CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

6 Fakta Penting Wanita Perlu Tahu

10-8-2015 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5368| Komen: 1

Description: Fakta mengenai wanita yang perlu diketahui oleh semua. Bukan mudah untuk menjadi wanita. Melawan dengan emosi menjadikan wanita seorang yang kuat pada asalnya ...
Oleh Izzah Abbasy

Fakta mengenai wanita yang perlu diketahui oleh semua. Bukan mudah untuk menjadi wanita. Melawan dengan emosi menjadikan wanita seorang yang kuat pada asalnya.

Jom kenali lebih tepat tentang wanita ;

1. SETIAP 90 SAAT, SEORANG WANITA MATI SEWAKTU MENGANDUNG ATAU BERSALIN

Kredit Foto : www.linkedin.com


Di seluruh dunia, seorang wanita mati setiap 90 saat, iaitu lebih daripada 350,000 wanita setiap tahun. Dilaporkan bahawa kematian ini dapat dibendung, namun akibat kekurangan pengetahuan maklumat secara umum serta kurangnya kemudahan asas menyebabkan ia terus berlaku.

Ini merupakan satu krisis yang bukan sahaja melanda negara-negara sukar, malahan negara-negara yang sedang membangun. Di US, ia dipanggil ‘Maternal Health Crisis’ dan kini mereka dalam usaha untuk meluluskan dan meimplementasi Maternal Health Accountability Act.

2. BAU BAYI YANG BARU LAHIR MEMBERI KESAN DALAM OTAK WANITA SEPERTIMANA SEORANG PENAGIH DENGAN DADAHNYA

Kredit Foto : blogs.babycenter.com

Hubungan ibu dan anak menjangkau pelbagai deria istimewa untuk para ibu, bau bayi yang baru lahir adalah bagaikan seorang penagih sedang menikmati ketagihannya. Ini bersangkut-paut dengan naluri keibuan mereka.

Mengikut kata Dr. Johannes Frasnelli dari Montreal University, bauan bayi yang baru lahir mengaktifkan bahagian neurologi yang turut memberi reaksi gembira untuk aktiviti-aktiviti lain dimana reaksi diberikan apabila mendapat sesuatu yang diingini. Uniknya kesan neurologi ini adalah hanya makanan atau bahan tertentu sahaja yang mampu mengaktifkan bahagian tersebut.

Menurut Islam pula, bau bayi adalah bau syurga. Bayi merupakan sesuatu yang suci, tiada noda dan dosa.

3. WANITA MENIPU TETAPI LELAKI MENIPU DUA KALI GANDA BERBANDING WANITA

Kredit Foto : kutukandewata.blogspot.com

Kajian menunjukkan secara purata, seorang lelaki akan menipu 6 kali dalam sehari, berbanding wanita iaitu 3 kali. Namun begitu, jangan beprasangka buruk, kerana penipuan yang paling kerap dikatakan adalah “Tidak ada apa-apa masalah, saya baik sahaja.”

80% mengatakan mereka boleh mengetahui apabila pasangan mereka menipu, namun mengikut pengkaji bahasa tubuh Richard Newman, kebanyakan sebenarnya tidak akan dapat menyedari signal penipuan sedang dikatakan.

4. SERANGAN SAKIT JANTUNG WANITA BERBEZA DENGAN LELAKI

Kredit Foto : hazrinanasir.com


Jantung wanita lebih kecil berbanding lelaki, iaitu sebanyak 226 gram berbanding 283 gram. Walau bagaimanapun, serangan jantung merupakan antara pembunuh utama wanita.

Memiliki jantung yang lebih kecil menyebabkan kesukaran untuk mengenalpasti serangan. Serangan jantung pada wanita biasanya mempunyai simptom seperti mual, sakit perut serta sakit bahu yang perit, bukannya seperti drama-drama dimana kesakitan terus berlaku di dada.


5. WANITA YANG TINGGI LEBIH CENDERUNG UNTUK MENDAPAT KANSER


Kredit Foto : nona.karangkraf.com

Seorang wanita yang telah mengalami menopaus mempunyai risiko mendapat kanser
. Risiko ini menjadi lebih tinggi apabila wanita tersebut mempunyai ketinggian lebih daripada purata.

Mengikut kata Dr. Thomas E. Rohan, profesor bahagian epidemiologi dan kesihatan populasi di Albert Einstein College of Medical, Bronx, New York, terdapat perkaitan kuat antara ketinggian dengan risiko kanser. Antara jenis-jenis area kanser tersebut adalah, colorectum, colon, rectum, payu dara, endometrium, ovari, buah pinggang, tiroid, melanoma dan multiple myeloma.

Setiap pertambahan 10 sentimeter dalam ketinggian meningkatkan risiko sebanyak 13 %, mengikut hasil kajian analisa 144,701 wanita berumur 50 ke 79 tahun yang menyertai Women’s Health Initiative pada 1991. Walaupun begitu, mereka yang tinggi tidak perlu terlalu khuatir. Kecendurangan ini masih kecil, malahan ketinggian juga mampu membantu membendung masalah-masalah kesihatan lain.

6. SEORANG WANITA MASIH BOLEH MENGANDUNG 5 KE 8 HARI SELEPAS HUBUNGAN INTIM


Kredit Foto : health.liputan6.com

Sebelum terdapatnya ujian pengesahan DNA, pasangan mendapatkan kepastian anak yang dikandung dengan pengiraan umur berapa bulan atau hari bayi tersebut dan tarikh hubungan intim dilakukan. Malangnya, cara pengiraan ini sebenarnya tidak tepat dan boleh menimbulkan salah sangka.

Hal ini kerana seorang wanita masih boleh mengandung biarpun telah 5 atau 8 hari berlalunya hubungan intim dilakukan. Kajian menunjukkan sperma boleh hidup di bahagian Mucus Crypt Serviks dan mampu bertahan sehingga telur disenyawakan selama 5 ke lapan hari. - CARI Infonet


Sumber Asal : http://hafizamri.com

6

Bagus
10

Marah
20

Terkejut
14

Sedih
14

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alzan 12-6-2015 10:42 AM
fakta terakhir mungkin mengelirukan banyak orang tentang permulaan mengandung ini boleh menyebabkan salah kiraan untuk tarikh dijangka bersalin.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.065740 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top