CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Belum Terfikir Nak Sediakan Bodyguard Untuk Aafiyah Dan Afwa

23-6-2022 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6978| Komen: 86

Description: Datuk Seri Siti Nurhaliza, 43, belum terfikir untuk menyediakan khidmat pengawal peribadi atau 'bodyguard' untuk dua anaknya, Siti Aafiyah Khalid, 4, dan Muhammad Afwa Khalid, 1.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, 43, belum terfikir untuk menyediakan khidmat pengawal peribadi atau 'bodyguard' untuk dua anaknya, Siti Aafiyah Khalid, 4, dan Muhammad Afwa Khalid, 1.


Siti berkata, buat masa ini belum ada sebarang keputusan. Namun, semua itu bergantung sepenuhnya kepada persetujuan dan keputusan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa.


Foto: IG

"Setakat ini, belum lagilah (menyediakan pengawal peribadi untuk anak-anak). Saya serahkan semuanya kepada suami.

"Saya pun tak ada menggunakan 'bodyguard' setiap masa, cuma dalam acara tertentu saja untuk menjaga keselamatan ketika mengadakan persembahan. Kalau biasa-biasa itu, tak ada," katanya ketika ditemui di sidang media sempena persembahan istimewa, Queen Of The Night di Menara Berkembar Petronas, KLCC, Jalan Ampang, di sini.




Berbicara juga mengenai persembahan itu, Siti berkata, dia teruja untuk menghiburkan kira-kira 450 orang peminatnya dalam kalangan Keluarga Malaysia, B40 yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal dan anak yatim.

"Saya bersyukur semua jualan meja dibuat untuk persembahan ini sudah dibeli Yayasan Metamorphosis untuk mereka kongsikan dengan golongan B40 terpilih yang mungkin sudah lama teringin menyaksikan persembahan saya.

"Saya akan berusaha memberikan persembahan terbaik untuk menghiburkan mereka yang menjadi penonton istimewa saya pada malam itu nanti. Saya akan menyanyikan sebanyak 15 buah lagu yang berkisar kepada wanita dan inspirasi dalam tempoh 90 minit persembahan," katanya.



Persembahan Queen Of The Night Siti Nurhaliza itu akan berlangsung pada 6 Ogos ini di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, di sini, jam 7 malam yang dibawakan penganjur projek, Be De Paris.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Presiden Yayasan Metamorphosis, Datuk Razalif Mohamad Zain berkata, dia sudah lama memikirkan untuk membawa Siti menjayakan projek istimewa itu bagi menghiburkan golongan B40.





Katanya, Siti adalah penghibur terkenal dan nombor satu negara. Jadi, sudah semestinya ramai dalam kalangan rakyat di negara ini teringin dan mempunyai impian untuk menyaksikan persembahan beliau, tetapi ada yang kurang berkemampuan.

"Justeru, sebagai memastikan 'dream come true' buat golongan berpendapatan rendah B40, maka kami dari Yayasan Metamorphosis sentiasa mencari peluang dengan jalinan kerjasama menarik dan istimewa bersama Siti ini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 23-6-2022 01:52 PM
anak tokti yang tunggu hari nak pencen je pun. tak function nya nak berbody guard bagai
Quote anony-mous 23-6-2022 02:00 PM
Terfikir tp x mampu khuen? tadika pon tadika marhaen. Itupon i syak sponsored by tadika ittew
Quote Burong_Hantuk 23-6-2022 02:20 PM
anak beranak memang pakai baju ala2 langsir ke??
Quote Burong_Hantuk 23-6-2022 02:20 PM
anak beranak memang pakai baju ala2 langsir ke??
Quote emera 23-6-2022 02:23 PM
Edited by emera at 23-6-2022 08:47 PM

