CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tips Kekal Langsing Selepas Kahwin

7-8-2015 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 15710| Komen: 51

Description: Risau dengan berat badan selepas berkahwin? Sebelum kahwin berat badan 45kg hingga 50kg sahaja. Tetapi selepas kahwin pasti bertambah-tambah pula berat ...
Oleh Izzah Abbasy

Risau dengan berat badan selepas berkahwin? Sebelum kahwin berat badan 45kg hingga 50kg sahaja. Tetapi selepas kahwin pasti bertambah-tambah pula berat.  Bentuk badan pun dah lari. Ingin salahkan suami anda sebab dia yang suruh makan? Eh, janganlah begitu. Orang-orang tua kata, berat badan bertambah tandanya bahagia. Jom, amal tips kekal langsing walaupun dah ada anak yang ramai.



11 Tips Kekal Langsing :

1. AMALKAN MINUM AIR AKAR KAYU
Bandingkan pinggang anda dengan ibu atau nenek moyang kita dahulu. Sudah semestinya saiz pinggang anda lagi besar. Apa kata, cuba amalkan minum air akar kayu. Rasanya yang pahit tetapi hasilnya sangat menakjubkan. Anda boleh minum secara perlahan-lahan ketika suam mahupun panas. Ia membuatkan anda berasa panas sekaligus memecahkan lemak degil anda itu. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mengetatkan kembali faraj anda.  

2. MAKAN NASI SEKALI SEHARI
Boleh ke makan nasi sekali sehari? Belum cuba belum tahu. Wajib makan nasi di waktu tengah hari supaya anda tidak akan berasa lapar ketika waktu petang dan malam. Jika anda lapar, ambil sahaja roti ataupun biskut.

3. MAKAN SEDIKIT TAPI KERAP
Makan banyak akan membuatkan perut anda buncit. Apa kata, kali ini anda makan sedikit tetapi kerap. Ia akan membantu anda supaya tidak berasa lapar sepanjang hari.

4. AMBIL MAKANAN KESIHATAN (SUPLEMEN)
Makanan tambahan untuk kesihatan atau suplemen adalah sangat penting apabila usia sudah meningkat. Pengambilan suplemen ini adalah untuk menyeimbangkan gizi tubuh badan, mencantikkan kulit dan menambahkan tenaga. Tidak semua suplemen memiliki kualiti yang baik untuk kesihatan anda. Anda harus meneliti dan bertanya pada pakar sebelum membeli.

5. MAKAN LEBIH SAYURAN
Sayuran hijau seperti salad, peria, sawi dan brokoli sangat bagus untuk badan kita. Ia mengandungi kalsium yang diperlukan untuk menguatkan tulang sekaligus menguatkan gigi. Sayuran hijau menyerap zat dan melancarkan gerakan usus anda serta bebas lemak.

6. BERPANTANG DENGAN BETUL
Buat para ibu, ketika anda mengandung berat badan sudah pasti naik. Oleh itu, berpantang merupakan masa untuk anda mendapatkan bentuk badan yang asal atau ideal. Gunalah "barut" ibu untuk mengemiskan perut dan mengecilkan pinggul sepanjang tempoh berpantang. Ia akan berhasil jika anda betul-betul berusaha untuk langsing semula. Jangan malas!

7. MEMAKAI PAKAIAN DALAM YANG MEMBENTUK BADAN
Rajin-rajinlah memakai "Slimming Suit". Pilihan pakaian ini haruslah sesuai dengan anda. Jika malas, anda boleh juga memaklai "Girdle" sahaja. Fungsi pemakaian Girdle ini membuatkan punggung anda tampak naik dan montok.

8. ELAK BERDIET
Diet sebenarnya membuatkan berat badan anda tidak turun. Tidak salah untuk berdiet, tetapi jangan keterlaluan. Jika anda makan dengan cara yang betul, anda tidak perlu menyusahkan diri untuk berdiet.

9. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH
Sekurang-kurangnya anda perlu minum air putih 8 gelas satu hari. Ia sangat membantu anda untuk kuruskan badan, meningkatkan kesuburan, melancarkan sistem pencernaan, melembapkan kulit, menyihatkan jantung dan ubat kepada penyakit strok.

10. RAJIN BUAT KERJA RUMAH
Basuh baju, cuci tingkap, kemas dapur, menyapu sampah dan lain-lain dapat mengeluarkan peluh. Sekurang-kurangnya dapat membakar kalori anda. Ia juga menunjukkan anda seorang yang rajin.

11. BERSENAM
Bersenamlah selalu. Jika anda tiada masa, anda boleh usaha untuk berjalan laju. Berjalan laju membuatkan kaki anda tampak langsing dan cantik.  - CARI Infonet

6

Bagus
12

Marah
16

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladyrosberg 25-11-2014 05:34 PM
Jap... Ko 48 je?
Quote GuaAnakMelaka 25-11-2014 05:38 PM
ladyrosberg posted on 25-11-2014 05:34 PM
Jap... Ko 48 je?

NOW 50.....


