Kisah cinta pelakon dan model terkenal Indonesia, Luna Maya dan bekas kekasihnya Ariel yang juga merupakan vokalis kumpulan Noah sudah lama berakhir. Sebelum ini, Luna memberitahu dia pernah menyimpan perasaan marah dan dendam terhadap bekas kekasihnya Ariel. Bagaimanapun itu adalah kisah lama antara mereka. Kini kedua-dua telah berbaik dan saling berhubung.
Terbaharu, Luna menarik perhatian netizen apabila menjadi pengacara bersama Boy William dalam sebuah program hiburan di Bali. Menariknya, antara penyanyi yang membuat persembahan dalam program tersebut ialah Ariel. Saat penyanyi berusia 40 tahun itu membuat persembahan di atas pentas, lapor Kosmo. Boy secara sembunyi merakam gelagat Luna yang dilihat begitu asyik menonton persembahan bekas kekasihnya itu.
Menyedari aksinya dirakam, Luna kemudiannya berpura-pura bermain telefon bimbit, namun diminta oleh Boy untuk memberi tumpuan pada persembahan Ariel. Video tersebut mendapat perhatian netizen apabila teruja melihat aksi Luna yang tidak dapat menahan rasa malu. Dalam pada itu, peminat kedua-dua selebriti itu dilihat masih mengharapkan mereka kembali menjalin hubungan cinta seperti dulu, sekali gus menjadi pasangan suami isteri.
Untuk info, selepas 12 tahun bercerai dengan Sarah Amalina, Ariel NOAH dilihat lebih selesa memegang status sebagai duda manakala Luna Maya yang berketurunan India, Jawa dan Austria juga masih kekal berstatus single di usia 38 tahun. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|