Oleh Izzah Abbasy
Ketika bercinta pasangan anda boleh terima segala perlakuan anda. Hati-hati, selepas berkahwin, banyak hal yang buruk berlaku daripada yang baik. Si isteri harus fahami apa yang suami tidak suka anda lakukan selepas berkahwin.
Elak Lalukan 7 Perkara Ini Depan Suami :
Kredit Foto : www.telegraph.co.uk
1. Jangan ungkit tentang bekas kekasih Niat nak bergurau, tetapi tidak perlu sampai nak ungkit atau bandingkan sikap pasangan dengan 'orang yang pernah hadir' dalam hidup. Lelaki mungkin tak tunjuk rasa kecil hati, tetapi kalau dah banyak sangat pendam, lama-lama boleh meletup!
2. Jangan berdebat di sosial media Jangan sesekali berdebat di media sosial dengan suami. Nak marah macam mana pun, lebih elok bawa berbincang, dengar daripada mulut pasangan sendiri. Cukuplah dengan tangani masalah perkahwinan anda di rumah.
3. Guna alasan 'period' Ini selalu wanita buat, marah-marah suami dan guna alasan 'datang bulan'. Sekali dua bolehlah terima, tapi kalau dah tiap-tiap bulan mahu bosan si lelaki. Jika pun memang itu yang anda akan alami, beritahu pasangan awal-awal. Bolehlah si dia bersedia tadah telinga sebelum anda lepaskan emosi.
4. Berhenti buat gosip Sesetengah wanita hidup dengan penuh gosip. Tapi jangan sampai cerita tak betul timbul. Lelaki cukup tidak suka perempuan bercerita tentang orang lain hingga pecah belahkan hubungan seseorang. Tambah pula kalau berkaitan dengan ipar duai. Hati-hati ya wanita...
5. Berperilaku seperti anak kecil Mungkin sudah biasa jadi anak manja, sikap kebudak-budakan pun kadang terbawa-bawa. Isyh, jangan sampai orang lain muak dengan perangai manja anda ya. Atau mungkin mahukan sesuatu pun, tak perlu sampai merajuk hingga habis cara suami nak pujuk. Cuba bagi ruang dan peluang.
6. Meninggi suara semata tarik perhatian Perkara paling kotor adalah apabila anda marah pasangan dalam keadaan suara yang kuat dan nada tinggi. Tak perlulah besarkan isu sampai orang luar tahu. Boleh tarik pasangan dan bincang elok-elok. Konon nak menang, tetapi kalau dah memekak sampai suami malu, itu dah jadi kes malukan diri sendiri. Tak pasal-pasal dapat 'tapak sulaiman' percuma.
7. Potong cakap Wanita ada yang jenis cepat marah, cakap pun main sembur. Belum habis lelaki jelaskan keadaan, wanita dah potong cerita. Jangan amal sikap buruk ini, dapat lelaki yang cepat naik tangan memang jadi mangsalah anda!
Bukan semua lelaki mampu bersabar dengan perangai wanita, beruntung kalau anda dapat suami penyabar dengan pelbagai karenah anda. Tetapi jangan ambil kesempatan, baik-baik lelaki ada juga batasnya. Dan anda perlu jaga hubungan suami isteri sebelum salah seorang naik bosan. - CARI Infonet
Sumber asal : Mingguan Wanita
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|