xder aper sgt pon rupernyer
Quote dizek 17-8-2015 03:52 PM
teknologi laman sosial ada yang baik,
tapi lagi banyak yang buruk

dalam setiap sepuluh berita

sebelas adalah palsu
Quote ninja boy 17-8-2015 04:08 PM
fb utk baca2 ilmu internasional, tgk fb kawan2 setahun sekali jah utk seribu org, buang2 masa ja
Quote Vellfire 17-8-2015 04:08 PM
setuju bangettt
Quote namieamuro 17-8-2015 04:15 PM
sofiazara replied at 17-8-2015 07:47 AM
agree. saya sampai buka satu thread di  bod perbincangan keluarga utk kes gaduh dgn sedara dlm whats ...

whatsapp aku penuh dgn org share bende2 lapuk esp. makcik2 aku yg baru nak jinak2 dgn dunia internet ni...aku nak je jawab name je belaja agama tapi dok percaya segala karut marut kne anto msg tu kat 10 org kalau tak ditimpa bala la...idup lebeh murah la kalau anto kat 10org..kusut aku
Quote zulka 17-8-2015 04:58 PM
setuju dgn semua komen diatas
Quote MH37O 17-8-2015 05:01 PM
applemy replied at 17-8-2015 03:30 PM
So true!

Dah delete FB sejak awal 2014 gitu..

silap tu...allah tetap kenal anda...
Quote tagas 17-8-2015 06:46 PM
Aku register sejak 2008 tp smpai skang tak pernah komen2 bagai

dlm fb..Just tgk fb2 member n gossip2 news terkini
Quote Anak_Nogori 17-8-2015 11:24 PM
sendiri buat dosa..sendiri yg kena jawap.

Quote alesandra 17-8-2015 11:28 PM
aku byk buat dosa dlm forum.bilalah aku nak berenti neh

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.070966 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top