Plg berat 60 Kg masa 2002
Quote ladyrosberg 25-11-2014 06:04 PM
Nape ko kurus sgt tt? Tinggi korang brp? Meh aku kirakan bmi..
Quote mmeza_r 25-11-2014 06:05 PM
buat diet sambil ambik d'trim...mesti bole kurus...
Quote GuaAnakMelaka 25-11-2014 06:19 PM
kawan pompuan aku keje BANK .Sejak kawin dia x pernah makan malam.

skrg anak 6 pn body cam anak dara....

Quote GuaAnakMelaka 25-11-2014 06:20 PM
ladyrosberg posted on 25-11-2014 06:04 PM
Nape ko kurus sgt tt? Tinggi korang brp? Meh aku kirakan bmi..

BMI mmg x sekata .

berat perfect 65 KG


aku kurg tido ,kurg makan daaa....


Quote ladyrosberg 25-11-2014 07:46 PM
GuaAnakMelaka posted on 25-11-2014 06:20 PM
BMI mmg x sekata .

berat perfect 65 KG

Suh bini ko masak sedap2 weekend... Mkn byk sket la tt. Laki aku selera je mkn even kurang tido...
Tp kalau bini ko nk jaga body, mlm mmg kena mkn light je..  Bfast dgn lunch jgn skip.. Kueh, nasi lemak, roti canai, biskut, fast food, air ada gula semua tu kena kurangkan. Tak mkn langsung lg cepat turun. Tp kena gak exercise sket2..
Kwn aku telan mcm2 nk kurus tp tak jln.. Pastu aku paksa dia jogging n control mkn baru kurus..


Quote menjad 25-11-2014 10:28 PM
pandai ko jaga bini... cukup makan... anak pun ramai ... tahniah
Quote Miss_rumaysa 25-11-2014 11:00 PM
Kdg2 genetik jgk.. soh die snm la.. eat healthy..u nk die slim mana tu
Quote tanganbercakap 26-11-2014 03:35 AM
Ringan tt 50 je..
istri sibuk uruskan anak2 kot sampai lupe nak jage diri sniri..
anak2 dah besa ke
Quote faraway1 26-11-2014 06:38 AM
60 tu kalau lelaki tak hansem nya, cam mat pit aje..
i like my husband nya body walaupun dia pakai XL..

me pakai medium aje, kalau S, kurusnya,.. cam orang sakit rasanya..
sesuailah dengan tinggi..
Quote mihaisu 26-11-2014 09:54 AM
Assalamualaikum..
Saya ank dh 3, tapi still ok lg..sblum ade anak berat 50kg..skrg dh naik skit jd 56kg..suami bising suruh kurus mcm dulu..skrg ni pun diet skit..tapi dh sethn bdn cam gini gak..tak turun turun..suami dul 68kg now 86kg..tp suami still hensem lg..tapi gi mn mn pun org kate saya ni tak kawen lg..tu suami tak bg gi sorg mn mn..gi pasar tani pun kena ngorat..adduiih...kalu jln sorg sorg bw anak org mesti tanya, betul k anak..pening...
Quote heidi04 26-11-2014 01:17 PM
jaga makan... exercise tak buat pun tak yg penting jaga makan... amalkan pemakanan sihat... kalau asyik melantak jer mmg badan naik macam dipam2... i dulu penah terkena nasib baik cepat insaf...
masa single 48, lepas beranak 3 berat 65... kena pakai xl. diet jaga makan exercise pg gym now dah 51... okla boleh pakai size S... hehe
Quote fuzzyfuzzy 26-11-2014 10:22 PM
Aku target dlm masa berpantang ni aku nk pantang kaw kaw....
Nk dpt balik figure lama 55kg..
Biar hubby geram tgk aku...
Quote cmf_blingblings 26-11-2014 11:36 PM
ladyrosberg posted on 25-11-2014 05:34 PM
Jap... Ko 48 je?

hahhahahha baru terfikir benda yg sama keding bebenor
Quote ryshaNur 27-11-2014 08:39 AM
mmeza_r posted on 25-11-2014 06:05 PM
buat diet sambil ambik d'trim...mesti bole kurus...

dtrim tu ubat kurus kan
hmmm ubat mcm tu bukan bahaya ke u
org kg i...minum kopi kurus terus arwah u.
peseyen2 ubat kurus sekarang xboleh dipercayai kandungannya

Quote ryshaNur 27-11-2014 08:40 AM
fuzzyfuzzy posted on 26-11-2014 10:22 PM
Aku target dlm masa berpantang ni aku nk pantang kaw kaw....
Nk dpt balik figure lama 55kg..
Biar  ...

hihii dlm pantang la senang nak kurus
lam pantang i mkn nasi, lada hitam n ikan bakar sahaja sampai habis pantang
habis pantang berat 56..fuhhh rasa ringan badan


Quote Miss_rumaysa 27-11-2014 08:47 AM
ryshaNur posted on 27-11-2014 08:40 AM
hihii dlm pantang la senang nak kurus
lam pantang i mkn nasi, lada hitam n ikan bakar sahaja samp ...

Dhshat.. x thnnye nk disipln ni..i pn akn berpntng.. hrp la.. dpt prepregnancy body back..
Quote ryshaNur 27-11-2014 09:48 AM
Miss_rumaysa posted on 27-11-2014 08:47 AM
Dhshat.. x thnnye nk disipln ni..i pn akn berpntng.. hrp la.. dpt prepregnancy body back..

gudluck u...
tapi mkn mcm tu best je hihi

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.122659 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top