CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Malas? Ikuti 3 Cara Paling Mudah Menjaga Kulit Muka

10-8-2015 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 14389| Komen: 42

Description: Anda beruntung jika mempunyai kulit muka yang bebas daripada masalah kulit seperti jerawat dan lain-lain. Namun itu bukan alasannya untuk anda memandang enteng ...
Oleh Izzah Abbasy

Anda beruntung jika mempunyai kulit muka yang bebas daripada masalah kulit seperti jerawat dan lain-lain. Namun itu bukan alasannya untuk anda memandang enteng dalam soal penjagaan kulit muka. Siapa kata menjaga kulit muka adalah sukar? Tidak perlu kusutkan fikiran untuk mendapatkan rawatan spa kulit sebagainya. Hanya lakukan tiga langkah mudah ini untuk menjaga kulit muka anda.

1. Mencuci muka

Kredit Foto : www.nourain.com


Rajin mencuci muka boleh mengelakkan daripada kulit anda menjadi kotor dan tidak segar. Pencuci muka bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicari. Beratus-ratus jenama pencuci muka terdapat di pasaran untuk anda pilih. Tidak semestinya perlu yang mahal untuk mendapatkan hasil kulit yang terbaik.

Anda hanya perlu mencari pencuci yang sesuai dengan kulit anda dan teruskan menggunanya. Elak daripada mencampur-campurkan jenama produk berlainan. Pencuci yang mengandungi banyak buih mampu membuat kulit anda kering. Mungkin anda juga boleh mencuba  mencuci muka menggunakan bahan-bahan berasaskan organik seperti susu, yogourt ataupun oat.


2. Pelembab

Kredit Foto : tipscantik.info


Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, setelah membersih dan menyegar , pastikan anda tidak mengabaikan langkah seterusnya iaitu melembabkan kulit wajah. Bagi kulit normal, kandungan minyak semula jadi sudah dimiliki. Namun adakalanya ia akan menjadi kering disebabkan pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Pilih pelembab yang ringan dalam bentuk losyen.

Bagi anda yang memiliki kulit kering pula, pelembab adalah penting untuk menjaga keanjalan kulit wajah anda. Gunakan pelembab yang bertekstur keras seperti krim. Sebaliknya jika anda mempunyai kulit berminyak, elakkan daripada menggunakan pelembab. Ini kerana kelenjar sebum anda sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak yang berasaskan air.

3. Pelindung UV


Kredit Foto : www.bradfordskinclinic.com

Pendedahan terhadap cahaya matahari kadang-kala tidak dapat dielakkan. Maklumlah, kita tinggal di negara beriklim panas di Malaysia. Tahukah anda, kulit yang kering akibat terdedah kepada cahaya matahari mampu membuatkan kulit anda berkedut dengan kadar yang cepat. Disebabkan itu, tiada sebab untuk anda tidak menggunakan pelindung UV matahari dengan kandungan SPF paling kurang, 30.  Bagi kulit yang berminyak, gunakan pelindung yang mengandungi  bahan mineral dan organik.

Bagi yang benar-benar tidak berkesempatan, cukuplah lakukan tiga langkah mudah ini. Apa yang penting adalah anda membersih dan melindunginya daripada kotoran luar. Kulit wajah merupakan aset paling penting harus dijaga oleh wanita. Jangan nanti bila kulit sudah bermasalah baru ingin bertindak. - CARI Infonet
2

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 3-4-2015 01:07 PM
KULIT MUKA BERMINYAK. . APE SOLUSINYE YE. . DARI DLU TAK SELESAI LGI NH
Quote poyohabis 4-4-2015 05:22 PM
nononcrux replied at 3-4-2015 01:07 PM
KULIT MUKA BERMINYAK. . APE SOLUSINYE YE. . DARI DLU TAK SELESAI LGI NH

Try tepek putih telur kerap2.. Lama2 kurang berminyak
Quote nononcrux 6-4-2015 08:22 AM
poyohabis replied at 4-4-2015 05:22 PM
Try tepek putih telur kerap2.. Lama2 kurang berminyak

EHER. . SELALU PECAH TELUR. .KUNING PON IKUT SEKALI
Quote Ddion 7-4-2015 10:57 PM
bilas muka dgn air je 5x sehari pun elok
Quote poyohabis 9-4-2015 09:12 AM
nononcrux replied at 6-4-2015 08:22 AM
EHER. . SELALU PECAH TELUR. .KUNING PON IKUT SEKALI

