Artikel Oleh : Izzah Abbasy Video Oleh : Izzah Abbasy, FirdausZ
Biasakah dengar DURIAN ORGANIK? Durian organik ini ialah durian yang bebas daripada penggunaan baja beracun dan bahan kimia pada pokoknya. Ia mempunyai perbezaan daripada segi ketahanan dan rasa. Durian organik ini lebih sedap dan boleh bertahan lama. Tidak seperti durian biasa, ia cepat rosak dan rasanya tetap sedap seperti biasa. Jom, kita kenali lebih mendalam berkaitan dengan Raja Buah ini.
Durian mempunyai bau yang unik dan isi yang dilindungi daripada duri yang tajam. Perkataan "DURI" itulah durian ini dinamakan. Bentuknya berbeza daripada bujur mahupun bulat. Kulitnya berwarna hijau dan keperang-perangan. Warna isinya pula bergantung kepada jenis buah iaitu daripada durian kampung atau mengikut gred. Durian ialah buah tropikal yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan Brunei. Durian dimakan ketika betul-betul masak. Bau yang kuat petanda durian telah masak walaupun kulitnya belum dibuka. Ada segelintir masyarakat yang tidak tahan dengan bau kuat durian ini. Begitu juga dengan pelancong atau orang asing, mereka pasti termuntah dengan bau dan rasa durian ini pada awalnya. Durian lazimnya berbuah pada bulan April hingga September mengikut tempat dan bermusim sama dengan buah manggis. Harga buah durian sangat tinggi jika bukan pada musimnya. Majoriti masyarakat di Malaysia sangat meminati buah durian ini. Selain boleh dimakan begitu sahaja, durian juga digunakan dalam masakan atau manisan. Sebagai contoh, tempoyak, ikan patin masak tempoyak, pulut durian, bubur durian, dodol, cendol durian, air batu campur dan sebagainya. Manisan selalu dijadikan sebagai pencuci mulut. Adakala durian dimakan begitu sahaja dengan nasi. Buah durian memiliki kandungan gula,[37] vitamin C, kalium dan triptofan asid amino serotoninergik yang tinggi,[71] dan menjadi sumber baik karbohidrat, protein dan lemak. Durian dikatakan buah yang 'panas' jika terlebih makan. Sebaiknya selepas makan, kulit durian atau pangsa durian tersebut jangan terus dibuang dan letakkan air masak ke dalam pangsa durian serta minumnya. Ini petua nenek moyang kita. Jika boleh, durian dimakan bersama manggis kerana buah manggis dianggap mempunyai penyejuk kepada badan. Bagi masyarakat Malaysia, sudah tentu sangat rugi bagi sesiapa yang tidak makan raja buah ini. Nikmat ketika merasai isi buah ini ternyata berbeza dengan buah yang lain. - CARI Infonet |
21
Bagus |
16
Marah |
15
Terkejut |
11
Sedih |
17
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
The fruit actually has a high sugar content, so people with diabetes will need to be careful how much they eat.
The flesh around three durian seeds can contain between 20g and 30g of carbohydrates, said Dr Soh. This is equivalent to the amount of sugar in half a can of regular Coke (20g) or a bowl of white rice (30g).
Ms Chia said diabetics should limit their durian intake to just one or two seeds a day.
MissNigga replied at 18-8-2015 08:12 AM
mana button edit tak dok nie
re-type ...
ayahlang replied at 19-8-2015 08:40 AM
sedap makan dengan nasi. kalau ada kuah kari atau masak lemak isi durian digaul bersama nasi memang ...
pooh~key replied at 19-8-2015 08:51 AM
Click here to edit.
MissNigga replied at 19-8-2015 09:23 AM
iols tak nampak pun uols ....
seriessss.... mmg edit punya button disabled kat trid ni ker
pooh~key replied at 19-8-2015 11:39 AM
Papehal pun, iols tabik dengan kegigihan chuols sbb buat jugak pembetulan pada posting chuols.
ADVERTISEMENT