Hampir 60 tahun Malaysia ditubuhkan, seramai 6 Perdana Menteri (PM) telah dihasilkan, namun jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang berkedududan dibawah satu orang iaitu PM tapi diatas semua orang iaitu rakyat jelata telah mencecah seramai 11 orang.
Menurut pengetahuan saya, jawatan TPM tidak pun termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Ini juga bermakna, jawatan TPM adalah potfolio yang bersifat maya dan tiada kuasa yang jitu. TPM yang juga merupakan anggota kabinet, kebiasaannya memegang kementerian yang penting seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.
TPM bagaikan "menteri kanan" atau pengganti tersirat buat Perdana Menteri. Dalam situasi tertentu yang istimewa, TPM turut akan dilantik sebagai pengganti Perdana Menteri buat Sementara. Pada tahun 1997, Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir pernah dalam tempoh beliau berurusan rasmi di luar negara, beliau melantik timbalannya iaitu Datuj Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk mennjalankan pentadbiran negara. Pada masa itu, kebanyakan orang beranggapan Anwar Ibrahim semestinya pilihan utama Perdana Menteri terbaru, termasuk Anwar Ibrahim sendiri pun amat yakin jawatan PM adalah miliknya. Akan tetapi, kita semua sedar realitinya adalah sebaliknya. Kisah timbalan perdana menteri terbaru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu kita ceritakan dulu, antara 10 orang bekas Timbalan Perdana Menteri, hanya 5 orang sahaja berjaya memperolehi jawatan Perdana Menteri. Yang 5 orang lagi, kecuali Tun Ismail meninggal dunia ketika masih berjawatan, empat yang lain mengalami kekalahan dalam pemilihan parti atau tidak sependapat dengan Perdana Menteri ketika itu. Jawatan Timbalan Perdana Menteri boleh dikatakan merupakan jawatan berisiko tinggi. Antara 10 orang bekas TPM, bapa kepada Datuk Seri Najib iaitu Tun Razak yang paling lama memegang jawatan tersebut, selama 4, 770 hari. Manakala TPM yang memegang jawatan paling pendek tempohnya adalah bapa kepada adik sepupu Datuk Seri Najib dan merangkap jawatan Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Hissamuddin Tun Hussein, tempoh nya hanya 885 hari. Bercakap pasal Tun Hussein Onn, difahamkan beliau mempunyai pengalaman yang paling istimewa. Ini kerana secara kebetulan, beliau berpeluang berjawatan timbalan perdana menteri dan Perdana Menteri, akibat bekasnya masing-masing meninggal dunia. Terdapat 5 TPM yang tidak sempat mencapai impian memegang jawatan Perdana Menteri dan 3 orang tersebut masih hidup lagi. Antaranya Tun Musa Hitam yang telah sekian lama mengundurkan diri dari arena politik negara. Manakala bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dihukum penjara, beliau terpaksa menjalani hukuman penjara yang kedua sepanjang perjuangan politiknya. Oleh kerana dalam tempoh masa 5 tahun tidak boleh bertanding dalam pilihanraya, maka dengan jelas beliau boleh dikatakan tiada peluang langsung untuk kembali ke arena politik. Yang tinggal pula iaitu Tan SRi Muhyiddin Yassin yang baru sahaja dilucutkan jawatan sebagai Timbalan perdana Menteri, samada beliau mampu bangkit semula, ia bergantung kepada keinginan beliau dan sejauh mana peluang yang boleh diperolehi beliau selepas ini. - CARI Infonet |
13
Bagus |
10
Marah |
6
Terkejut |
26
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shafur replied at 11-8-2015 04:58 PM
TPM sehingga sekarang ada 11
1. Tun Abdul Razak
2. Tun Dr Ismail
nikaido replied at 11-8-2015 05:31 PM
Kecuali tun dr ismail , yg lain aku tau/kenal
nazurah replied at 11-8-2015 05:44 PM
Tun Dr. Ismail meninggal ketika memangku jawatan Perdana Menteri, masa tu Tun Razak dirawat di Lon ...
shafur replied at 11-8-2015 04:58 PM
TPM sehingga sekarang ada 11
1. Tun Abdul Razak
2. Tun Dr Ismail
shafur replied at 11-8-2015 04:58 PM
TPM sehingga sekarang ada 11
1. Tun Abdul Razak
2. Tun Dr Ismail
mojarean_X replied at 31-7-2023 01:30 PM
My favourite Wak Zahid
ADVERTISEMENT