Perlahan2 pecahkan telur ayam tu...
Quote duniaku85 9-4-2015 05:06 PM
cane nk pkai sunblock siang hari
tak melekit ke?
Quote crunchez 10-4-2015 12:23 AM
Ddion replied at 7-4-2015 10:57 PM
bilas muka dgn air je 5x sehari pun elok

sebenarnya kita tak perlu pencuci muka pun, muka kita dah dibersihkan dgn air sebanyak 5x3=15 kali.
Quote kejoraria 10-4-2015 08:46 AM
klau muka berminyak tak digalakkan pakai toner......
Quote JAY_NAYRA 10-4-2015 11:01 AM
SY PAKAI SKIN CARE CLARINS.. DLU MUKA MINYAK BNYK. CONSULTANT TU CAKAP KENA PKAI MOISTURIZER RATA SELURUH MUKA.. JGN PAKAI SEDIKIT KENA PAKAI BNYK. INSYAALLAH MUKA X MINYAK LAGI.
Quote palomaf4 10-4-2015 02:14 PM
nononcrux replied at 6-4-2015 08:22 AM
EHER. . SELALU PECAH TELUR. .KUNING PON IKUT SEKALI

awak hentak kuat sgt ke..kalau tak yakin..ketuk kat hujung telur tu sikit.. pastu kopek sikit2...

Quote nononcrux 10-4-2015 03:00 PM
kejoraria replied at 10-4-2015 08:46 AM
klau muka berminyak tak digalakkan pakai toner......

oh ye ke. . ak pakai toner no wonder laa
Quote Ddion 10-4-2015 03:48 PM
crunchez replied at 10-4-2015 12:23 AM
sebenarnya kita tak perlu pencuci muka pun, muka kita dah dibersihkan dgn air sebanyak 5x3=15 kali ...

yup. .betul pencuci muka mmg x perlu.
Quote poyohabis 11-4-2015 12:19 PM
Edited by poyohabis at 13-4-2015 11:03 AM

Cara terbaru try kat suami coz muka dia berminyak teruk putih telur campur dgn pearl powder.. Pakai setenggah jam setiap hari.. Dlm tempoh ms seminggu lebih suami ckp muka dia dah kurang minyak n kulit muka semakin tegang n nampak pori2 muka dia semakin menipis
Quote electricsoul 15-4-2015 09:57 PM
poyohabis replied at 11-4-2015 12:19 PM
Cara terbaru try kat suami coz muka dia berminyak teruk putih telur campur dgn pearl powder.. Pakai  ...

Sis beli pearl powder selalu berapa RM? Hehe, saya dulu pernah makan sebab nak pulihkan jerawat tapi result nan hado.

Nak try la petua putih telur tu. Cuma bau dia hamis. Tapi rugilah kuning telur tu nak bagi siapa. Kang mama saya bebel. Kekeke.
Quote electricsoul 15-4-2015 10:02 PM
kejoraria replied at 10-4-2015 08:46 AM
klau muka berminyak tak digalakkan pakai toner......

Kulit saya oily. Selama ni tak pernah tinggal toner and bila 3-4 jam kemudian, mesti muka oily balik. Skrg tepek serum, sunblock n bedak je. Penat cari toner and moisturizer yg tak bagi kulit oily.
Quote kejoraria 16-4-2015 08:50 AM
electricsoul replied at 15-4-2015 10:02 PM
Kulit saya oily. Selama ni tak pernah tinggal toner and bila 3-4 jam kemudian, mesti muka oily bal ...

kulit berminyak tak perlu pakai toner...ni doktor yg advise dkt i.....lepas i stop toner muka dah less sgt2 oily nya.....
Quote poyohabis 16-4-2015 10:19 AM
electricsoul replied at 15-4-2015 09:57 PM
Sis beli pearl powder selalu berapa RM? Hehe, saya dulu pernah makan sebab nak pulihkan jerawat ta ...

sy ada beli kat kawan pearl powder yg pure nye..gred terbaik..so pakai yg dia je..memang puas hati dr beli kat kedai cina beli hujung sudu rm10...skrg ni sy dah seminggu minum..x detox dl kuar jerawat tp tak banyak n x sakit jerawat tu..dah kecut pun..tunggu nak pulihkan sepenuh nya..ambik ms sikit la..yg perasan tumit tapak kaki mcm dah lembut sikit..iss nak tgk kalo ambik setengah tahun kot2 jadi jelita...

pasal kuning telur tu senang je simpan je dl kuning telur tu..lps tu kalo msk telur dadar ke telur mata kerbau ke campur kan je kuning telur tu..sebiji telur tu putih telur dia banyak..tak abis pakai kalo sapu mcm tu je...kalo pakai gan kapas muka ye la sekali pakai je coz kapas muka serap telur tu...

Quote mmeza_r 16-4-2015 10:44 AM
Pki ibu putih janna lawa tiap2 mlm sblm tido pun bole juga atasi muka berminyak dan berjerawat
Quote electricsoul 16-4-2015 01:55 PM
kejoraria replied at 16-4-2015 08:50 AM
kulit berminyak tak perlu pakai toner...ni doktor yg advise dkt i.....lepas i stop toner muka dah  ...

Oh, samalah kita dear. Lepas I stop using toner, muka jadi less oily. I banyakkan pakai serum je.

Moisturizer pun you skip jugak ke? Sunblock guna tak?

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.402265 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top