Oleh Fyruz Hanna Berbicara mengenai lembu, baru-baru ini membuatkan ramai daripada kita yang 'panas' dengan kenyataan yang dibuat oleh seorang ustazah dalam satu rancangan dan temu bual. Ibu mana yang tidak sayangkan anak, ibu mana yang tidak mahukan terbaik buat anak. Oleh kerana kekangan masa serta kepantasan waktu, wanita dilihat tidak lagi menyusukan bayi mereka dan lebih memilih untuk menggunakan khidmat susu formula. Jadi salahkah wanita yang tidak menyusukan anak dan memilih susu formula? Tidak salah sama sekali, malah daripada membiarkan anak kurang nutrisi dan kelaparan ada baiknya juga memberi anak dengan susu formula ini kerana komposisi susu lembu secara umumnya tak jauh beza dengan susu ibu tetapi konsentrasinya sahaja lebih sesuai untuk perkembangan anak lembu. Jadi salahkah ustazah tersebut dengan kenyataan itu? Saya menulis sekadar pada bahan bacaan di laman sosial dan tidak menonton rancangan tersebut, jadinya saya beranggapan tidak salah apa yang dikongsi ustazah tersebut namun mungkin salah dari segi penggunaan kata yang sesuai. Seperti yang ditulis oleh Dr Elies Alis dalam blognya, sorang pakar yang juga seorang saintis Biomaterial and Tissue Engineering, beliau memberikan penjelasan bagaimana 'gene expression' mampu mengubah kelakukan manusia dengan pemakanan. Menurut pakar tersebut, genetik manusia boleh berubah melalui proses yang dinamakan Epigenetics. Perkara ini disokong oleh kajian yang dibuat saintis yang menemukan perbezaan ketara pada 146 genes di antara bayi yang menyusu ibu dengan susu formula. Perlu diingat gene bayi yang berada didalam kandungan atau anak kecil adalah lebih sensitif terhadap makanan yang diambil. Namun semakin meningkat dewasa, pemakanan mungkin tidak lagi mempengaruhi perubahan genetik ini. Kebaikan susu ibu Seperti yang diterima semua, susu ibu merupakan susu yang terbaik yang mampu melindungi anak daripada pelbagai penyakit. Tahukah pembaca, di negara-negara maju seperti United Kingdom, hampir 80% ibu menyusukan anak mereka dan perlu diingatkan penyusuan ibu kepada bayi adalah satu sifat natural dan semulajadi, ini kerana hampir semua ibu yang melahirkan secara fizikalnya mampu menyusukan anak mereka. Masalah berkaitan psikologi merupakan antara penyebab besar banyak ibu tidak mampu menyusukan anak termasuk ibu-ibu di Malaysia. Bagi ibu-ibu diluar sana, jangan cepat berputus asa, teruskan menyusu anak anda walaupun susu anda tiada. Ketahuilah, pengeluaran susu ibu itu adalah berdasarkan faktor permintaan. Lagi kerap anda beri anak susu, maka ia akan memberi isyarat pada tubuh yang mana bayi anda memerlukan lebih banyak susu dan sekaligus badan akan bekerja untuk menghasilkan susu. Walaupun sesetengah ibu sakit semasa permulaan menyusukan anak, ia bukan halangan untuk anda cuba kerana banyak alat bantuan untuk mengurangkan rasa sakit tersebut. Semoga wanita zaman kini lebih bersabar dengan segala kepayahan kerana (tak semua ibu mudah menyusukan) demi membekalkan nutrisi yang terbaik buat bayi anda. -CARI Infonet. sumber:DrElies, Wikipedia, Ukbreasfeedingstat,DrHafizdKhairul
|
bangcak replied at 8-8-2015 11:33 AM
so?
part mana yg salah tu?
pyropura replied at 8-8-2015 11:48 AM
...so makan ayam akan masuk DNA ayam dlm badan....patut lar kita ada menteri ayam...
ADVERTISEMENT