Oleh Fyruz Hanna
Menarik baru-baru ini terbaca karya daripada Utusan Online mengenai acara sukan berprestij yang banyak menyusahkan dari memberi faedah kepada rakyat. Penulis terpanggil untuk sama berkongsi antara 2 juta pengguna jalan raya di Kuala Lumpur yang bukan sedikit tapi BESAR bebanan yang ditanggung hanya kerana Malaysia yang dilihat beria mahu mencatat sejarah 'nasional' itu. Pada hemat penulis, banyak lagi acara yang mampu kita capai dan catat secara nasional dan acara sebegini sedikit sebanyak seperti menyusukan kera di hutan dan anak sendiri terbiar. Penganjuran serta kawasan yang stategik perlu dimasukkan dalam kira-kira agar tiada pihak rasa begitu terbeban demi menghalalkan apa acara sekalipun.
Demi pelancong asing, rakyat Malaysia dibebani dengan lencongan jalan untuk beberapa buah jalan utama di Kuala Lumpur antaranya Jalan Ampang ke KLCC, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee. Ini merupakan hadiah paling bermakna buat rakyat yang rata-rata 'terpaksa' menyokong acara ini. Malah ada juga sesetangah syarikat terpaksa ditutup awal demi memberi laluan pada persiapan acara ulung sebegini. Penulis berasa yakin, mungkin keadaan jalan raya di Kuala Lumpur yang tidaklah sebaik mana mampu memberi 'cabaran' tambahan pada pemandu-pemandu sewaktu membuat 16 pusingan penjuru dengan panjang trek, 3.25km. Bukan mahu mengeji acara sebegini, tetapi apalah salahnya jika dibuat jauh dari kesesakan kota serta mengapa litar lumba Sepang seperti dijadikan 'gajah putih'?. Bukan rakyat membantah, namun jika kena pada tempatnya, penulis yakin rakyat pasti menyokong penuh dan berbangga acara sebegini diadakan di Malaysia. Apapun, Grand Prix 2015, Kuala Lumpur dimenangi oleh Naoki Yokomizo dari Jepun yang mencatat masa terpantas 40 minit 13.778 saat. Namun untuk 2 juta rakyat Malaysia yang menggunakan jalan utama di Kuala Lumpur, mereka mencatat masa yang terlambat ke tempat dengan tambahan tekanan menghadapi masalah kesesakan jalan raya demi memberi laluan pada persiapan acara itu.-CARI Infonet. |
9
Bagus |
17
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
18
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT