CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Video@CARI Apa Kata Mereka? Lihat artikel

Main Di Eskalator Bawa Maut

21-8-2015 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8269| Komen: 9

Description: Selain panduan keselamatan buat pengguna, beberapa langkah keselamatan tambahan disaran dilaksanakan bagi mengelak tragedi sama daripada berulang.


Oleh : TS LOO


Kebelakangan ini, insiden kemalangan yang membabitkan tangga bergerak kerap berlaku di luar dan dalam negara, namun ianya sering dipandang remeh. 

Jika diimbas beberapa kejadian yang dilaporkan berlaku di Malaysia, bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak turut menjadi mangsa.

Berikut merupakan beberapa tip keselamatan yang boleh dipraktikkan semasa menggunakan eskalator : 

1) Jangan benarkan anak-anak duduk, bermain atau bersandar pada selusur tangga bergerak. Awasi gerak-geri mereka setiap kali menaiki eskalator. 

2) Bagi kanak-kanak yang masih kecil adalah lebih baik mendukung daripada menyuruh mereka menaiki sendiri eskalator.

3) Setiap kali melangkah, perhatikan pakaian yang bertali atau labuh agar tidak terperangkap di antara alur eskalator.
 
4) Larang kanak-kanak daripada memegang susur tangan kerana pergerakkannya yang laju boleh mengejutkan mereka.
 
5) Apabila dukung anak kecil, elakkan berdiri terlalu dekat dengan bahagian tepi eskalator yang terbuka dan berisiko tinggi boleh terjatuh ke bawah.
 
6) Gunakan lif sekiranya membawa kereta sorong bayi, kerusi roda, skuter elektrik, bagasi dan lain-lain kerana kemalangan boleh berlaku sekiranya menggunakan eskalator.
 
7) Semasa melangkah meninggalkan eskalator, jangan teragak-agak lantaran kelewatan boleh menyebabkan kesesakan kepada pengguna lain di belakang.

8) Sentiasa kekalkan jarak di antara kasut atau selipar dengan bahagian tangga yang sedang bergerak.

Selain panduan keselamatan buat pengguna, beberapa langkah keselamatan tambahan disaran dilaksanakan bagi mengelak tragedi sama daripada berulang. Antaranya dengan memasang penghadang tambahan, penyangga dan jaring keselamatan. - CARI Infonet
21

Bagus
15

Marah
18

Terkejut
20

Sedih
27

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 21-8-2015 12:15 PM
ok ok ok...
Quote @inardni 21-8-2015 12:18 PM
ok.take note
Quote seri_mawr 21-8-2015 12:32 PM
ya.....terima kasih atas nasihat....
Quote uori 21-8-2015 12:40 PM
Quote piao 26-8-2015 05:36 PM
main di atas katil pula boleh maut ke?
Quote piao 26-8-2015 05:36 PM
main atas katil boleh bawa maut x?
Quote Artemesiaa 26-8-2015 05:53 PM
Bagus peringatan untuk semua
Quote olafhul 26-8-2015 06:19 PM
beringat-ingat la.
Quote edee_91 26-8-2015 07:51 PM
masalahnya walaupun dah banyak kejadian jadi, mak pak bangsat yang bongok masih wujud lagi...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.065851 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top