CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aniq Suhair Terpaksa Tunda Penggambaran Sebab Alami Kecederaan Gara-Gara Menyelam

23-6-2022 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1177| Komen: 3

Description: Pelakon Aniq Suhair terpaksa berehat selama seminggu akibat ketegangan otot dari aktiviti menyelam dua minggu lalu.
Pelakon Aniq Suhair terpaksa berehat selama seminggu akibat ketegangan otot dari aktiviti menyelam dua minggu lalu.

Menurut Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, kesakitan yang dialami semakin teruk selepas dia melakukan senaman.


IG Aniq

Bergantung kepada ubat tahan sakit buat masa kini, pelakon berusia 21 tahun itu berkata dia perlu bersenam untuk menjayakan satu karekter.

"Saya tengah berehat dari aktiviti seni buat masa sekarang sebab ada alami ketegangan otot. Sebenarnya saya alami sakit itu sejak buat aktiviti menyelam dua minggu lalu.


"Tapi saya biarkan rasa sakit itu... dan terus workout. Tu yang bertambah sakit dan menyebabkan saya ambil keputusan untuk rehat selama seminggu.

"Saya lakukan senaman pun sebab untuk satu karekter. Jadi, terpaksa tunda penggambaran sebab alami kecederaan. Saya hanya makan ubat saja sekarang.

"Ikutkan saya boleh saja jalani penggambaran tapi tak boleh buat untuk babak-babak yang lasak," kata Aniq kepada mStar.


IG Aniq

Aniq ditemui ketika majlis pelancaran Fiesta TV3 yang berlangsung di Sri Pentas Media Prima, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon drama Lelaki Linkungan Cinta ini memberitahu dia kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan secara separuh masa.

Biarpun sukar mengimbangkan masa, namun bekas peserta program Hero Remaja 2019/2020 ini mahu memberi lebih tumpuan kepada kerjaya seninya.

"Saya kini sambung belajar di sebuah kolej di Petaling Jaya tapi hanya separuh masa saja. Saya ambil jurusan Pengurusan Perniagaan.

"Sebenarnya benda ini baru lagi, saya pun tak biasa bekerja sambil belajar. Tapi Alhamdulillah, semuanya masih okay, cuma makin lama makin susah.

"Tapi saya tetap akan berusaha untuk mengimbangkan masa saya dengan baik. Lagipun, saya utamakan kerja dahulu, belajar ini pun bukan ambil sepenuhnya," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 23-6-2022 04:30 PM
...lorat..manja...lembikkkk!! kau dah seronok-seronok lepas tu suruh orang delay sebab kau tak larat....kau superstar sangat ke dek... production mana lah yang bagi muka dekat bebudak macam ni... kalau artis senior sampai merangkak merempan sakit demam pun shooting jalan jugak ye... baruaaaa
Quote surih07 24-6-2022 05:54 AM
Haremm tak kenal [em:12:]
Quote exclusive_vvip 24-6-2022 06:17 AM
ingatkan anak Che Ta

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.037525 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top