CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Jepun Digesa Tutup Lampu Jimat Tenaga

27-6-2022 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1177| Komen: 1

Description: Kerajaan Jepun menggesa penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya untuk mengurangkan penggunaan elektrik serta memberi amaran bekalan itu akan disekat kerana negara itu bakal menghadapi gelombang panas ...
Kerajaan Jepun menggesa penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya untuk mengurangkan penggunaan elektrik serta memberi amaran bekalan itu akan disekat kerana negara itu bakal menghadapi gelombang panas, lapor BBC.


Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Perindustrian berkata, orang ramai harus mematikan lampu yang tidak diperlukan tetapi dibenarkan untuk menggunakan pendingin hawa bagi mengelakkan strok haba.


Gambar hiasan/Free Press Journal

Jelas kementerian itu, sejak berminggu-minggu amaran telah dikeluarkan tentang gangguan kuasa apabila suhu menunjukkan peningkatan.

Pada hujung minggu baru-baru ini, suhu di Tokyo meningkat melebihi 35 darjah Celcius, manakala di bandar Isesaki, barat laut ibu negara itu mencatatkan rekod setinggi 40.2 darjah Celcius.

Itu adalah suhu tertinggi yang pernah direkodkan pada bulan Jun untuk Jepun.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, kementerian itu berkata, kapasiti penjanaan yang berlebihan untuk elektrik dijangka menurun kepada 3.7 peratus pada petang Isnin di Tokyo dan lapan wilayah di sekitarnya.

Ia dilihat sebagai penimbal sebanyak 3.0 peratus seperti yang diperlukan untuk bekalan kuasa yang stabil.

Lantaran itu, kerajaan meminta orang ramai untuk mematikan lampu yang tidak diperlukan selama tiga jam dari 3 petang waktu Tokyo (14:00 GMT+8).

Walaupun pembekal elektrik berusaha meningkatkan bekalan, kementerian berkata, keadaan tidak dapat diramalkan apabila suhu meningkat.

“Jika terdapat peningkatan dalam permintaan dan masalah bekalan secara tiba-tiba, margin rizab akan jatuh di bawah minimum yang diperlukan sebanyak 3%,” katanya.

Bekalan kuasa Jepun telah terhad sejak gempa bumi di wilayah timur lautnya pada Mac lalu memaksa beberapa loji tenaga nuklear untuk menangguhkan operasi.

Awal Jun lalu, Kerajaan Jepun menyeru isi rumah dan syarikat untuk menjimatkan tenaga elektrik sebanyak mungkin semasa musim panas.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 27-6-2022 09:59 PM
Tak payah tutup lampu, pakai paper bag jah gPMiJ.gif

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.251300 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top