CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Elak Lakukan 7 Perkara Ini Depan Suami

10-8-2015 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5017| Komen: 2

Description: Ketika bercinta pasangan anda boleh terima segala perlakuan anda. Hati-hati, selepas berkahwin, banyak hal yang buruk berlaku daripada yang baik ...
Oleh Izzah Abbasy

Ketika bercinta pasangan anda boleh terima segala perlakuan anda. Hati-hati, selepas berkahwin, banyak hal yang buruk berlaku daripada yang baik. Si isteri harus fahami apa yang suami tidak suka anda lakukan selepas berkahwin.

Elak Lalukan 7 Perkara Ini Depan Suami :


Kredit Foto : www.telegraph.co.uk



1. Jangan ungkit tentang bekas kekasih
Niat nak bergurau, tetapi tidak perlu sampai nak ungkit atau bandingkan sikap pasangan dengan 'orang yang pernah hadir' dalam hidup. Lelaki mungkin tak tunjuk rasa kecil hati, tetapi kalau dah banyak sangat pendam, lama-lama boleh meletup!

2. Jangan berdebat di sosial media       
Jangan sesekali berdebat di media sosial dengan suami. Nak marah macam mana pun, lebih elok bawa berbincang, dengar daripada mulut pasangan sendiri. Cukuplah dengan tangani masalah perkahwinan anda di rumah.

3. Guna alasan 'period'      
Ini selalu wanita buat, marah-marah suami dan guna alasan 'datang bulan'. Sekali dua bolehlah terima, tapi kalau dah tiap-tiap bulan mahu bosan si lelaki. Jika pun memang itu yang anda akan alami, beritahu pasangan awal-awal. Bolehlah si dia bersedia tadah telinga sebelum anda lepaskan emosi.

4. Berhenti buat gosip        
Sesetengah wanita hidup dengan penuh gosip. Tapi jangan sampai cerita tak betul timbul. Lelaki cukup tidak suka perempuan bercerita tentang orang lain hingga pecah belahkan hubungan seseorang. Tambah pula kalau berkaitan dengan ipar duai. Hati-hati ya wanita...

5. Berperilaku seperti anak kecil       
Mungkin sudah biasa jadi anak manja, sikap kebudak-budakan pun kadang terbawa-bawa. Isyh, jangan sampai orang lain muak dengan perangai manja anda ya. Atau mungkin mahukan sesuatu pun, tak perlu sampai merajuk hingga habis cara suami nak pujuk. Cuba bagi ruang dan peluang.

6. Meninggi suara semata tarik perhatian       
Perkara paling kotor adalah apabila anda marah pasangan dalam keadaan suara yang kuat dan nada tinggi. Tak perlulah besarkan isu sampai orang luar tahu. Boleh tarik pasangan dan bincang elok-elok. Konon nak menang, tetapi kalau dah memekak sampai suami malu, itu dah jadi kes malukan diri sendiri. Tak pasal-pasal dapat 'tapak sulaiman' percuma.

7. Potong cakap       
 
Wanita ada yang jenis cepat marah, cakap pun main sembur. Belum habis lelaki jelaskan keadaan, wanita dah potong cerita.  Jangan amal sikap buruk ini, dapat lelaki yang cepat naik tangan memang jadi mangsalah anda!

Bukan semua lelaki mampu bersabar dengan perangai wanita, beruntung kalau anda dapat suami penyabar dengan pelbagai karenah anda. Tetapi jangan ambil kesempatan, baik-baik lelaki ada juga batasnya. Dan anda perlu jaga hubungan suami isteri sebelum salah seorang naik bosan. - CARI Infonet

Sumber asal : Mingguan Wanita

13

Bagus
13

Marah
15

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diandra88 6-8-2015 12:06 PM
suami berhenti la asyik suruh isteri berhenti...

sama-sama lah.. nak perempuan itu ini... why married at the 1st place.. @Nusantara77 u ni dah kawin ke x? ke u lelaki jenis mcm ni..
Quote mayaBB 6-8-2015 12:11 PM
ewah-ewah TT ni.. alasan no 3 tu tak masuk akal sangat.. memang setiap bulan la.. lain la kalau dah menopose.. masuk air la TT ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050681 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top