CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tibalah Masa Perkasakan Ekonomi!

13-8-2015 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3741| Komen: 1|Original author: CARI-LTS

Description: Kadar pertukaran nilai matawang Ringgit berbanding matawang Amerika Syarikat, US dollar terus susut mendadak dan penyusutannya telah mencecah 19 peratus sepanjang tahun lepas. Situasi ini boleh dikata ...


Oleh : TSLOO


Kadar pertukaran nilai matawang Ringgit berbanding matawang Amerika Syarikat, US dollar terus susut mendadak dan penyusutannya telah mencecah 19 peratus sepanjang tahun lepas. Situasi ini boleh dikatakan menjejaskan hampir semua bidang perniagaan negara kita, malah bebanan hidup rakyat turut bertambah.

Pada masa yang sama, peniaga pertukaran matawang asing menyatakan kadar tukaran matawang ringgit berbanding matawang US dollar berkemungkinan akan jatuh lagi ke paras 4.15 dalam tempoh 30 hari akan datang.

Bagaimana pun, semalam nilai ringgit banding US dollar telah pun susut ke paras RM4.0520, jelas ianya tidak jauh lagi untuk sampai ke paras RM4.15.

Walaupun nilai matawang Amerika Syarikat yang berada dalam kedudukan kukuh tetapi nilai matawang di kebanyakan negara termasuk Singapura dan Jepun tetap menyusut.

Keadaan yang sama berlaku pada nilai matawang Ringgit berbanding dengan Dollar Singapura, Pound Sterling British, Euro dan Yen Jepun di mana turut kelihatan lemah, inilah yang membimbangkan rakyat Malaysia.

Bagi rakyat Malaysia yang sedang bekerja di Singapura, merekalah golongan yang paling dicemburui kerana kadar pertukaran nilai matawang Singapura, Sing Dollar yang diperolehi mereka berbanding dengan matawang Ringgit telah pun mencecah hampir 2.80 berbanding dulu hanya sekitar 2.30.

Ketika kemerosotan ekonomi melanda Asia pada tahun 1998, Bank Negara telah mengambil tindakan yang drastik dengan menetapkan pertukaran nilai matawang ringgit berbanding US dollar pada paras 3,80, dan dikekalkan sehingga ke tahun 2005.

Namun tiada seorang pun sangka selepas 17 tahun nilai matawang ringgit boleh menyusut ke paras yang melepasi 3.90.

Menurut penelitianl, penyusutan matawang ringgit begitu teruk sebenarnya disebabkan oleh beberapa faktor, selain tekanan kejatuhan harga minyak mentah dan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, ringgit juga menghadapi cabaran kejatuhan harga bon kerajaan dan penurunan nilai mata wang China, Yuan.

Yang paling menjejaskan adalah ketidaktentuan situasi politik negara kita kebelakangan ini, hasilnya bukan sahaja menyebabkan ramai pelabur tidak berani masuk ke pasaran tempatan, malah jumlah rizab pertukaran matawang asing negara juga menyusut ke tahap seratus billion US dollar sehingga menyebabkan kadar pertukaran ringgit dan prestasi bursa saham berada dalam keadaan tidak memerangsangkan.  

Selain itu tindakan pelabur luar negara menarik keluar saham 'blue chip' atau saham mewah secara berterusan dalam beberapa hari ini, turut mengakibatkan indeks komposit jatuh ke paras seribu tujuh ratus mata. Sejak bulan Ogos hingga sekarang jatuh sebanyak 68.32 mata, pelabur di bursa saham mengalami kerugian teruk.

Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni dengan penuh keyakinan menegaskan Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan tambatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi menangani penyusutannya.berdasarkan hakikat asas ekonomi Malaysia yang kekal kukuh.

Jelas beliau, apa yang berlaku terhadap matawang Ringgit adalah disebabkan sentimen pasaran, dan yakin Ringgit akan kembali stabil.

Persoalannya bila dan berapa lama akan diambil? Ini kerana kini keperitan hidup rakyat sudah amat ketara, setakat ini apa langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk meringankan bebanan hidup rakyat khususnya mereka yang berpendapatan sederhana dan ke bawah.

Sudah tiba masanya kerajaan memperkasakan ekonomi negara yang semakin tenat, kerajaan dilihat terlalu membazirkan tenaga dan masa dalam soal politik yang tidak memberi manfaat buat rakyat.

Sedar ke tak? Wahai pemimpin negara, bebanan hidup semakin bertambah berkali ganda!- CARI Infonet





4

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
67

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anak_Nogori 13-8-2015 05:43 PM
La....cakap pasal membazir tenaga habis bercakap politik lagi yee.

bukan ke rakyat Malaysia ni tak sunyi dari politik at the first day lepas PRU..24 jam cakap pasal politik, spekulasi, persepsi, jatuh menjatuhkan satu sama lain dari lepas je pru masing2 buat kerja membangunkan negara, rakyat dan ekonominya.

lagipun...bila ekonomi Malaysia jatuh..bagus utk Madey, LKY, Guan Eng, Rapizi, Mahfus, Nurul dan kipas apa..

masing2 lepas ni boleh lah makan anggur...lepas tu mengelupor cari salah sana sini...bila salah sana sini...besok ekonomi Malaysia naik mencanak2 tak henti2 sampai tahun 2020 yeee.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.044416 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top