Gembira melihat kejayaan rakan-rakan seperjuangan seperti Datuk Hattan, Search dan U.K's melunaskan konsert masing-masing, ia memberikan semangat serta motivasi buat penyanyi, Datuk Nash untuk melakukan hal sama sebagai penghargaan kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan.
Memetik laporan Kosmo! Online, Nash mengakui mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert namun masih dalam proses perbincangan bersama Datuk Ramli MS dan Man Kidal.
"Kami bertiga ada persefahaman bersama untuk buat satu kejutan. Inysa-Allah pada hujung tahun ini," katanya yang enggan berkongsi perincian lanjut mengenai perancangan konsert tersebut.
Nash yang cukup dikenali sebagai vokalis kumpulan Lefthanded berkongsi mengenai perkara itu selepas selesainya Majlis Sidang Media Pelancaran Kempen Haji 1443H TV AlHijrah.
Penyanyi berusia 62 tahun itu bagaimanapun tidak berani untuk menjanjikan kualiti vokal akan sama seperti ketika dia masih muda dahulu serta mengharapkan pengertian daripada peminat.
"Saya bukanlah hebat sangat menyanyi pun. Biasa-biasa saja. Apatah lagi umur dah 62 tahun.
"Kalau penonton atau sesiapa cakap saya dah tak boleh menyanyi dan sebagainya, maknanya mereka bengaplah. Faktor umur kan," selorohnya sambil tertawa.
Jelas Nash, peminat tidak boleh mengharapkan orang yang sudah berusia masih berkeupayaan menyampaikan sesebuah lagu sama seperti sama seperti pada awal kemunculan penyanyi tersebut.
"Bagi saya, yang paling penting adalah penghayatan dan juga cara menyanyikan sesebuh lagu kepada orang.
"Nak nilai seseorang itu bagus atau tak bagus, tengoklah bila kali pertama dia keluar album," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
tapi few years back 2019 before covid ada handle majlis, weols invite Nash, fuhhh power sehhh..tak macam pakcik2 sangat.. maintain je tarik & stamina tak pancit pun.... dah la manis hitam2 manis, tinggi jugak (meols 164 je hehe)... wongiiii... baik jer berborak... <3 <3
Apsal urang tanahair kau ini tak macam kokesen sana makin tua makin berisi, sedap, lemak, umpph suara? Eh takyah cakap kokesen la dengan nusantara Ndon pun kalah.
dua_chzy replied at 25-6-2022 06:53 PM
Apsal urang tanahair kau ini tak macam kokesen sana makin tua makin berisi, sedap, lemak, umpph suar ...
Rasanya bkn psl etnik atau apa sgt, tapi takat mana mereka jaga stamina dan tak berenti menyanyi dr muda sampai tua. Tak semesti berada di mainstream dan asik kluar tv atau buat album baru pun...cari makan kat kelab, majlis kawin etc pun dikira sbg teruskan karier sbg penyanyi juga. Ramai saja yg tua2 suara masih umphh, jamal misalnya. Yg lagi dinosaur pun ada, mcm jatt n ramli sarip. Yg banyak kes suara jadi hauk sbb dah tak berapa aktif menyanyi, bila nak masuk pertandingan (mcm gv) baru gigih nak kembalikan semula stamina dan vokal semula. Mmg ler haussss. Cth mcm fakely, rem, amir cicak. Side note: Tapi suara amir cicak masa konsert ukays kat ib baru ni sedapp ler pulak. Berbulan gamaknya rehearse.
aku jadi tak berkenan dengan dia lepas kes dia dengan arwah susilawati... arwah sampai buat permohonan bekukan harta sebab pakcik ni songlap duit arwah...