Ada duit ke? Lagi pun, penting ke anak2 kau atau pun kau dan laki kau itu? Orang tak heran pun. Jangan nak perasan.
Quote babelina 23-6-2022 02:30 PM
over la ct nie.. lately apa bagai citer nk kuar..
Quote babelina 23-6-2022 02:30 PM
over la ct nie.. lately apa bagai citer nk kuar..
Quote sleepandream 23-6-2022 02:35 PM
sheols shopping dekat pavillion pun takde bodyguard chuols...
tapi pekerja sheols keliling ramai la membontoti sheols... mana maunye sheols keluar sorang2
Quote mizruncing 23-6-2022 02:43 PM
anony-mous replied at 23-6-2022 02:00 PM
Terfikir tp x mampu khuen?  tadika pon tadika marhaen. Itupon i syak sponsored by tadika ittew

iols terkejut dia masukkan kt brainy bunch je dia tak de wasap vivy ke
Quote alieyrina 23-6-2022 03:10 PM
Lahh. Sudah2 la keja tu. Kalau aku byk duit camni memang aku rilek2 jaga anak jah
Quote epal_putih 23-6-2022 03:13 PM
babelina replied at 23-6-2022 02:30 PM
over la ct nie.. lately apa bagai citer nk kuar..

Teknik pemasaran yg di ajar miki mouse tu kut
Kena selalu update mengenai diri
Quote dekmieDandy 23-6-2022 03:17 PM
anony-mous replied at 23-6-2022 06:00 AM
Terfikir tp x mampu khuen?  tadika pon tadika marhaen. Itupon i syak sponsored by tadika ittew

memang sponsor kot
sebab dia ada meeting dengan owner BB tu lepas hanta Afiyah

aku pun baru tahu BB to owner dia sama dengan Malakat Mall yang terpaling BMF dalam malaysia ni
Quote kessah 23-6-2022 03:21 PM
alahaiii sape je laaa nk culik anak dia ni ... hewhewhewwwwww
Quote SANKURIANG 23-6-2022 03:28 PM
Dalam artikel tu tulis...konsert nanti  bermula pukul 7 mlm.....sempat ke nak tanggal makeup utk solat maghrib? Selallu orang2 yg selalu buat majlis mjemut ustaz2 glamour dan tumpang glamour, tak tinggal solat kan......demi nak layan hal2 hiburan ni....adakah...sauk aja semua.....janji ada bayaran...
Quote Imkhai 23-6-2022 04:18 PM
Woi tokti ko cash dlm bank 100juta kot x tkt ke ank ko kn culik???,ko biar betik tokti
Quote pinkzara 23-6-2022 05:02 PM
Di era kejatuhan dah ni.
Dulu nyaris2 dah nak jatuh masa kawin,
Quote she 23-6-2022 05:31 PM
Kenapa kena fikir
Bos macik anak dia semua ada personal bodigad
Pegi sekolah ada dreba anta
Ada PA tolong jaga rutin jadual dan keje sekolah anak
Anak dia datang ofis pun bodigad tunggu luar pintu

Benda mampu kot
Lain lah rakyat biasa
Itu pun nak kena fikir eh
Owh lupa maybe jenis kedekut atau jimat tak kena gaya
Sebab tu PR pun guna orang yg tak bagus
Sebab tu takde fashion stylist
Sebab tu deco pun level Lantera kapet murah tu
Quote anony-mous 23-6-2022 06:59 PM
SANKURIANG replied at 23-6-2022 03:28 PM
Dalam artikel tu tulis...konsert nanti  bermula pukul 7 mlm.....sempat ke nak tanggal makeup utk sol ...

Ambil air sembahyang siap2 kot lepas tu baru mekap
Quote anony-mous 23-6-2022 07:01 PM
mizruncing replied at 23-6-2022 02:43 PM
iols terkejut dia masukkan kt brainy bunch je  dia tak de wasap vivy ke

Level lain2 dah vivy n tokti ni scha pon xhntar ank ke tadika marhaen. Rasanya ikut sejarah org lain, level2 t20 yg T3 & T4, semua plg kurang TCH

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.065150 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top