CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bekas Suami Dedah Video Britney Spears Bertengkar Dengan Anak-anak

12-8-2022 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3766| Komen: 23

Description: Bekas suami Britney Spears, Kevin Federline memuat naik video menunjukkan penyanyi pop itu bertikam lidah dengan dua anaknya.
Bekas suami Britney Spears, Kevin Federline memuat naik video menunjukkan penyanyi pop itu bertikam lidah dengan dua anaknya.

Minggu lalu, Kevin dalam temu bual bersama Daily Mail mendedahkan dua anak mereka iaitu Sean Preston, 16 dan Jayden, 15, mengambil keputusan untuk tidak berjumpa dengan ibu mereka buat masa ini.


IG Britney

Sejak temu bual itu, Britney memuat naik beberapa kenyataan di Instagram memberitahu isu hubungan dengan anak-anaknya tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

Dalam satu hantaran yang sudah dipadam, Britney memberitahu dia berkecil hati apabila anak-anaknya enggan berkomunikasi dengannya apabila mereka datang melawatnya dan terus masuk ke bilik masing-masing.


Penyanyi lagu Toxic itu mendedahkan Sean dan Jayden enggan melawatnya dengan lebih kerap pada musim panas dan sejak itu dia tidak lagi bertemu dengan anak-anaknya.

Sebagai respons, Kevin mendedahkan tiga video di Instagram yang didakwa dirakam oleh anak-anaknya sendiri memperlihatkan mereka sedang bergaduh dengan Britney.



"Saya tidak boleh duduk berdiam diri dan membiarkan anak-anak saya dituduh sebegitu selepas apa telah mereka lalui.

"Meskipun ia menyakitkan, kami sepakat sebagai sebuah keluarga untuk memuat naik video ini yang diambil ketika mereka berusia 11 dan 12 tahun.

"Ini bukan perkara terburuk. Penipuan ini harus dihentikan. Saya berharap anak-anak kami membesar dengan lebih baik," tulisnya pada bahagian kapsyen hantaran itu.


PageSix

Sebelum ini Kevin memberitahu punca Sean dan Jayden menjauhkan diri daripada ibu mereka selepas berasa malu apabila ibu mereka memuat naik gambar bogelnya di media sosial.

Pada 2008, Kevin mendapat hak penjagaan penuh ke atas Sean dan Jayden selepas mereka bercerai pada 2007.

Sejak itu juga, Britney membayar wang nafkah kepada bekas suaminya berjumlah US$20,000 (RM80,000) sebulan.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 12-8-2022 08:06 PM
Kesian. Dh la jd cash cow utk makAyah & adikBradik. Tambah pulak ex laki pn hadap mkn pki kt dia. Ank2 pn sampai kurang respek. Mak kot. Tp ibarat atm machine ja. Dia pn xdan nk rasa mcm mna jd mak. Jumpa ank sesekali. Xheran kalo si bapak racun ank2. Huduh2 kelaku britney tuh dr hujung rambut sampei hujung kaki dia yg tanggung ank2 taww
Quote Flamencho 12-8-2022 08:29 PM
Loser nye jantan macam ni
Quote matjerk 12-8-2022 08:39 PM
Sejak itu juga, Britney membayar wang nafkah kepada bekas suaminya berjumlah US$20,000 (RM80,000) sebulan

WOW!
Quote alesandra 12-8-2022 09:21 PM
owh itu ke videonyer.ntahlahh...aku ni mmg la tak minat langsung  tapi  to be fair...argument dgn anak2 dia tu seems normal je utk teenage boys zaman skrg.korang marah anak2 dgn berpantun seloka  ke??
Quote Tembikaigoreng 12-8-2022 10:05 PM
Dah lah kerja ex laki dia asyik kejar duit si Britney je....
Quote hareeeesah 12-8-2022 11:16 PM
x la terjerit jerit ke apa.. stsndsrd makmak bebel je..
Quote hyie 13-8-2022 02:35 AM
fefeeling kena bertutur secara berhemah persis dalam drama omputih netflix atau apa iya? alasan laki dia nak duit lebih lah tu kejiiiiii
Quote Carcosa 13-8-2022 05:27 AM
Alaaa marah gitu je ponnnn. Over nau ex husband dia. Bukan kena sebat dgn getah paip pun
Ex husband dia nak duit lagi la tu
Quote cm_asamkumbang 13-8-2022 07:00 AM
alesandra replied at 12-8-2022 09:21 PM
owh itu ke videonyer.ntahlahh...aku ni mmg la tak minat langsung  tapi  to be fair...argument dgn an ...

terhibur i dgan ayat berpantun seloka.terus teringat jiran i marah anak sampai i sendiri insaf.

Quote liyamariska 13-8-2022 03:25 PM
Ai tak suka dgn kevin federline ni dari diorg start couple sampai bercerai... dgn exwife dulu pn wat hal, dgn britney pn sama... serious jenis annoying tahap sampah...
Quote borrow 13-8-2022 05:59 PM
umur 11,12 thn , kiranya dh lama. Klo kt mesia ni ada yg dh kena smash kot dok rekod time mak/pak marah . Kurang ajar . Ekceli brit dari dulu vogel , masa dlm jagaan ayah sheols pun. Time preggy siap jd cover mag. Dlm mv pun ada. Tetiba jd isu besar plak. Actress lain siap ada xxx scene dlm film lg. Kumpul2 alasan utk menjauhkan diri , patutnya try utk lebih rapat. Duit mau jugak.

Quote shida81 13-8-2022 07:41 PM
Ank2 nya da kn cuci ngn bapaknya... Pandang maknya pun x sudi.. Tp duit maknya nak
Quote jlo 15-8-2022 02:34 PM
sian brit
Quote fazamania 15-8-2022 05:02 PM
Mak mana la yg tak pernah marah anak.
Quote electricopop 16-8-2022 04:37 PM
Memang jantan lahanat la ex-hubby dia ni. Normal lah kut marah anak anak remaja camtu. Apoooo...
Quote Orix 16-8-2022 04:59 PM
kesian betul britney ni................tu lah ngape sebelum kawen x pilih jantan yg cerdik... harap suami ke tunang baru dia tu ok la... tak gituhhh @Ferr_Remy
Quote Redmyvi 18-8-2022 07:32 AM
skrg acik brit.. dulu mendunia sgt.. skrg dh ada anak semua nmpk cm tk happy..
Quote makton 18-8-2022 08:10 AM
dah acik beritni pulak kena bayar nafkah?? gilo.
Quote Kepot 23-8-2022 09:37 AM
my fav singer Britney ni dulu.
so sad dgn life dia skg.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.068275 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top