CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penuh Satu Badan, Budak 5 Tahun Maut Disengat Tebuan

27-6-2022 06:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2811| Komen: 22

Kegembiraan tiga beradik bermain di padang permainan bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut disengat tebuan, di Kampung Tok Jembal, kira-kira 5.40 petang semalam.


Mangsa, Eidrish Mohd Khalid, 5, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 11.20 malam tadi selepas terkena 60 sengatan di seluruh bahagian badan.


Mohd. Khalid (kiri) menunjukkan lokasi dia dan tiga anak disengat tebuan di taman permainan di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus hari ini./Kosmo

Bapa mangsa, Mohd Khalid Omar, 40, berkata ketika kejadian, dia bersama isteri Norliza Shaparuddin, 36, dan tiga anaknya sedang bercuti di kampung dan merancang untuk bertolak pulang ke Ipoh kira-kira 6 petang.


Bagaimanapun, ketika bersiap-siap untuk pulang, dia didatangi anak sulungnya Nur Adelya Qaisara, 10, memaklumkan adiknya diserang tebuan yang keluar dari sarang di bawah rangka pelantar jeti terapung terbiar di kawasan berkenaan.

"Sebaik mendengar jeritan Adelya, saya terus berlari ke tempat kejadian dan melihat Eidrish sudah terbaring di tanah dengan tebuan penuh satu badan.

"Ketika saya mendukungnya naik ke rumah, dia (Eidrish) masih bernyawa, tetapi sangat lemah dan kaku tidak menjerit atau menangis," katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Tok Jembal, di sini hari ini.

Selain Eidrish, Mohd Khalid berkata dia serta dua anaknya, Nur Adelya Qaisara serta Nur Aiyris Dania, 7, turut terkena sengatan.


Mohd Khalid menunjukkan gambar tiga anaknya yang disengat tebuan pada petang Ahad./Sinar Harian

"Adelya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ kerana terkena dua sengatan manakala Aiyris pula dirawat sebagai pesakit luar.

"Saya pula sepatutnya dirawat di wad kerana terkena hampir 20 sengatan, tetapi terpaksa pulang untuk menguruskan pengebumian Eidrish kira-kira 10 pagi tadi," katanya.

Mohd Khalid berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu, tetapi kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang membiarkan rangka pelantar jeti tersebut di kawasan padang permainan tanpa penyelenggaraan.

"Tidak sepatutnya rangka pelantar jeti ditinggalkan di kawasan padang permainan kerana ia boleh menjadi habitat pelbagai haiwan berbisa.

"Saya harap pihak berkenaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan sebelum nyawa lain terkorban," katanya.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakmak 27-6-2022 08:53 PM
Tak boleh guna statement
Nasib x kena
Sbb dah terkena
Quote Carcosa 27-6-2022 09:22 PM
Adoi lah. Seriau aku membaca nya
Quote liyamariska 27-6-2022 11:18 PM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎
Quote nini_azmi 27-6-2022 11:19 PM
Innalillah. Sedih membacanya
Quote n3ar 28-6-2022 08:22 AM
kesian weh, tengok kt berita tv3 semalam... ayah dia datang2 tengok anak dia dah terbaring tak bergerak penuh tubuan tanah\...  
Quote True-X 28-6-2022 08:34 AM
kampung tuh xde ketua kampung ke?.. tok imam ke.. kariah masjid ke?

boleh pulak ko bior je tempat tuh bersepah2 sampai jadi sarang tebuan

nila jadinyer bila masayarakat sibuk aurat pompuan je....
Quote mamajawie 28-6-2022 11:23 AM
ketua kampung x mainkan peranan..benda terbiar jadi semak camtu watpe x nak diselenggarakan?kesian da la dekat taman permainan..Al-Fatihah wat anak kecil ni..
Quote white_musk 28-6-2022 11:34 AM
Siapakah katua kampungnya? mari tunjukkan muka...
atau katua kampung sibuk kelek bini muda?

tanya je
Quote ifanonline 28-6-2022 11:36 AM
True-X replied at 28-6-2022 08:34 AM
kampung tuh xde ketua kampung ke?.. tok imam ke.. kariah masjid ke?

boleh pulak ko bior je tempat t ...

agreed, kalau kwsn rumah kita ada semak samun, hutan belukar, sampah sarap, sila cepat2 bersihkan dan bakar...
Quote bakingsoda 28-6-2022 12:48 PM
sblm ni pon ada kes sama kan, umur bawah 10 tahun jugak
Quote Artemesiaa 28-6-2022 12:51 PM
Takziah buat keluarga mangsa
Quote Suchi 28-6-2022 01:02 PM
Edited by Suchi at 28-6-2022 01:06 PM

Sedih bila baca dia kata sampai tak nampk baju sbb dilitupi tebuan tu
Tebuan tanah ni sakit sengatan dia sbb lebih beracun drpd lebah, iols penah kena sengat ngn tebuan tp kena sekor la masa bebudak dulu tu pun dh sakit sgt tpi takleh lawan kena gigit lipan terus kebas sebelah badan.

Iols perasan tebuan tanah tu suka masuk umah iols buat sarang kat belakang2 frame yg digantungkan kat dinding. Sudahnya iols dah cabut semua frame termasuk yg ayat kursi ke apa.
Elok gak lagipun iols suka rasa lebih tenang dan bersih bila takde frame kt dinding.
Quote tumpanglalu74 28-6-2022 01:13 PM
IMG_20220627_195008-777x437.jpg
Quote black_handbag 28-6-2022 01:15 PM
innalillah..

kesiannya. manalah kita tau ada tebuan bersarang celah2 semak tu. mak pak kenala tgk2 anak tu bermain. jgn dibiarkan aje
Quote zh86 28-6-2022 10:00 PM
Salam takziah. Berat ujian buat keluarganya.
Quote tahanie 28-6-2022 10:50 PM
Sayunya. Beberapa kali dengar berita ni, sedih sangat
Quote LoveSungmin 28-6-2022 11:30 PM
memang senang menyalahkan pihak lain bila berlaku sesuatu tragedi.. harap mak pak arwah ni ambil la iktibar ye..
Quote Shazid 29-6-2022 08:01 AM
Salam takziah!!kesiannya. Tp dlm gambar tu betul ke taman permainan mcm tu
Quote umbut 29-6-2022 08:43 AM
Kesiannya. Tebuan tanah ni leh sengat berkali2 tak macam lebah..kann

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.095045 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top