“Saya cuma nak minta maaf dengan semua orang dan ampunkan jika saya pernah melukai sesiapa”. Demikian coretan ringkas pelakon Ben Amir di Instagram yang sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.
Tanpa perkongsian lanjut dan perincian masalah kesihatannya, pelakon Sweet Dreams itu bagaimanapun memaklumkan setelah tiga minggu, kondisi kesihatannya kini beransur pulih. Dia juga bakal menjalani satu pembedahan, hari ini. “Saya akui agak gementar bila memikirkan pembedahan ini. Saya cuma nak minta maaf dengan semua orang dan ampunkan jika saya pernah melukai sesiapa. Doakan yang terbaik untuk saya.
“Saya bercadang nak tidur banyak dan biarkan tubuh ini berehat untuk lekas sembuh. Maaf kalau tak balas pesanan anda, sampai jumpa lagi,” tulisnya. Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut terutama peminat membanjiri platform tersebut dengan doa dan kata-kata semangat yang dititipkan buat pemilik nama lengkap Muhammad Ben Amir Sabaruddin itu. Dalam pada itu, hantaran terbaru yang dimuat naik dalam InstaStory menunjukkan bahagian mata kiri Ben ditutup dan dilekatkan dengan alat pelindung buat sementara waktu selepas pembedahan dilakukan. Kemas kini tersebut secara tidak langsung meredakan sedikit persoalan dan tanda tanya yang bermain dalam fikiran peminat. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
babelina replied at 23-6-2022 10:05 AM
dia nie couple ngn dain trisya kn.. moga cpt sembuh..
lasagna replied at 23-6-2022 02:52 PM
sungguh ar dgn dayan?? oh no no.. tak seswai...
gws Ben. mata dia ada katarak kot? ehh speku jer ...
babelina replied at 24-6-2022 09:54 AM
klau x silap aku..dulu penah ada kuar kt ig gmbr tmpt sama, mkanan sama.. tp muka x tnjuk..hahah.. ...
starcity replied at 25-6-2022 07:48 PM
Dia ni aku tak tau silap kt mana tp mcm tak berapa popular. Padahal dh pernah berlakon dgn Migha Fil ...
babelina replied at 23-6-2022 10:05 AM
dia nie couple ngn dain trisya kn.. moga cpt sembuh..
Lvstar replied at 25-6-2022 08:51 PM
Bukan dgn Erin Adlina ke?
ADVERTISEMENT