View: 2022|Reply: 22
|
Penuh Satu Badan, Budak 5 Tahun Maut Disengat Tebuan
[Copy link]
|
|
Kegembiraan tiga beradik bermain di padang permainan bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut disengat tebuan, di Kampung Tok Jembal, kira-kira 5.40 petang semalam.
Mangsa, Eidrish Mohd Khalid, 5, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 11.20 malam tadi selepas terkena 60 sengatan di seluruh bahagian badan.
Mohd. Khalid (kiri) menunjukkan lokasi dia dan tiga anak disengat tebuan di taman permainan di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus hari ini./Kosmo
Bapa mangsa, Mohd Khalid Omar, 40, berkata ketika kejadian, dia bersama isteri Norliza Shaparuddin, 36, dan tiga anaknya sedang bercuti di kampung dan merancang untuk bertolak pulang ke Ipoh kira-kira 6 petang.
Bagaimanapun, ketika bersiap-siap untuk pulang, dia didatangi anak sulungnya Nur Adelya Qaisara, 10, memaklumkan adiknya diserang tebuan yang keluar dari sarang di bawah rangka pelantar jeti terapung terbiar di kawasan berkenaan.
"Sebaik mendengar jeritan Adelya, saya terus berlari ke tempat kejadian dan melihat Eidrish sudah terbaring di tanah dengan tebuan penuh satu badan.
"Ketika saya mendukungnya naik ke rumah, dia (Eidrish) masih bernyawa, tetapi sangat lemah dan kaku tidak menjerit atau menangis," katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Tok Jembal, di sini hari ini.
Selain Eidrish, Mohd Khalid berkata dia serta dua anaknya, Nur Adelya Qaisara serta Nur Aiyris Dania, 7, turut terkena sengatan.
Mohd Khalid menunjukkan gambar tiga anaknya yang disengat tebuan pada petang Ahad./Sinar Harian
"Adelya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ kerana terkena dua sengatan manakala Aiyris pula dirawat sebagai pesakit luar.
"Saya pula sepatutnya dirawat di wad kerana terkena hampir 20 sengatan, tetapi terpaksa pulang untuk menguruskan pengebumian Eidrish kira-kira 10 pagi tadi," katanya.
Mohd Khalid berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu, tetapi kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang membiarkan rangka pelantar jeti tersebut di kawasan padang permainan tanpa penyelenggaraan.
"Tidak sepatutnya rangka pelantar jeti ditinggalkan di kawasan padang permainan kerana ia boleh menjadi habitat pelbagai haiwan berbisa.
"Saya harap pihak berkenaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan sebelum nyawa lain terkorban," katanya.
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh guna statement
Nasib x kena
Sbb dah terkena |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi lah. Seriau aku membaca nya |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah. Sedih membacanya |
|
|
|
|
|
|
|
kesian weh, tengok kt berita tv3 semalam... ayah dia datang2 tengok anak dia dah terbaring tak bergerak penuh tubuan tanah\... |
|
|
|
|
|
|
|
kampung tuh xde ketua kampung ke?.. tok imam ke.. kariah masjid ke?
boleh pulak ko bior je tempat tuh bersepah2 sampai jadi sarang tebuan
nila jadinyer bila masayarakat sibuk aurat pompuan je.... |
|
|
|
|
|
|
|
ketua kampung x mainkan peranan..benda terbiar jadi semak camtu watpe x nak diselenggarakan?kesian da la dekat taman permainan..Al-Fatihah wat anak kecil ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah katua kampungnya? mari tunjukkan muka...
atau katua kampung sibuk kelek bini muda?
tanya je |
|
|
|
|
|
|
|
agreed, kalau kwsn rumah kita ada semak samun, hutan belukar, sampah sarap, sila cepat2 bersihkan dan bakar...
|
|
|
|
|
|
|
|
sblm ni pon ada kes sama kan, umur bawah 10 tahun jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 28-6-2022 01:06 PM
Sedih bila baca dia kata sampai tak nampk baju sbb dilitupi tebuan tu
Tebuan tanah ni sakit sengatan dia sbb lebih beracun drpd lebah, iols penah kena sengat ngn tebuan tp kena sekor la masa bebudak dulu tu pun dh sakit sgt tpi takleh lawan kena gigit lipan terus kebas sebelah badan.
Iols perasan tebuan tanah tu suka masuk umah iols buat sarang kat belakang2 frame yg digantungkan kat dinding. Sudahnya iols dah cabut semua frame termasuk yg ayat kursi ke apa.
Elok gak lagipun iols suka rasa lebih tenang dan bersih bila takde frame kt dinding. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..
kesiannya. manalah kita tau ada tebuan bersarang celah2 semak tu. mak pak kenala tgk2 anak tu bermain. jgn dibiarkan aje |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Berat ujian buat keluarganya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayunya. Beberapa kali dengar berita ni, sedih sangat |
|
|
|
|
|
|
|
memang senang menyalahkan pihak lain bila berlaku sesuatu tragedi.. harap mak pak arwah ni ambil la iktibar ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah!!kesiannya. Tp dlm gambar tu betul ke taman permainan mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Tebuan tanah ni leh sengat berkali2 tak macam lebah..kann |
|
|
|
|
|
|
| |
|