CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Wujud Di Bumi Sebelum Dinosaur- Nelayan Tangkap Ikan Prasejarah, Jerung Enam Insang Hidung Tumpul

19-7-2022 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2066| Komen: 14

TAIPEI: Jerung enam insang hidung tumpul (bluntnose sixgill shark) yang jarang ditemui, spesies yang dipercayai telah berada di Bumi sebelum kewujudan dinosaur, ditangkap nelayan Taiwan dari daerah Taitung Ahad lalu.


Jerung itu adalah spesis yang jarang ditemui kerana ia hidup pada kedalaman 200-1,000 meter di bawah paras laut, pembantu penyelidik di Pusat Biologi Marin Pantai Timur Institut Penyelidikan Perikanan, Wu Jui-hsien memberitahu Agensi Berita Central (CNA).

Meskipun kebanyakan spesies jerung moden telah berevolusi dan memiliki lima insang, jerung bluntnose masih mempunyai enam insang seperti nenek moyang mereka, jelas Wu.


Foto: Agensi


Menurut Wu, ikan seberat 420 kilogram itu ditangkap di Lautan Pasifik oleh bot nelayan yang berpangkalan di Taitung dan dibawa ke pelabuhan di daerah timur Taiwan, Xingang.

Hasil tangkapan berukuran kira-kira 395 sentimeter panjang itu dilelong semalam.

Menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), jerung bluntnose disenaraikan sebagai 'hampir terancam' kerana jangka hayatnya yang panjang yang menjadikannya buruan serta terdedah kepada eksploitasi.

Berdasarkan maklumat yang disiarkan di laman web Muzium Florida, jerung bluntnose hampir menyerupai fosil berusia kira-kira 200 juta tahun dahulu. -CARI

Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 19-7-2022 12:06 PM
Nsseb takdak dah tudung fareeda bertingkat
Kalau tak..mau dia buat 6 tingkat cm insang jerung neh
Quote tripleid 19-7-2022 12:53 PM
fossil hidup ni..mmg susah nak jumpa
Quote mamajawie 19-7-2022 01:21 PM
ni mesti dorang pergi pasang pukat tunda kat laut dalam..ke tanda2 nak tsunami sebab makhluk2 laut dalam da mula naik ke darat?
Quote matamata 19-7-2022 01:47 PM
Jaring tu dalam sgt ke atau ikan tu naik ke permukaan... Ikan jerung spesis ni setau aku "buta" sbb hidup kat dasar laut dalam,  so cahaya tak sampai
Quote Tinot7 19-7-2022 01:49 PM
Mcm jerung dlm 47 meters down, uncaged..
Quote batmana 19-7-2022 01:59 PM
psl nk gempa, kuar binatang pelik2 dri laut
Quote Mary_jane 19-7-2022 02:03 PM
Tak habis kat darat buru wild animals, kat laut pun sama. Mana tak pupus. Dah lah spesis rare.
Quote tompie 19-7-2022 02:06 PM
sayang nye.. dahlah susah nak jumpa.. ingat boleh lah bela untuk dibuat kajian ke..
Ini terus dilelong.. ummah2 sana mmg ramai yang suke exotic food ni.. mesti tak susah nak jual..
Tapi ape rasa la ikan ni dah kertu entah2 beratus taun umur dia
Quote mbhcsf 19-7-2022 02:25 PM
kalau dah hampir terancam, janganlah pi tangkap and pi lelong pulak dah...haishh , kene lepaskan semula laaaa...adeh dep ni, apa apa pun mengapa mesti berakhir di pinggan mangkuk ?

kenapa tak makan je makanan yg  sedia ade je?
Quote epullipan 19-7-2022 03:20 PM
biasa kalau spesis laut dalam ni naik atas ade benda nak jadi or gegaran bawah laut bole impak tsunami
Quote intan244 19-7-2022 08:39 PM
sedapkah ikan ni
Quote azurro 20-7-2022 07:31 AM
Sepatutnya dilepaskan kembali semasa menangkapnya. ????
Quote naina 20-7-2022 08:10 AM
Umurnya 200 juta tahun kah
Quote makton 22-7-2022 07:53 AM
teringat movie The Meg. Jerung laut dlm keluar dr lubang bawah laut

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.071236 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top