CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sayuran Angkasa - Pencapaian Terbaru NASA

14-8-2015 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6548| Komen: 1

Description: Isnin lalu, tiga angkasawan pertama kali menikmati 'sayuran angkasa' yang segar hasil tanaman mereka sendiri, mereka semua memuji rasa sayuran tersebut sungguh enak, kejayaan kali ini melakar sejarah ...


Oleh : TS LOO


"One small bite for a man, one giant leaf for mankind." - ungkapan ini digubal oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) daripada ungkapan emas angkasawan Neil Armstrong ketika beliau memijak di permukaan bulan iaitu "one small step for man, one giant leap for mankind", susulan kejayaan angkasawan menuai sayuran angkasa di Stesen Angkasa Antarabangsa.   



Isnin lalu, tiga angkasawan pertama kali menikmati 'sayuran angkasa' yang segar hasil tanaman mereka sendiri, mereka kagum rasa sayuran tersebut sungguh enak, kejayaan kali ini melakar sejarah baru berhubung pencapaian angkasawan yang berkeupayaan menghasilkan makanan untuk diri sendiri. 

Para ahli sains menganggap pencapaian menghasilkan bahan makanan di angkasa lepas adalah satu faktor penting dalam misi membawa manusia ke Mars.


Selasa lalu, waktu Malaysia kira-kira 12.40 pagi  tiga angkasawan yang berada dalam Stesen Angkasa Antarabangsa, setelah mengutip sayuran 'The Red Romaine' yang ditanam dalam sebuah kotak kecil di rumah hijau, mereka makan sayuran angkasa itu atas landasan khatulistiwa buat kali pertama. 



Angkasawan NASA, Lingren, rasa terharu selepas mengunyah Sayuran Angkasa dan beritahu,"  ianya sungguh menabjukan" 

Seorang lagi, angkasawan dari Amerika Syarikat, Kelly yang akan singgah di Stesen Angkasa Antarabangsa selama setahun turut mengatakan: "Rasanya sungguh hebat"


Menurut Kelly, rasanya seakan-akan sayur Arugula. Kemudian dia letakkan minyak zaitun dan cuka di atas daun sayuran tersebut untuk menambah perisanya, tindakan ini seperti kebanyakan orang yang akan letakkan sos tomato dan mustard di atas sosej. 

Berhubung ujian kali ini, bagi NASA ianya membuktikan manusia berupaya menanam makanan di angkasa lepas, mendapatkan kaedah buat manusia menghasilkan bahan makanan yang mencukupi untuk keperluan diri ketika berada di Mars dan planet lain. 

Tambah Kelly lagi, oleh kerana tidak dapat membekalkan tambahan makanan kepada kapal angkasa yang menuju ke Mars dalam tempoh yang ditetapkan,  demi terus boleh hidup dalam perjalanan ke Mars, angkasawan harus mencari kaedah dengan menghasilkan makanan melalui penanaman di angkasa lepas. 


"Kejayaan menanam sayur yang boleh dimakan di angkasa lepas, Ini merupakan satu pencapaian besar buat manusia yang sedang berusaha menuju ke Mars,"  tegas Kelly.

Isnin lalu, Lingren memakai sarung tangan berwarna biru, pada mulanya menuai sayur salad daripada kotak kecil dengan menggunakan pengepit,  lalu meletakkan daun sayur itu atas sebuah pinggan.



Kemudian menggunakan tisu yang berasid sitrik yang boleh dimakan untuk bersihkan sayur salad itu dan masukkan sayuran yang telah dibersihkan itu ke dalam bag plastik yang ditutup ketat, kemudian serahkan kepada Kelly dan seorang lagi angkasawan berbangsa Jepun yang sedang berada di stesen angkasa untuk merasa sayur salad itu.


Mereka juga tinggalkan dua helai daun sayuran itu untuk dua orang angkasawan Rusia yang sedang bersiar-siar di luar stesen angkasa. 

NASA menulis dalam laman rasminya : "Para angkasawan akan makan sebahagian sayur salad itu, dan sebahagian lagi akan disejukkan, untuk dibawa balik ke bumi buat ahli sains menjalankan ujian.''

Sebenarnya Stesen Angkasa Antarabangsa sudah berjaya menghasilkan sayuran angkasa pada tahun lepas, cuma ketika itu tiada orang berani makan. 

Kejayaan NASA menanam sayuran untuk keperluan makanan angkasawan ketika di angkasa lepas harus diberi penghargaan, ini kerana usaha ini menambahkan lagi keyakinan manusia untuk menerokai dan mencari planet-planet lain yang mungkin boleh dihuni oleh manusia pada masa akan datang. - CARI Infonet


17

Bagus
21

Marah
20

Terkejut
15

Sedih
23

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sandal 14-8-2015 09:40 PM
M'sia patut hantar angkasawan skali lagi,
Untuk tanam kangkung kat ISS.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061367 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top