Oleh Adib Za Apakah perasaan anda bila berada di lokasi yang tinggi? Anda takutkan ketinggian?
Tahukah anda melihat pemandangan dari puncak sesuatu destinasi adalah satu nikmat dan keindahan luar biasa yang sukar diungkapkan. Hanya apabila anda berada di puncak, anda mampu merasainya. Begitulah penangan ketika anda memijakkan kaki di mercu tanda. Bagi rakyat Malaysia, kita bertuah kerana memiliki beberapa mercu tanda yang pastinya mempunyai keistimewaan tersendiri.
Ini termasuklah mercu tanda yang berbentuk senibina seperti KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Manakala, mercu tanda puncak gunung tidak lain tidak bukan, gunung Kinabalu yang sentiasa di hati, bukan? Semua ini mempunyai nilai yang tersendiri di hati masyarakat kita. Namun, apabila ia juga dihargai oleh orang luar, ia sesuatu yang bukan kita pinta, namun diterima dengan hati yang sangat terbuka dan berbangga. Begitulah, daripada ratusan mercu tanda yang terdapat di seluruh dunia, KLCC dinamakan sebagai salah satu daripada "10 mercu tanda paling ikonik di dunia". Pengiktirafan ini diberikan oleh majalah TIME yang mempunyai prestij dan kaliber yang sangat tinggi dan dikagumi. KLCC tersenarai di kalangan senibina-senibina gah seluruh dunia seperti Sydney Harbour Bridge, Empire State Building New York, Eiffel Tower Paris dan tidak terkecuali puncak gunung Everest. Semua ini merupakan mercu tanda yang harus dikunjungi dan anda rasai sendiri ketika berada di puncaknya, melihat pemandangan yang luas terbentang. Lihat apa yang dikatakan oleh TIME terhadap KLCC sebagai mercu tanda ikonik dunia, "Lawatan ke Malaysia tidak lengkap tanpa menjejakkan kaki di puncak bangunan berkembar KLCC ini. Jejakkan kaki anda ke deck yang berada di tingkat 86 atau lalui jambatan 'skybridge", 557 kaki dari paras bumi!" Mendengarkan kisah ini, sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa Malaysia masih istimewa di hati kita, bukan? - CARI Infonet |
20
Bagus |
11
Marah |
20
Terkejut |
13
Sedih |
11
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Yunalis replied at 7-8-2015 02:09 PM
full list: http://time.com/3982560/iconic-world-landmarks/
dcruins replied at 7-8-2015 10:34 PM
Taipei 101 tu pun hampir nak dibeli IOI M'sia, kalau rakyat taiwan tak menentang, dah milik IOI dah. ...
ADVERTISEMENT